Monday 31 August 2009

Mahu cuba-cuba.

Hari ini fikiran aku agak bercelaru. Assignment sudah aku siapkan. Tetapi ada sesuatu yang lain mengganggu benak fikiranku.

Aku mengalami masalah sakit-sakit tulang belakang dan pinggang. Dah agak lama juga mengalami kesukaran buang air. (Sakit woo huhu...)

Dan sewaktu aku ditandas, aku merenung mangkuk tandas tersebut. Otak ini berputar ligat. Termenung.... Senyap....

Aku cuba jolok tekak.

Seksa!

Huhu... Rupanya bukan senang nak jadi bullemic ya. (T_T)

Saturday 29 August 2009

Kemalasan terlampau

Sedang mengalami konflik kemalasan didalam diri.

Benci. Benci. Benci.

Tak ada ke ubat atau pil yang boleh jadikan kita rajin bila makan?

Allah helped me and her.

Aku hari ini membantu kawan baik aku untuk melupakan si dia yang dicintai serta segalanya.

She looks awful. Her usual beautiful face was smothered by tears and a a frown. She looked terribly depressed. Disaat aku melambaikan tangan ketika bertemu dia, aku sudah boleh lihat dirinya sedang berada didalam tekanan emosi dan tekanan jiwa yang kronik.

Orang gila pun boleh baca non-verbal language yang jelas terpapar.

Dia meluahkan segalanya. Aku dengar. Kemudian aku menasihati dan beri pendapat. Tak berkesan. Dia semakin menitiskan air mata serta menangis. Aku jadi bersalah. Buntu. Aku sedih tengok dia didalam keadaan sebegini kerana lelaki.

Aku? Aku senang saja nak lupakan lelaki aku sayang. Siap balas dendam. Hati aku jahat. Tak lembut macam kawan aku.

Finally, we find a secluded place and she tells everything.

Aku agak terkejut. Akhirnya kami didalam bot yang sama. (translate in english)

Semasa dia menerangkan segalanya, hati aku jadi berat, kecewa. Mesej-mesej yang dihantar bekas teman lelakinya aku baca. Hati aku jadi sakit dan sayu. Pilu. Geram. Benci. Tergamak dia meluahkan kata kasar begini pada kawan aku walhal kawan aku separuh mati cintakan dia.

Aku tarik nafas panjang. Kawan aku luahkan lagi perasaannya sambil menangis teresak-esak. Aku tak tahu nak kata apa. Takut meluahkan kebenaran yang akan menambah garam dilukanya. Serba-salah aku jadinya. Deep down inside i was actually disappointed in her because she give her all to a guy that doesn't love her. Bukan salah orang lain. Salah dirinya yang tidak mahu lepaskan lelaki berdebah itu dan biarkan diri dia dianiaya. Tapi aku tak boleh berkata begitu memandangkan emosinya hancur.

Aku senyap. Tarik nafas panjang lagi. Fikir panjang. Senyap. Senyap. Senyap.

Aku biarkan dia menangis dahulu.

Kemudian aku mula dapat idea.

Malas mahu cerita panjang. Aku kata semua perjalanan hidup Allah yang rancang. Sekarang bulan Ramadhan. Allah sengaja putuskan hubungan mereka pada bulan yang baik ni kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Dia tahu, kawan aku mungkin akan jadi lebih teruk sekiranya mereka masih berkawan. Oleh itu Dia putuskan hubungan tersebut dalam bulan penuh kemuliaan ini. Semua yang terjadi ada hikmah. Allah putuskan hubungan itu kerana sayangkan kawan aku dan tak mahu kawan aku jauh tersesat.

Pintu syurga semua terbuka dibulan Ramadhan. Neraka semua day off.

Kawan aku terus sedar.

Syukurlah akhirnya dia rela melepaskan lelaki jahanam itu dari dalam hidupnya. Thanks to u, Allah because you helped me with that idea in my head.

p/s: Aku mahu sambung master TESL dalam kaunselling. Boleh ke?

Friday 28 August 2009

sebuah ironi

Aku sedang berada didalam KTM yang tidak berapa sesak. tetapi tempat duduk telah dipenuhkan. telefon bimbit aku asyik berbunyi kerana sedang berbalas mesej dengan seseorang.

Keadaan dalam KTM ketika itu sunyi sepi. Hanya bunyi telefon aku yang memekak setiap kali mesej masuk.

Nak tahu apa yang harunya?

Didalam KTM terdapat beberapa manusia bertopeng. Biasalah, risaukan h1n1.

Dan bunyi telefon aku pula ialah...

Bunyi orang bersin.

Ironik tak?

p/s: jahat sungguh aku.

Comeynye kucing aku

Aku dapat satu cerita dari umi (mak aku) yang buat aku ketawa tahap pecah perut dan senyum melebar. Nak tahu ceritanya?

Aku ada seekor kucing yang tak pasti namanya. (sebab namanya asyik bertukar hahaha) Rico atau Mimo, entah yang mana satu. Rico seekor kucing rumah yang suka benar lepak diluar.

satu hari, kucing tersebut keluar berjalan-jalan waktu malam. Umi sangkakan kucing tadi dah selamat masuk rumah. oleh itu dikuncikanlah pintu rumah.

Dan pada malam itu hujan turun dengan selebat-lebatnya.

Keesokan hari, umi buka pintu rumah dan mendapati kucing kami sedang bergigil kesejukan diluar. Kesian, kena kurung kat luar dengan hujan lebat satu malam hahahahaha.

Yang paling tak tahan? Kucing itu serta-merta jalan masuk dalam rumah dengan mengiau kuat tak henti-henti seolah-olah memarahi umi kerana tutup pintu dan kuncikan dia diluar satu malam dengan hujan lebat.

hahahahaha comel! kesian kucing aku~





Thursday 27 August 2009

My WHAT-TO-DO list

Terlalu banyak assignment yang perlu aku siapkan. Kebanyakan tugasan tersebut adalah groupwork. Oleh itu aku tidak dapat menyiapkannya tanpa perbincangan bersama ahli kumpulan yang lain.

  1. Research & analyze conversation regarding sociology/sociolinguistics
  2. Analyzing a speech by listening to a CD
  3. Analyzing Barett's Taxonomy

Yang individual? Oh, ada. Lagi berlambak.

  1. Siapkan 2 lesson plan Grammar. Salah satunya perlu digunakan serta mencari bahan untuk micro-teaching pada hujung semester ini. = 20-30 minit.
  2. Speech berkaitan gender & age = 3 minit.
  3. Speech for public speaking berserta slides = 7 minit
  4. Tambahan impromtu (spontaneous speech) yang perlu dibuat 3 kali. = (?) minit
  5. Weekly presentation mengenai sub-subtopik subjek = Berjam-jam

Ini belum lagi termasuk tugasan lain untuk subjek Phonetics & Phonology, Academic Reading, Teaching & Classroom Managements serta saki-baki tugasan Sociolonguistics.

Ulangkaji pun belum masuk lagi dalam list serta 'tanggungjawab' aku didalam menyiapkan novel.

  1. 6 Fucking subjects to study
  2. 10 or more (countless) fucking novels to finish
  3. 1 fucking novel to read

Arrrgh!!! Aku nak terjun bangunan! Tolong halang aku!!!!! AAAAARGH!! *carik-carik kulit kepala kerana rambut telah botak ditarik-tarik*

P/S: Nak tolong aku siapkan kerja? *wink2* pretty, pretty please~~~

Wednesday 26 August 2009

(=_=")

Alamak emoticons comel yang aku cuba guna tak menjadi pula. (T.T)

menci, menci, menci~

Bertemu senior favourite aku~

akhirnya aku bertemu juga dengan senior kegemaran aku setelah 4 tahun aku tertanya-tanya ke mana hilangnya mereka. sukanya aku~!
Cute Emoticon

Terasa sungguh gembira!
Cute Emoticon

Ah malunya~
Cute Emoticon

Ahahahahaha!
Cute Emoticon

Tuesday 25 August 2009

Apa nak jadi dengan aku?

Fikiran kosong. Dalam beg pula tersusun beberapa kertas yang perlu aku selak dan baca. Atas almari terletak buku-buku yang harus aku buka dan ulangkaji.

Esok kelas pasti ada presentation. Tugasan tak perlu cakap pun masing-masing sudah tahu. Ia merupakan satu kewajipan dan kewajiban. Bukan begitu?

Didalam laptop pula tersimpannya dokumen-dokumen novel yang masih gagal aku siapkan selepas setahun demi setahun berlalu.

Badan terasa semakin berat dengan longgokan lemak yang tidak diperlukan.

Fikiran kosong.

Dan disini aku duduk menaip blog bodoh, membuang masa.

Damn, i got to start and do something.

It's time to do the typical, stereotype 'WHAT-TO-DO-LIST'!

Monday 24 August 2009

I don't wanna hate myself.

Azam aku semester baru ini:

1) Jadi kurus

2) Score AT LEAST 3.50.

3) Siapkan novel aku.

4) Ambil lesen kereta & motor.

PLEASE, let it be serious this time!!!

I'm so fucking desperate!

Friday 21 August 2009

Balik rumah~

Pakai kasut tinggi ni menyusahkan. Sakit kaki.

Balik pula seorang pun tak jawab telefon. Pergi terawikh rupanya.

Terpaksa aku balik jalan kaki. Sakit. tak larat. Tapi tak ada pilihan.

Diiringi petir kilat.

Bagus tak?

Ex aku masih seorang yang terencat akal.

Semalam aku ada mimpi sesuatu. Keesokan harinya aku catat pada status online skype aku:

"I dreamt that i scolded and yell at my ex-bf. It feels damn good."

Dan kau tahu apa ex aku balas pada status skype dia pula? dia catat:

"Go to hell."

Macam sial. Perangai masih bodoh dan terencat walaupun dah masuk ramadhan.

Kenapa dia curi-curi pandang tak lepas?

Apa yang korang akan fikir bila ada seorang manusia curi-curi perhatikan korang dalam bas ketika korang dan dia berdiri sebelah-menyebelah?

Jangan risau. Aku yakin masa itu badan aku tak berbau, aurat juga terjaga. (terutamanya bahagian dada.) Aku tak fikir ada sesuatu yang ada pada aku sampai bawa aib dimata orang. Sebab kalau ada, pasti mata-mata yang lain juga akan turut perhatikan aku.

ini tidak. Hanya manusia itu saja. Seorang lelaki lebih muda dari aku, barangkali. Kerana dia ketika itu memakai baju logo sekolah.

Aku fikir mungkin aku salah pandang.

Tetapi ketika lelaki itu keluar dari bas (sambil mengheret beg baju tarik yang agak besar), Dia masih tidak lepas matanya memandang aku.

Sumpah!

Apa ke lawa sangat ke aku ni? (0.o)

Tuesday 18 August 2009

Kerana hormon bodoh.

Aku pandang skrin laptop, fikiran aku menjadi blur. Mungkin disebabkan kekosongan jiwa dan minda, atau barangkali disebabkan fikiran yang terlalu berserabut. Entah, aku sendiri tak pasti. Yang aku yakin, ialah hormon aku sedang mempermainkan aku. Ya, mungkin itu jawapannya. Tak guna punya hormon, nanti aku guling2 badan aku kasi kau pening baru tahu!

Dan kerana hormon yang bodoh ini, aku bagaikan disuntik dengan heroin. Emosi aku menjadi tidak stabil dan aku mula persoalkan perkara-perkara yang aku yakin betul sebelum ini.

Ok, tak usah bebel. Straight to the point. Aku telah berkenalan dengan seseorang pemuda dari kedah. Dipendekkan cerita kepada satu muka surat, kami menjadi semakin rapat dan dia jatuh cinta dengan aku. (Agaknyalah kot.)

Berdasarkan apa yang aku tahu mengenai dia, dia seorang yang sanggup buat apa saja bila sudah sayangkan seseorang. Sumpah! APA SAJA! *kru: apa saaaja untuk mu~* dia pun jenis yang tak kisah bersusah sebab dia memang dibesarkan dalam keadaan susah. Dia bukan jenis pentingkan diri. Dia fikirkan orang lain sebelum diri sendiri, dan tak mahu orang susah dan risaukan dia. Aku yakin dia mampu menjadi seorang suami dan ayah yang baik satu hari nanti. Dia dengar cakap ibunya. Anak mithali. Dia dari kecil dah biasa memasak, mengemas, cuci baju dan lakukan kerja-kerja rumah kerana dibesarkan susah. Seorang yang pembersih agak aku. Dia membesar dengan kesusahan bersama abang-abang. Tiada kakak. Oleh itu dia sudah biasa buat kerja perempuan kerana dia membesar tanpa penjagaan rapi seorang ibu sehingga dia sudah mampu berdikari. Dia seorang yang jujur. Dia sendiri berkata sudah tentu dia akan bantu isteri untuk jaga anak (ini termasuk tukar lampin dan mandikan anak serta berjaga malam untuk buat susu). Dia bukan seorang yang kedekut untuk beri nafkah. SANGAT pemurah hati. Aku sendiri telah jadi saksi. Aku yakin sekiranya sesiapa saja yang menjadi isteri pemuda ini pasti bahagia.

Cuma satu saja masalahnya.

Aku tidak cintakan dia dan tiada perasaan terhadapnya. (T_T) Tetapi aku tidak mahu kehilangan dia pada masa yang sama. Aku jadi rindu dan tertanya-tanya jika dia tidak berhubung dengan aku tetapi aku tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya. Ok, manusia memang tak pernah sempurna, aku tahu. Aku juga begitu. Oleh itu aku juga empunya perasaan seperti gadis lain. Mahu yang kacak dan berkerjaya. Itu sasaran aku. *STOP! jangan mengumpat k, ingat aku tak dengar??*

Dan pemuda dari kedah itu juga mempunyai kelemahan yang aku agak sukar untuk terima. Dia pemuda kampung sejati, loghat kedahan yang pekat dan tidak boleh diubah. (aku betul2 tak suka dengan mereka yang tidak mampu cakap loghat KL.) dia seorang yang rendah. Sama tinggi saja dengan aku. Berkulit gelap. (sepatutnya cerah sebab gambar dalam lesen cerah. dia main panas kot) wajah yang tidaklah kacak serta tidak bekerjaya kerana masih seorang pelajar yang menuntut. Dan dia terlalu pentingkan rakan-rakan sehingga sanggup terlibat didalam jenayah dan sewaktu dengannya. (Bukan dadah atau berdisko atau arak atau merokok atau khayal ya!)

Pada mulanya memang aku sukar untuk menerimanya kerana aku tiada perasaan pun pada dia meskipun dia seorang yang baik. Aku anggap kapel merupakan perkara serius kerana aku mahu cari bakal suami daripada sekarang supaya tak jadi andartu. Tetapi pada masa yang sama aku mahu cari bakal suami yang baik ciri-cirinya serta yang aku sayang.

Apabila dia datang, Aku dapat membayangkan perkahwinan yang bahagia tetapi aku tak dapat bayangkan hati aku bahagia kerana aku tidak sayangkan dia.

Tetapi disebabkan hormon bodoh ini, aku telah mula ragu-ragu akan keputusan aku. AKu mula persoalkan ia. AKu fikir, bukankah aku masih muda? Alah kapel saja dengan pemuda kedah itu dahulu sebelum dia tukar fikiran pula. Sekiranya aku masih tidak dapat menyayangi dia dan muncul pula lelaki lain yang lebih baik dalam hidup aku, tinggalkan sajalah dia tu. Apa susah? Umur masih muda, oleh itu buat masa sekarang kapel saja untuk suka-suka. kalau jodoh Allah restui, dan kalau aku sudah mula sayangkan dia, barulah kahwin. Kalau tidak, cari lain. Banyak masa lagi. Tak semestinya aku perlu setia sekiranya belum jadi isteri orang bukan?

Fulamak kejamnya aku.

p/s: kepada gadis-gadis lain diluar sana, jangan ikut jejak langkah aku! Setialah pada pasangan anda! *selagi termampu* ahaks~

UNI'HELL'

Aku telah sampai ke 'neraka'.

Cuma kehilangan satu perkara saja disini.

Malaikat maut yang berdiri depan pintu dengan ucapan "Welcome to Hell."

p/s: malaikat maut pun tahu speaking juga.

Monday 17 August 2009

Semangat hilang, semangat kembali.

Aku pasti akan bangun pagi esok dengan semangat yang lemah. Memikirkan bahawa aku terpaksa menempuhi lagi satu semester panjang bersertakan subjek-subjek yang paling aku tidak gemari. Tambahan pula, kedengaran khabar angin yang mengatakan salah seorang lecturer yang mengajar adalah sangat garang. Lagi buat aku rasa mahu sorok bawah selimut.

Tapi apabila teringatkan 'dia', hati aku terus jadi tenang. Rasa sedikit lega dan tak sabar pula! (^^) Lecturer yang paling kacak difakulti aku bakal mengajar kelas aku!

Tak sabar rasanya!! v(^.^)v

p/s: Berita baik, dia masih single!!!!

Wednesday 12 August 2009

Perkara pelik aku gemar lakukan

Ok, kamu mahu tahu beberapa perkara pelik yang aku suka buat?

1) Menyanyi bagai orang gila ketika kebosanan

2) Membebel seorang diri

3) Berjoget dan bergelek secara tiba-tiba tanpa sebab

This one is my favourite:

4) Masukkan kepala dalam peti aisbahagian sejuk beku dan duduk didalam kedudukan tersebut selama beberapa minit sehingga puas.

Aku suka masukkan kepala di situ kerana ia buat kepala aku rasa sejuk dan segar. (^.^) Lagi-lagi ketika cuaca panas membahang! feuuh!

p/s: rumah aku tak ada penghawa dingin ya. (T.T)

Tuesday 11 August 2009

Kenapa kau kata kau tak tahu?

Aku selalu dengar alasan mereka-mereka yang mengatakan "tidak tahu mengapa terjadi sedemikian rupa." ataupun "tidak boleh". Alah biasalah kita manusia tidak pernah sempurna. Kita bukan Nabi atau Rasul yang maksum. Kita tidak pernah terlepas dari buat kesilapan samada sengaja atau tidak. oleh itu apabila jatuhnya cabaran atas bahu kita, lebih mudah untuk kita menyebut dua ayat magis itu daripada mengusahakan jawapannya. Ya bukan?

Bukan apa, aku cuma terfikir akan hal ini tiba-tiba apabila keputusan peperiksaan lepas keluar. Aku agak bengang juga dengan diri sendiri dan keputusan bodoh itu. Sem lepas hanya 2 subjek yang begitu mudah! Namun gred CGPA aku tetap berada ditakuk lama iaitu didalam linkungan 3.00-3.10. Aku tidak pernah lepas dari takuk gred tersebut (meskipun aku bersyukur kerana tidak jatuh pada 2.00++).

Kemudian aku tanya diri sendiri. "Kenapa gred aku masih begini? Subjek susah ke, senang ke, gred aku tetap maintain ditakuk tersebut." Aku tanya diri aku. Mengapa terjadi begitu?

Akhirnya jawapan mudah timbul didalam kotak fikiran yang sudah sedia berserabai.

"Aku tak tahu." dan "Aku memang tak boleh score."

And then it made my brain gears working. Kenapa pula aku tak tahu? Kenapa pula aku tak boleh? kenapa aku tidak tahu penyebab aku tidak boleh walhal aku yang sepatutnya mengenali diri sendiri lebih dari orang lain mengenali aku.

Dan ini membuat aku terfikir juga. Kenapa manusia sering mengatakan tak tahu atau tak boleh apabila berhadapan cabaran? (termasuk aku). Kadang-kala kedua-dua ayat tersebut buat aku marah dan bengang. Mudah benar alasan bodoh diberikan untuk lari daripada mencuba. Hakikatnya bukan manusia tidak tahu atau tidak boleh. Semua orang tahu jawapan kepada mengapa mereka tidak boleh melakukannya. Jangan pura-pura bodoh. Kau tahu apa sebabnya. Orang lain yang tidak tahu, tapi bukan kau. Kau tahu sebab kegagalan diri sendiri. kau hanya berkata sedemikian untuk menyembunyikan kelemahan. Kau kata tak boleh bukan kerana kau tak mampu, tetapi kau yang MEMILIH untuk tidak melakukannya. Belum cuba kau dah kata tak boleh, Tak bodoh namanya tu?

Sekali lagi, ini telah membuat aku berfikir.

Jawapannya, bukan aku tidak tahu. Aku tahu kenapa. Ianya kerana sikap aku yang suka bertangguh ulangkaji dan sikap aku yang tidak minat akan akademik dari dulu lagi. Subjek susah pun apabila ulangkaji saat terakhir tetap boleh score dalam linkungan takuk 3.00. Apatah lagi subjek senang bukan? Aku cuma telah buat kesilapan sedikit semasa buat presentation dan assignment. itu yang menyebabkan aku tergelincir.

I'll just have to make it up next semester. Aku tak mahu ulang kesilapan sama dan berada ditakuk yang sama. Semoga azam dan kekuatan aku untuk perubahan ini tidak pudar. Amin~

Monday 10 August 2009

Neraka kembali lagi

Aku terasa bagai mendengar hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati apabila aku mendapati bahawa aku perlu mendaftar dan kembali meneruskan kehidupan didalam NERAKA itu. And you know what?

(T.T) Hanya tinggal sehari saja lagi untuk aku berseronok disyurga rumahku~

I hate UNISEL. I hate that place. Bukan setakat benci tempatnya, tetapi juga subjek-subjek yang bakal kami belajar. Subjek sem depan merangkumi hampir kesemua subjek yang aku bencikan. Daripada Grammar, Public Speaking dan Sociolinguitics.

I am FUCKING dead.

Saturday 8 August 2009

I'm happy! Happeeeeeee~

I'm soooo happy! Ahaha! Kenapa ya?

Sebab aku dapat makan pizza, aku beli sebuah jam comel dan 2 lagi untuk adik-adik aku.

Dan yang paling seronoknya ialah aku akhirnya telah beli sebuah earphone yang cantik dan menyelesakan! I have been trying to find a suitable and perfect earphone for ages sejak earphone lama aku telah patah. (T.T)

Geez~ Shopping IS a theraphy! weee!!! (^.^)

Friday 7 August 2009

Starting to dislike you two.

Stress? Entah. Fikiran bercelaru. Aku mahu marah tapi tak mampu. Aku mahu merungut tapi terlalu takut. Finally i end up shutting up my mouth and just acting cold.

Aku tahu, aku cuba memahaminya. Mungkin salah aku. Sekiranya salah aku, aku minta maaf. Tapi perubahan bodoh ini tidak akan beri apa-apa faedah. Perubahan ini hanya akan menarik aku lebih jauh dari mereka.

Dulu aku fikir aku mahu menjauhkan diri daripada si lelaki saja. Sekarang aku mahu menjauhkan diri daripada sang perempuan itu juga. Apa yang aku perlukan adalah sikap berdikari. I can live without you guys in my life and i can prove that one day.

Cuma satu saja aku minta.

Just don't make me HATE both of you because i'm actually starting to.

Thursday 6 August 2009

Demam mengada-ngada

Dah lama aku tak menulis blog. Kerana tiada apa-apa isu yang perlu aku ketengahkan dan menegaskan setakat ini. Kecuali ini:

Sekarang musim penyakit. Bukan setakat serangan selsema babi, tetapi juga serangan demam selsema yang biasa. Lepas seorang demi seorang berjangkit.

And you know what the best thing is? Some ignorant people out there uses this stupid minor disease as an excuse to run away from helping others and running away from responsibilities.

Alah, aku demam beberapa hari lepas boleh je aku berjalan, buat kerja dan buat apa saja despite the sickness. Tapi ada sesetengah orang mempergunakan alasan demam untuk memperalatkan orang lain. Which i find it disgusting and annoying.

How i wish i can fucking drive a car.

Sunday 2 August 2009

Korang tulislah blog huhu~

Tiba-tiba Blogger sudah jadi bosan. Blog mereka yang aku ikuti tiba-tiba saja berhenti update. Tiada siapa yang tulis blog sehingga berhari-hari. Aku jadi bosan.

Tiada siapa mahu update blog?

Ubatilah kebosanan aku~ huuuuuu~ (T.T)