Aku dapat satu cerita dari umi (mak aku) yang buat aku ketawa tahap pecah perut dan senyum melebar. Nak tahu ceritanya?
Aku ada seekor kucing yang tak pasti namanya. (sebab namanya asyik bertukar hahaha) Rico atau Mimo, entah yang mana satu. Rico seekor kucing rumah yang suka benar lepak diluar.
satu hari, kucing tersebut keluar berjalan-jalan waktu malam. Umi sangkakan kucing tadi dah selamat masuk rumah. oleh itu dikuncikanlah pintu rumah.
Dan pada malam itu hujan turun dengan selebat-lebatnya.
Keesokan hari, umi buka pintu rumah dan mendapati kucing kami sedang bergigil kesejukan diluar. Kesian, kena kurung kat luar dengan hujan lebat satu malam hahahahaha.
Yang paling tak tahan? Kucing itu serta-merta jalan masuk dalam rumah dengan mengiau kuat tak henti-henti seolah-olah memarahi umi kerana tutup pintu dan kuncikan dia diluar satu malam dengan hujan lebat.
hahahahaha comel! kesian kucing aku~

No comments:
Post a Comment