Wednesday, 15 July 2009

Mimpi yang seakan-akan benar!

Hari ini aku telah mimpi suatu peristiwa yang sangat mengerikan.

And it looked sooooo DAMN REAL.

TOO REAL, sehinggakan aku terpinga-pinga apabila aku terjaga dari mimpi. Tertanya-tanya dimanakah aku sekarang dan mengapa aku sedang berada didalam bilik di UNISEL instead of my own house (which where that dream had occured.)

Sebaik saja aku terjaga, aku berasa agak keliru kerana mendapati aku didalam bilik di unisel. kemudian baru aku sedar bahawa segalanya cuma mimpi. Serius, aku benar-benar rasa lega! tetapi aku masih lagi terperangkap diambang kekeliruan antara dunia realiti dan mimpi. Aku fikir mahu berhubung dengan mereka yang terlibat didalam mimpi tersebut untuk memastikan mereka selamat.

Terlupa pula. Mereka sedang berada disekolah.

Aku baring semula, masih keliru. Cuba mengingati dan menyusun semula peristiwa didalam mimpi. Serius, mimpi tersebut dirasakan terlalu.... Benar. Seakan-akan aku didalam realiti. Terasa terlalu REAL sehinggakan aku terkejut dan keliru apabila aku terjaga dikatil asrama dan bukan dikatil bilik aku sendiri. Sehinggakan perasaan takut, kehilangan, sunyi, terkejut, dan perasaan tidak dapat terima hakikat itu masih menyelubungi hati aku tatkala aku terjaga dari tidur. Aku masih bisa merasakan perasaan kegelapan itu.

Selama ini aku tidak pernah tahu rasa kehilangan mereka yang tersayang. Not until that dream occured last night. Those tragic feelings of loss and loneliness engulf me into darkness, emptiness and confusion. I was still haunted by it even when i was widely awake. I almost believed it to be real. The dream and those feelings seems so real. Aku benar-benar takut.

Lalu aku menangis.

No comments:

Post a Comment