Tuesday, 18 August 2009

Kerana hormon bodoh.

Aku pandang skrin laptop, fikiran aku menjadi blur. Mungkin disebabkan kekosongan jiwa dan minda, atau barangkali disebabkan fikiran yang terlalu berserabut. Entah, aku sendiri tak pasti. Yang aku yakin, ialah hormon aku sedang mempermainkan aku. Ya, mungkin itu jawapannya. Tak guna punya hormon, nanti aku guling2 badan aku kasi kau pening baru tahu!

Dan kerana hormon yang bodoh ini, aku bagaikan disuntik dengan heroin. Emosi aku menjadi tidak stabil dan aku mula persoalkan perkara-perkara yang aku yakin betul sebelum ini.

Ok, tak usah bebel. Straight to the point. Aku telah berkenalan dengan seseorang pemuda dari kedah. Dipendekkan cerita kepada satu muka surat, kami menjadi semakin rapat dan dia jatuh cinta dengan aku. (Agaknyalah kot.)

Berdasarkan apa yang aku tahu mengenai dia, dia seorang yang sanggup buat apa saja bila sudah sayangkan seseorang. Sumpah! APA SAJA! *kru: apa saaaja untuk mu~* dia pun jenis yang tak kisah bersusah sebab dia memang dibesarkan dalam keadaan susah. Dia bukan jenis pentingkan diri. Dia fikirkan orang lain sebelum diri sendiri, dan tak mahu orang susah dan risaukan dia. Aku yakin dia mampu menjadi seorang suami dan ayah yang baik satu hari nanti. Dia dengar cakap ibunya. Anak mithali. Dia dari kecil dah biasa memasak, mengemas, cuci baju dan lakukan kerja-kerja rumah kerana dibesarkan susah. Seorang yang pembersih agak aku. Dia membesar dengan kesusahan bersama abang-abang. Tiada kakak. Oleh itu dia sudah biasa buat kerja perempuan kerana dia membesar tanpa penjagaan rapi seorang ibu sehingga dia sudah mampu berdikari. Dia seorang yang jujur. Dia sendiri berkata sudah tentu dia akan bantu isteri untuk jaga anak (ini termasuk tukar lampin dan mandikan anak serta berjaga malam untuk buat susu). Dia bukan seorang yang kedekut untuk beri nafkah. SANGAT pemurah hati. Aku sendiri telah jadi saksi. Aku yakin sekiranya sesiapa saja yang menjadi isteri pemuda ini pasti bahagia.

Cuma satu saja masalahnya.

Aku tidak cintakan dia dan tiada perasaan terhadapnya. (T_T) Tetapi aku tidak mahu kehilangan dia pada masa yang sama. Aku jadi rindu dan tertanya-tanya jika dia tidak berhubung dengan aku tetapi aku tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya. Ok, manusia memang tak pernah sempurna, aku tahu. Aku juga begitu. Oleh itu aku juga empunya perasaan seperti gadis lain. Mahu yang kacak dan berkerjaya. Itu sasaran aku. *STOP! jangan mengumpat k, ingat aku tak dengar??*

Dan pemuda dari kedah itu juga mempunyai kelemahan yang aku agak sukar untuk terima. Dia pemuda kampung sejati, loghat kedahan yang pekat dan tidak boleh diubah. (aku betul2 tak suka dengan mereka yang tidak mampu cakap loghat KL.) dia seorang yang rendah. Sama tinggi saja dengan aku. Berkulit gelap. (sepatutnya cerah sebab gambar dalam lesen cerah. dia main panas kot) wajah yang tidaklah kacak serta tidak bekerjaya kerana masih seorang pelajar yang menuntut. Dan dia terlalu pentingkan rakan-rakan sehingga sanggup terlibat didalam jenayah dan sewaktu dengannya. (Bukan dadah atau berdisko atau arak atau merokok atau khayal ya!)

Pada mulanya memang aku sukar untuk menerimanya kerana aku tiada perasaan pun pada dia meskipun dia seorang yang baik. Aku anggap kapel merupakan perkara serius kerana aku mahu cari bakal suami daripada sekarang supaya tak jadi andartu. Tetapi pada masa yang sama aku mahu cari bakal suami yang baik ciri-cirinya serta yang aku sayang.

Apabila dia datang, Aku dapat membayangkan perkahwinan yang bahagia tetapi aku tak dapat bayangkan hati aku bahagia kerana aku tidak sayangkan dia.

Tetapi disebabkan hormon bodoh ini, aku telah mula ragu-ragu akan keputusan aku. AKu mula persoalkan ia. AKu fikir, bukankah aku masih muda? Alah kapel saja dengan pemuda kedah itu dahulu sebelum dia tukar fikiran pula. Sekiranya aku masih tidak dapat menyayangi dia dan muncul pula lelaki lain yang lebih baik dalam hidup aku, tinggalkan sajalah dia tu. Apa susah? Umur masih muda, oleh itu buat masa sekarang kapel saja untuk suka-suka. kalau jodoh Allah restui, dan kalau aku sudah mula sayangkan dia, barulah kahwin. Kalau tidak, cari lain. Banyak masa lagi. Tak semestinya aku perlu setia sekiranya belum jadi isteri orang bukan?

Fulamak kejamnya aku.

p/s: kepada gadis-gadis lain diluar sana, jangan ikut jejak langkah aku! Setialah pada pasangan anda! *selagi termampu* ahaks~

No comments:

Post a Comment