Thursday, 9 July 2009

Perancangan aku jumaat esok

Berikut ialah perancangan aku pada keesokan harinya.

Pada waktu 2.30pm, aku akan bawa gitar dan kertas-kertas literature untuk ke kelas. Dengar dan mencatat benda-benda yang menarik semasa mendengar lecture dalam kelas.

Tiba saja masa pulang, aku akan heret gitar tersebut dan menaiki bas selangor. Aku akan menunggu dalam kurang dari 2 jam untuk tiba ke KTM sungai buloh. Dengan gitar yang besar dibelakang, aku tunggu pula keretapi di KTM dalam 15-30 minit.

Keretapi tiba, masuk. Duduk. Gitar diletakkan ditepi. Tunggu lebih kurang 20 minit untuk tiba ke stesen KL sentral. Sementara itu, mata ini akan melihat penumpang-penumpang lain sambil mendengar muzik melalui earphone. Pemandangan luar tingkap, kedinginan, kesepian serta ketenangan suasana didalam KTM tersebut dinikmati sepenuhnya.

Tiba di KL sentral, aku akan singgah sebentar di KFC. Dengan hanya berbekalkan RM10, aku akan cari makanan ditempat itu yang berpatutan dengan bajet aku. Sekiranya tidak ada, aku akan ke 7-11 untuk beli apa saja yang boleh dibeli dengan RM10 demi mengalas perut. Selesai makan, aku akan lintas jalan dan tunggu bas u69/u60 diseberang jalan.

Naik bas, kalau ada tempat duduk, duduk. Kalai tidak ada, berdiri. Tunggu saja dengan bosannya dan penuh sesak sehingga tiba di destinsi.

Sampai dikawasan Puchong Utama, berjalan kaki sehingga kerumah.

Masuk rumah, salam ibu aku dan meletakkan gitar diatas sofa, terus ke peti ais untuk cari makanan. Kemudian aku akan mengadu lapar dan minta ibu aku KFC serta ajak keluarga aku tengok Ice Age 3.

Esok harinya, Tengok Ice Age 3, betulkan gitar serta nikmati suasana duduk dirumah.

Pada hari ahad, bersiap sedia untuk pulang ke UNISEL. Jika gitar sudah dibetulkan, aku bawa pulang ke UNISEL. Jika tidak, hanya bawa kertas literature saja. Naik kereta dan tunggu sehingga tiba di UNISEL.

Just another day in this boring place...

No comments:

Post a Comment