Thursday, 16 July 2009

Membebel

Hari peperiksaan akhir semakin hampir tapi aku buat dek saja. Adalah juga ulangkaji sedikit tetapi hanya sastera inggeris. Subjek speech aku tak sentuh lagi. Tak apalah. Tunggu betul-betul hampir baru aku jado orang gila belajar. *ketawa sinis*

Saja mahu luahkan sedikit. Semalam, aku curi dengar perbualan gaduh antara housemate aku dan teman lelakinya. Housemat yang aku katakan ignorant dan pasang muzik berdentum kuat itu serta pakai seksi dalam rumah. Yang aku cemburu kerana sikapnya yang betul-betul bebas serta tidak ambil kisah akan apa pun. Dia bergaduh dengan teman lelakinya cara BERGADUH. I mean, by shouting and raising her voice and... Mengutuk, menengking kasar teman lelakinya. Duh~ of course the whole house can hear her. Orang pekak saja yang tak boleh dengar dia bergaduh. Tapi aku tidak kisah. Aku lagi suka curi dengar apa yang digaduhkannya. Aku tabik sikapnya yang betul-betul ignorant sebegitu.

Berdasarkan apa yang aku dengar, Mereka telah berkasih selama 3 tahun. Teman lelakinya satu universiti juga dengan kami. Pelajar unisel juga. Dan teman lelakinya cemburu kerana dia telah berbual dan buat apa entah dengan seorang lelaki lain yang tampak terlalu mesra. Housemate aku banyak kali menafikan dan meninggikan suaranya menegaskan tetapi teman lelakinya bagai tidak percayakan dia. Seronok dengar. Bukan tiap-tiap hari dapat encounter event begini. Tak sempat aku mahu ikut dramanya sampai habis, aku telah diseru seseorang.

Cemburunya bila baca blog orang lain yang kelihatan ceria, gembira dan lawak. tapi aku gagal buat begitu. Aku rasa seperti tak asli (T_T). aku ni bukan reti melawak. Dalam blog pun aku tak reti untuk buat lawak. Aku tahu cursing saja.

Wah! Petheticnya aku! Wuuuuuu~ (T.T)

No comments:

Post a Comment