Friday, 21 August 2009

Kenapa dia curi-curi pandang tak lepas?

Apa yang korang akan fikir bila ada seorang manusia curi-curi perhatikan korang dalam bas ketika korang dan dia berdiri sebelah-menyebelah?

Jangan risau. Aku yakin masa itu badan aku tak berbau, aurat juga terjaga. (terutamanya bahagian dada.) Aku tak fikir ada sesuatu yang ada pada aku sampai bawa aib dimata orang. Sebab kalau ada, pasti mata-mata yang lain juga akan turut perhatikan aku.

ini tidak. Hanya manusia itu saja. Seorang lelaki lebih muda dari aku, barangkali. Kerana dia ketika itu memakai baju logo sekolah.

Aku fikir mungkin aku salah pandang.

Tetapi ketika lelaki itu keluar dari bas (sambil mengheret beg baju tarik yang agak besar), Dia masih tidak lepas matanya memandang aku.

Sumpah!

Apa ke lawa sangat ke aku ni? (0.o)

No comments:

Post a Comment