Thursday, 16 July 2009

Kami bodoh? Kami pemalas? Memang pun agaknya kalau kau dah doakan kami macam itu!

Apa kena dengan hari ni ha?!

Tadi kena marah dengan lecturer. Sial. Memang kami salah sebab tak buat ulangkaji sebelum belajar. Tapi bila kami beri pandangan, janganlah terus marah! At least we tried! Yang aku bengangnya, dia asyik tanya "what do u think?". Lepas tu kami beri respon jawapan kami. Kemudian dia marah dan kata salah. Kalau dah tahu salah then why do u still have to ask for our opinion?! Sebab tulah kami malas nak buka mulut dan hanya mendengar apa lecturer cakap daripada respon dan beri pandangan! Sebab bila buka mulut saja dia sudah cakap salah. Bila kami tak buka mulut dan hanya mendengar, dia panggil kami BODOH dan PEMALAS!

Tak habis-habis kumpulan lain saja yang baik didepan mata lecturer lain! Kumpulan kami semuanya teruk! Aku makin tak tahan dengan label sebegini!

Ini bukan kali pertama, ini dah masuk tak terkira lecturer marah kelas kami. Kerana apa? Pasif. Unresponsive. Kerja pemalas katanya. Kami dah cuba yang terbaik tetapi macam biasalah, kumpulan lain saja jadi anak emas depan mata mereka. (nak muntah!)

Ya, memang kami salah kerana tidak baca dahulu. Tidak buat ulangkaji terlebih dahulu. Tetapi Lectrurer juga tidak patut memarahi pelajar yang sekurang-kurangnya mencuba walaupun jawapannya salah. Kalau dah selalu kena marah, memanglah kami tak mahu mencuba lagi dan bersikap pasif! Kemudian nak tuduh kami bodoh pula!

Dan dalam perjalanan pulan tadi, aku terserempak dengan sekumpulan security guard yang kena marah dengan seorang gadis muda yang kelihatan seolah-olah seorang authority pada mereka.

What the fuck? Is it the World's Letting Out Your Anger Today Day?!!

No comments:

Post a Comment