Tuesday, 7 July 2009

Jangan buat janji bodoh kalau tak dapat tunaikan.

Aku tidak boleh tidur semalam, gara-gara diganggu seorang manusia. Kami telah buat satu perjanjian. Jika dia kalah, dia perlu belanja aku apa saja yang aku mahu, begitu juga sebaliknya. Tetapi beberapa hari lepas dia telah mengaku kalah secara tiba-tiba.

"Kenapa pulak awak mengaku kalah?" tanyaku, hairan.

"Sebab saya takut lebih lama saya berhubung dengan awak, saya akan jatuh cinta. saya jenis cepat sayang pada seseorang. Sebab tu saya tak ada kawan perempuan. Lepas saya tunaikan janji saya ni, kita takkan berhubung lagi tau?"

Aku benar-benar terkejut! Gila ke apa manusia itu? Aku suka berkawan dengannya kerana perangai dia yang gila-gila serta ceria. Lepak dengannya buat aku rasa bebas dari tekanan dan masalah. Tapi sekarang dia pun mahu tinggalkan aku atas alasan bodoh sebegitu?

Dia berkata "Kalau tak nak, apa kata kita kapel?"

Bukan apa. Tetapi aku lebih selesa berkawan dengan dia daripada berkasih. Banyak sebabnya. salah-satunya ialah latar belakangnya yang kurang aku dapat terima. Dia berasal dari Kedah, terlalu jauh. Dia mengambil kursus pengurusan hotel tetapi dia gagal membuang loghat kedahnya. Dia tidak mampu bercakap seperti professional dan loghat biasa. Adik beradik banyak, dan yang paling aku tak dapat terima, dia duduk di kampung. dan GEMARKAN suasana kampung berbanding hiruk pikuk bandar. AKu betul-betul tak mampu terima itu semua. Lagi-lagi sikapnya yang 70% serupa dengan ex aku yang jahanam itu.

Kemudian aku telah buat keputusan.

"Awak, kita cancel deal tu. Kita tak payahlah jumpa. Deal tu dah dibatalkan, awak nak mula putus contact dengan saya mulai esok pun boleh. Awak yang kata dengan saya dulu lepas deal dah tamat awak akan hilangkan diri." Aku tekad.

Nak tahu apa responnya?

"Hak hak~ Awak ni kelakarlah."

(=_=") bodoh tak? sendiri buat peraturan, sendiri langgar. Sendiri dah malu. Tapi sendiri tak mahu mengaku malu. Kerana apa? EGO. Alasannya?

"Saya suka berkawan dengan awak."

Kalau macam tu siapa suruh buat janji bodoh? Aku dari mula dah cakap. Mahu berkawan, kawan sajalah. Apa kena mengena dengan takut jatuh cinta? Kalau dah sayang, sayanglah sebagai kawan. Tak perlu sehingga putus hubungan.

Ha! Kan dah malu~

No comments:

Post a Comment