Tuesday, 11 August 2009

Kenapa kau kata kau tak tahu?

Aku selalu dengar alasan mereka-mereka yang mengatakan "tidak tahu mengapa terjadi sedemikian rupa." ataupun "tidak boleh". Alah biasalah kita manusia tidak pernah sempurna. Kita bukan Nabi atau Rasul yang maksum. Kita tidak pernah terlepas dari buat kesilapan samada sengaja atau tidak. oleh itu apabila jatuhnya cabaran atas bahu kita, lebih mudah untuk kita menyebut dua ayat magis itu daripada mengusahakan jawapannya. Ya bukan?

Bukan apa, aku cuma terfikir akan hal ini tiba-tiba apabila keputusan peperiksaan lepas keluar. Aku agak bengang juga dengan diri sendiri dan keputusan bodoh itu. Sem lepas hanya 2 subjek yang begitu mudah! Namun gred CGPA aku tetap berada ditakuk lama iaitu didalam linkungan 3.00-3.10. Aku tidak pernah lepas dari takuk gred tersebut (meskipun aku bersyukur kerana tidak jatuh pada 2.00++).

Kemudian aku tanya diri sendiri. "Kenapa gred aku masih begini? Subjek susah ke, senang ke, gred aku tetap maintain ditakuk tersebut." Aku tanya diri aku. Mengapa terjadi begitu?

Akhirnya jawapan mudah timbul didalam kotak fikiran yang sudah sedia berserabai.

"Aku tak tahu." dan "Aku memang tak boleh score."

And then it made my brain gears working. Kenapa pula aku tak tahu? Kenapa pula aku tak boleh? kenapa aku tidak tahu penyebab aku tidak boleh walhal aku yang sepatutnya mengenali diri sendiri lebih dari orang lain mengenali aku.

Dan ini membuat aku terfikir juga. Kenapa manusia sering mengatakan tak tahu atau tak boleh apabila berhadapan cabaran? (termasuk aku). Kadang-kala kedua-dua ayat tersebut buat aku marah dan bengang. Mudah benar alasan bodoh diberikan untuk lari daripada mencuba. Hakikatnya bukan manusia tidak tahu atau tidak boleh. Semua orang tahu jawapan kepada mengapa mereka tidak boleh melakukannya. Jangan pura-pura bodoh. Kau tahu apa sebabnya. Orang lain yang tidak tahu, tapi bukan kau. Kau tahu sebab kegagalan diri sendiri. kau hanya berkata sedemikian untuk menyembunyikan kelemahan. Kau kata tak boleh bukan kerana kau tak mampu, tetapi kau yang MEMILIH untuk tidak melakukannya. Belum cuba kau dah kata tak boleh, Tak bodoh namanya tu?

Sekali lagi, ini telah membuat aku berfikir.

Jawapannya, bukan aku tidak tahu. Aku tahu kenapa. Ianya kerana sikap aku yang suka bertangguh ulangkaji dan sikap aku yang tidak minat akan akademik dari dulu lagi. Subjek susah pun apabila ulangkaji saat terakhir tetap boleh score dalam linkungan takuk 3.00. Apatah lagi subjek senang bukan? Aku cuma telah buat kesilapan sedikit semasa buat presentation dan assignment. itu yang menyebabkan aku tergelincir.

I'll just have to make it up next semester. Aku tak mahu ulang kesilapan sama dan berada ditakuk yang sama. Semoga azam dan kekuatan aku untuk perubahan ini tidak pudar. Amin~

No comments:

Post a Comment