Tuesday, 25 August 2009

Apa nak jadi dengan aku?

Fikiran kosong. Dalam beg pula tersusun beberapa kertas yang perlu aku selak dan baca. Atas almari terletak buku-buku yang harus aku buka dan ulangkaji.

Esok kelas pasti ada presentation. Tugasan tak perlu cakap pun masing-masing sudah tahu. Ia merupakan satu kewajipan dan kewajiban. Bukan begitu?

Didalam laptop pula tersimpannya dokumen-dokumen novel yang masih gagal aku siapkan selepas setahun demi setahun berlalu.

Badan terasa semakin berat dengan longgokan lemak yang tidak diperlukan.

Fikiran kosong.

Dan disini aku duduk menaip blog bodoh, membuang masa.

Damn, i got to start and do something.

It's time to do the typical, stereotype 'WHAT-TO-DO-LIST'!

No comments:

Post a Comment