Monday, 17 August 2009

Semangat hilang, semangat kembali.

Aku pasti akan bangun pagi esok dengan semangat yang lemah. Memikirkan bahawa aku terpaksa menempuhi lagi satu semester panjang bersertakan subjek-subjek yang paling aku tidak gemari. Tambahan pula, kedengaran khabar angin yang mengatakan salah seorang lecturer yang mengajar adalah sangat garang. Lagi buat aku rasa mahu sorok bawah selimut.

Tapi apabila teringatkan 'dia', hati aku terus jadi tenang. Rasa sedikit lega dan tak sabar pula! (^^) Lecturer yang paling kacak difakulti aku bakal mengajar kelas aku!

Tak sabar rasanya!! v(^.^)v

p/s: Berita baik, dia masih single!!!!

No comments:

Post a Comment