Friday, 31 July 2009

Dialogue between 2 lines

it sorta goes like this:

"Pergi klinik. Demam teruk tu."

"Tak mahulah." Aku protes. "Remeh je. Taklah demam teruk sangat."

"Pergi juga check dengan doktor. Awak tu ada asthma. Minta doktor check sekali dada awak tu."

Erk?? Lain macam pula bunyi aku dengar. (O.o")

Menunggu masa saja.

Aku telah lihat sisa-sisa api kecil atau dikenali sebagai 'sparks' muncul. Keadaan sekarang sudah mula sedikit tegang.

Hanya menunggu masa untuk ambil tindakan lantas letupkan api kecil itu.

Waitting for the volcano to be errupted. Which it will be, one day.

Thursday, 30 July 2009

Yeay! Demam!

Aku rasa bagai kurang percaya. Setelah bertahun2, akhirnya aku demam!

Betul ke demam? ataupun cuma false alarm? Esok sihat semula?

Entah. We'll wait and see.

OMG This is soooo cool!!! (O,O)

Ada hikmah!

Okay. Kamu semua tahu kan aku geram dan marah-marah kerana laptop? Aku bengang kerana perlu bayar mahal sehingga rm70 dan orang itu suruh aku download sendiri semua program. Aku terasa menyesal kerana meminta orang itu format. I should have left my laptop just like that. Bukan kena virus pun. Sangat menyesal. Dan kerana kesilapan itu, aku terpaksa download semula segala-gala program yang aku pernah ada.

Adik aku kata pasti ada hikmah disebalik semua ini. Aku terasa tidak puas hati. Hikmah apa pula yang tersembunyi padahal yang aku nampak ialah aku perlu bersusah untuk download semula segalanya.

And after i finished downloading all of them, it HIT me.

Hikmahnya, ialah apabila aku format semula, aku kena muat turun segala program itu semula juga. dan sudah semestinya aku akan download program dalam latest version. Dan turns out, hikmahnya, setelah bersusah payah itu laptop aku telah menjadi 2 kali ganda lebih cantik daripada yang sebelum ini, siap dengan messenger cantik2! siap ada 2 anti virus!

Jika aku biarkan laptop tidak diformat. aku tak boleh update segala messenger tersebut kerana semua mesengger yang sedia ada didalam laptop itu telah fix untuk sistem windows xp. Tidak boleh diupdate. Tapi disebabkan aku format semula, walaupun perlu bersusah payah pada mulanya, aku tetap usahakan.

Dan lihat? Laptop aku telah jadi semakin cantik dan elok!

Baru aku sedar akan hikmah semua ini. Tuhan beri kita kesusahan pada awalnya kerana ada hikmah disebalik itu. Untuk mendapatkan hikmahnya kita perlulah berusaha untuk memperbaiki kesusahan tersebut. Barulah hikmahnya akan datang depan mata.

Segala kesusahan atau bala ada hikmah. kita hanya perlu berusaha mencarinya.

Tuesday, 28 July 2009

Windows dengki dengan aku!

Bengang betul. Setelah laptop aku akhirnya dibetulkan, ada masalah lain pula.

Mak aku telah bayar mahal untuk format. Tetapi orang yang bertanggungjawab hanya format separuh jalan saja. Anti virus pun tak ada. Habis semua aku kena download balik semula.

Dan sekarang ini hanya satu saja program messenger yang gagal aku download.

Gagal download Windows Live Messenger kerana Windows Installer aku sudah out of date. Apabila aku cuba download yang baru, banyaklah masalah lain timbul. Fuck.

Pendek cerita WINDOWS XP kepunyaan aku dengki! tak beri aku download windows live messenger! geram aku!!!

Thursday, 23 July 2009

Masalah yang menyakitkan hati.

Trying my best to create a story. Aku sedang menggambarkan sedikit demi sedikit plot didalam kepala. Things are starting to look good here. It might work.

Cuma ada satu saja masalah.

THIS FUCKING LAPTOP KEEPS SHUTTING DOWN BY ITSELF!!!!

P/S: aku sudah semakin sakit jiwa dengan laptop ini. Laptop aku bersih dari virus! But what seems to be the problem? what the hell did i do?!

Wednesday, 22 July 2009

LAPTOP SIAL!

FUCK THIS LAPTOP! FUCK! FUCK! FUCK!!!

Entah apa yang aku dah buat pada laptop ini! Nama saja COMPACT!!! Tiap-tiap hari rajin update antivirus! laptop aku bersih dari sebarang virus!!!

Then how come this fucking laptop masih tiba-tiba terpadam dengan sendirinya?!!!!

MAKIN LAMA MAKIN KERAP PULA IA BERLAKU!!!

AKU DAH JADI MAKIN GILA DAH SAKIT JIWA DENGAN LAPTOP SIAL NI!!!

p/s: maaf sebab banyak mencarut. Blog aku kan? suka hati akulah nak carut apa pun. Nak lepas geram.

Tuesday, 21 July 2009

YEAY!

YES!!! Aku sudah habis peperiksaan akhir! YEAHOOO!!!

Banyak benda aku mahu buat. Baiki gitar, jumpa kawan baik. do a little shopping, tengok wayang dan berseronok sepuas-puasnya!!

Aku tak nak balik unisel lagi huuuu~ (T.T) Aku bencikan unisel!

Sunday, 19 July 2009

Cepatlah habis exam!

Kalau tak silap aku, aku dah berjaya menghafal hampir kesemua points penting untuk speech.

Literature? Alah, fikir sajalah guna kepala otak sendiri. Asalkan tahu ceritanya. Otak sendiri boleh fikir apakah tema, mood ataupun perwatakan watak itu semua. Reka saja, asalkan masuk akal dan ada bukti.

Apa yang aku tahu, aku mahu peperiksaan berdebah ini berakhir dengan pantas.

Please don't let me repeat this fucking paper!

Saturday, 18 July 2009

Giving up.

Sedang agak tertekan. How the fuck am i going to memorize these stupid notes in less than 48 hours? Aku benci menghafal. Tetapi hanya dengan cara itu aku boleh jawab peperiksaan minggu hadapan.

Aku ada terfikir untuk menyeludup masuk nota dalam dewan peperiksaan. Bukan akan ada orang perasan pun agaknya. Yes, I'm fucking desperate. I need to pass this stupid paper.

Teringin saja mahu lari dari semua ini dan menyorok dalam bilik. Ending all this fucking nonsense of studying for nothing. Buang duit, buang masa. What will i get in the end of this course? What will TESL give me in the end? I'm starting to lose hope and to lose myself.

Starting to give up in everything.

Masalah kursus ini satu hal. Siapa yang suka belajar? Beritahu aku, manusia mana yang suka baca buku pelajaran bagaikan membaca buku komik atau majalah hiburan? TAK ADA! Mereka memaksa diri membaca buku pelajaran untuk mendapat keputusan cemerlang, dan mempunyai alasan masing-masing. Mungkin untuk banggakan ibu bapa. Mungkin untuk masa depan. Masing-masing punya motivasi sendiri untuk memaksa diri belajar.

Aku? Entahlah. Aku belajar hanya kerana aku mahu selamat. Selamat daripada dunia yang tidak menjanjikan pulangan baik kepada mereka yang kurang berpelajaran. Itu saja. Keputusan baik ke, tak ke, itu belakang cerita. Asalkan tidak gagal. TESL bukan matlamat hidup aku.

Yang paling aku tak tahan, ialah kedudukan unisel yang berada ditengah-tengah hutan dan perkampungan bodoh serta kebebasan aku yang masih tersekat meskipun aku berada jauh dari rumah. Ke mana aku boleh merayau ditengah kampung dan hutan begini? Aku jadi tertekan. Aku bencikan hidup dikampung. Aku lebih gemar mendengar hiruk-pikuk bandar. Sudahlah tak ada kawan. Balik-balik menghadap benda yang sama di unisel. Aku ada lagi 2 tahun disini. Apa yang ada di unisel yang mampu elakkan aku daripada terus menjadi gila dan sakit jiwa?

Fed up. Fucked up.

Apa matlamat hidup aku? Entahlah. Aku dah berputus asa. Malas mahu fikir. Tunggu keadaan jadi sedikit tenang baru aku fikirkan apa yang aku mahu dan masa depan aku.

Buat masa sekarang aku hanya go with the flow and enjoy what i can. Sebelum aku jadi sakit jiwa tahap kronik dan akhirnya end up in the mental hospital.

Friday, 17 July 2009

Aku boleh! I can!

I can do it. I can do it! Aku boleh ingat semua tu. tak banyak pun. Sedikit saja. Aku sudah baca, pasti boleh ingat. Ya aku boleh! Benda kacang macam itu tutup matalah boleh jawab. Senang saja mahu ingat. Fikir guna logik akal pun boleh dapat jawapan. Sudah ingat acronymnya. Cuma kena tulis atas kertas dan elaborate points. Senang!

I CAN DO THIS! I KNOW I CAN!

P/S: (T.T) terpaksa fikir positif untuk menyedapkan hati. huuu~ *menangis*

Thursday, 16 July 2009

Membebel

Hari peperiksaan akhir semakin hampir tapi aku buat dek saja. Adalah juga ulangkaji sedikit tetapi hanya sastera inggeris. Subjek speech aku tak sentuh lagi. Tak apalah. Tunggu betul-betul hampir baru aku jado orang gila belajar. *ketawa sinis*

Saja mahu luahkan sedikit. Semalam, aku curi dengar perbualan gaduh antara housemate aku dan teman lelakinya. Housemat yang aku katakan ignorant dan pasang muzik berdentum kuat itu serta pakai seksi dalam rumah. Yang aku cemburu kerana sikapnya yang betul-betul bebas serta tidak ambil kisah akan apa pun. Dia bergaduh dengan teman lelakinya cara BERGADUH. I mean, by shouting and raising her voice and... Mengutuk, menengking kasar teman lelakinya. Duh~ of course the whole house can hear her. Orang pekak saja yang tak boleh dengar dia bergaduh. Tapi aku tidak kisah. Aku lagi suka curi dengar apa yang digaduhkannya. Aku tabik sikapnya yang betul-betul ignorant sebegitu.

Berdasarkan apa yang aku dengar, Mereka telah berkasih selama 3 tahun. Teman lelakinya satu universiti juga dengan kami. Pelajar unisel juga. Dan teman lelakinya cemburu kerana dia telah berbual dan buat apa entah dengan seorang lelaki lain yang tampak terlalu mesra. Housemate aku banyak kali menafikan dan meninggikan suaranya menegaskan tetapi teman lelakinya bagai tidak percayakan dia. Seronok dengar. Bukan tiap-tiap hari dapat encounter event begini. Tak sempat aku mahu ikut dramanya sampai habis, aku telah diseru seseorang.

Cemburunya bila baca blog orang lain yang kelihatan ceria, gembira dan lawak. tapi aku gagal buat begitu. Aku rasa seperti tak asli (T_T). aku ni bukan reti melawak. Dalam blog pun aku tak reti untuk buat lawak. Aku tahu cursing saja.

Wah! Petheticnya aku! Wuuuuuu~ (T.T)

Kami bodoh? Kami pemalas? Memang pun agaknya kalau kau dah doakan kami macam itu!

Apa kena dengan hari ni ha?!

Tadi kena marah dengan lecturer. Sial. Memang kami salah sebab tak buat ulangkaji sebelum belajar. Tapi bila kami beri pandangan, janganlah terus marah! At least we tried! Yang aku bengangnya, dia asyik tanya "what do u think?". Lepas tu kami beri respon jawapan kami. Kemudian dia marah dan kata salah. Kalau dah tahu salah then why do u still have to ask for our opinion?! Sebab tulah kami malas nak buka mulut dan hanya mendengar apa lecturer cakap daripada respon dan beri pandangan! Sebab bila buka mulut saja dia sudah cakap salah. Bila kami tak buka mulut dan hanya mendengar, dia panggil kami BODOH dan PEMALAS!

Tak habis-habis kumpulan lain saja yang baik didepan mata lecturer lain! Kumpulan kami semuanya teruk! Aku makin tak tahan dengan label sebegini!

Ini bukan kali pertama, ini dah masuk tak terkira lecturer marah kelas kami. Kerana apa? Pasif. Unresponsive. Kerja pemalas katanya. Kami dah cuba yang terbaik tetapi macam biasalah, kumpulan lain saja jadi anak emas depan mata mereka. (nak muntah!)

Ya, memang kami salah kerana tidak baca dahulu. Tidak buat ulangkaji terlebih dahulu. Tetapi Lectrurer juga tidak patut memarahi pelajar yang sekurang-kurangnya mencuba walaupun jawapannya salah. Kalau dah selalu kena marah, memanglah kami tak mahu mencuba lagi dan bersikap pasif! Kemudian nak tuduh kami bodoh pula!

Dan dalam perjalanan pulan tadi, aku terserempak dengan sekumpulan security guard yang kena marah dengan seorang gadis muda yang kelihatan seolah-olah seorang authority pada mereka.

What the fuck? Is it the World's Letting Out Your Anger Today Day?!!

Wednesday, 15 July 2009

@#$%&*!!!!

Finally kebenaran terbongkar.

Patutlah selama ini ex yang aku bencikan sangat itu tak pernah mahu beri alamat myspacenya pada aku. Asyik-asyik kata yang myspacenya tak ada apa-apa. Aku fikir kalau tak ada apa-apa then why should he hesitate on giving me the address?

Aku saja main cari guna nama 'sake'. Turns out, a huge jackpot.

www.myspace.com/keyme
www.friendster.com/keymey
(Spam dan hack myspace dia adalah sangat dialukan. Spam dia banyak-banyak. Baru padan muka jantan ni.)

Lepas putus barulah aku dapat tahu kenapa dia selama ini tak mahu beri address myspace. Rupa-rupanya dia tulis diprofilenya: "Aku bukan cari awek" (meaning dia tak nak kapel bukan sbb da kapel tp mmg sbb dia takmo cri gf.)

Dan dia menggatal dengan betina-betina myspace! Aku lihat tarikh komennya ok? Tarikh kami mula kapel dahulu. Dan dia ada meletakkan status 'flooding ur soul' dan 'rebellious' semasa kami masih sepasang kekasih. Nampak sangat dia selama ini tak pernah sayangkan aku. Malah main kayu tiga dan menganiaya aku!

Pergh, pengecut! Pergi mampuslah kau!!! Aku takkan maafkan kau jantan sial!

Mimpi yang seakan-akan benar!

Hari ini aku telah mimpi suatu peristiwa yang sangat mengerikan.

And it looked sooooo DAMN REAL.

TOO REAL, sehinggakan aku terpinga-pinga apabila aku terjaga dari mimpi. Tertanya-tanya dimanakah aku sekarang dan mengapa aku sedang berada didalam bilik di UNISEL instead of my own house (which where that dream had occured.)

Sebaik saja aku terjaga, aku berasa agak keliru kerana mendapati aku didalam bilik di unisel. kemudian baru aku sedar bahawa segalanya cuma mimpi. Serius, aku benar-benar rasa lega! tetapi aku masih lagi terperangkap diambang kekeliruan antara dunia realiti dan mimpi. Aku fikir mahu berhubung dengan mereka yang terlibat didalam mimpi tersebut untuk memastikan mereka selamat.

Terlupa pula. Mereka sedang berada disekolah.

Aku baring semula, masih keliru. Cuba mengingati dan menyusun semula peristiwa didalam mimpi. Serius, mimpi tersebut dirasakan terlalu.... Benar. Seakan-akan aku didalam realiti. Terasa terlalu REAL sehinggakan aku terkejut dan keliru apabila aku terjaga dikatil asrama dan bukan dikatil bilik aku sendiri. Sehinggakan perasaan takut, kehilangan, sunyi, terkejut, dan perasaan tidak dapat terima hakikat itu masih menyelubungi hati aku tatkala aku terjaga dari tidur. Aku masih bisa merasakan perasaan kegelapan itu.

Selama ini aku tidak pernah tahu rasa kehilangan mereka yang tersayang. Not until that dream occured last night. Those tragic feelings of loss and loneliness engulf me into darkness, emptiness and confusion. I was still haunted by it even when i was widely awake. I almost believed it to be real. The dream and those feelings seems so real. Aku benar-benar takut.

Lalu aku menangis.

Tuesday, 14 July 2009

Aku perlukan bantuan. Boleh anda tolong?

I seriously need help guys. Aku sangat-sangat terdesak untuk bantuan!

Please motivate me or even force me to study! (T.T)

Aku sudah semakin hilang punca dan sudah semakin putus asa untuk belajar.

And the final exam is just next week!

AAAARGH!!!!

Monday, 13 July 2009

I'll cheer u up. Stop give a damn about guys ok?

Aku tak sabar untuk bertemu rakan baikku dan singgah atau bermalam sehari dua diasramanya. Apabila dia meluahkan masalahnya tempoh hari, hati aku menjadi tersentuh dan sedih dengan keadaannya. Aku sangkakan akulah manusia yang paling malang. Rupanya keadaan dia lebih menyedihkan.

Tambahan pula hatinya sangat lembut. Terjebak dalam kancah Cinta. Dan seperti biasa akhirnya dia yang dilukakan pada akhirnya sebagaimana aku dan kebanyakan mereka (perempuan) yang lain. Aku tidak mampu membantu. (the last time i tried to help, i made a disaster.) Kali ini aku hanya mampu mendengar dan memberi sokongan moral.

I decided to cheer her up. Aku telah bertungkus-lumus cuba mencari suatu hadiah yang mungkin mampu membuatnya tersenyum. Cari kotak dan akan membalutnya.

Selepas itu aku mahu 'explore' segala pelusuk kolej barunya itu. Mungkin juga bertemu dengan rakan-rakannya (yang kebanyakannya lelaki) serta berkenalan dengan teman lelaki yang telah melukakan jiwanya.

Aku terasa bagai mahu bunuh lelaki itu sekiranya dia berani-berani buat kawan baik aku itu menangis lagi. Geram!

Aku sangkakan aku tiada kawan. Tiada kawan baik. Sunyi. Tetapi bagaimanalah aku boleh lupa bahawa aku masih ada dia? Huhu... Agaknya kami telah tinggal berjauhan dan jarang berhubung sejak hari itu. Jadi aku fikir mungkin dia telah bertemu dengan golongan kawan yang lebih baik. Turns out the opposite. Hidupnya didalam persekitaran yang baru itu rupa-rupanya lebih teruk daripada hidup aku di universiti tengah-tengah hutan kampung ini.

No friends. I mean it. NONE. Kursusnya berkaitan dengan skill kemahiran lelaki. Oleh itu ahli koleh tersebut kebanyakannya adalah lelaki. Jadi kebanyakannya lelaki menjadi kawan. Dia sudah tiada kawan perempuan yang boleh dijadikan sahabat mendengar masalah dan mengajak teman kemana-mana sejak berpindah ke kolej tersebut. Tambahan pula apabila krisis putus memutus antara dia dan teman lelakinya kerap terjadi sejak kebelakangan ini.

She's under huge stress and she got no one to help her.

Jangan risau. Supergirl is on her way. Tunggu aku mula cuti sem nanti. Aku akan hadiahkan kau sesuatu yang istimewa. Smile! (^,^) v

Dah berani sangat ke nak mati smpi doa mcm tu sekali?!

Aku cukup PANAS bila ada orang yang mempermainkan soal mati. Ugutan bunuh diri pun aku tak suka. (walapupun setakat ini masih belum dapat ugutan tersebut dari sesiapa) Apatah lagi melawak pasal mati.

Kau orang dah sedia sangat nak mati dan jawab soalan malaikat dalam kubur, dah sedia nak kena seksa, pergilah terjun bangunan! Biar mampus cepat!

Kata tak ada orang kisah. Habis aku ni siapa?! Mak Ayah kau?? Keluarga kau?? Kawan-kawan kau??

PENTINGKAN DIRI!

Sunday, 12 July 2009

Fikir positif! U can do it! Huhuhu~ (T.T)

Err.... Aku cuba untuk berfikir positif. Namun aku gagal. Fikiran aku menjadi agak berserabut apabila memikirkan final exam yang hanya seminggu saja lagi.

Dan aku langsung tidak mengulangkaji sepatah haram.

Mula esoklah. (T_T)

Aku paling benci apabila masa peperiksaan akhir semakin hampir~

Yelah, dasar ulangkaji last minutelah katakan~

Thursday, 9 July 2009

Perancangan aku jumaat esok

Berikut ialah perancangan aku pada keesokan harinya.

Pada waktu 2.30pm, aku akan bawa gitar dan kertas-kertas literature untuk ke kelas. Dengar dan mencatat benda-benda yang menarik semasa mendengar lecture dalam kelas.

Tiba saja masa pulang, aku akan heret gitar tersebut dan menaiki bas selangor. Aku akan menunggu dalam kurang dari 2 jam untuk tiba ke KTM sungai buloh. Dengan gitar yang besar dibelakang, aku tunggu pula keretapi di KTM dalam 15-30 minit.

Keretapi tiba, masuk. Duduk. Gitar diletakkan ditepi. Tunggu lebih kurang 20 minit untuk tiba ke stesen KL sentral. Sementara itu, mata ini akan melihat penumpang-penumpang lain sambil mendengar muzik melalui earphone. Pemandangan luar tingkap, kedinginan, kesepian serta ketenangan suasana didalam KTM tersebut dinikmati sepenuhnya.

Tiba di KL sentral, aku akan singgah sebentar di KFC. Dengan hanya berbekalkan RM10, aku akan cari makanan ditempat itu yang berpatutan dengan bajet aku. Sekiranya tidak ada, aku akan ke 7-11 untuk beli apa saja yang boleh dibeli dengan RM10 demi mengalas perut. Selesai makan, aku akan lintas jalan dan tunggu bas u69/u60 diseberang jalan.

Naik bas, kalau ada tempat duduk, duduk. Kalai tidak ada, berdiri. Tunggu saja dengan bosannya dan penuh sesak sehingga tiba di destinsi.

Sampai dikawasan Puchong Utama, berjalan kaki sehingga kerumah.

Masuk rumah, salam ibu aku dan meletakkan gitar diatas sofa, terus ke peti ais untuk cari makanan. Kemudian aku akan mengadu lapar dan minta ibu aku KFC serta ajak keluarga aku tengok Ice Age 3.

Esok harinya, Tengok Ice Age 3, betulkan gitar serta nikmati suasana duduk dirumah.

Pada hari ahad, bersiap sedia untuk pulang ke UNISEL. Jika gitar sudah dibetulkan, aku bawa pulang ke UNISEL. Jika tidak, hanya bawa kertas literature saja. Naik kereta dan tunggu sehingga tiba di UNISEL.

Just another day in this boring place...