Tuesday, 7 July 2009

Melepas geram + sedikit ceramah

Teringat pula dalam perjalanan ke kelas tengahari tadi, aku terlihat beberapa 'scene' yang menarik perhatian.

Ketika aku mahu turun tangga dari asrama, ada seorang gadi sedang duduk membelakangi aku. Dia sedang bercakap ditelefon, senyap. Mungkin senyap kerana ada manusia yang sedang lalu dikawasan itu (akulah tu). apabila aku telah turun, aku terlihat seimbas lalu bahawa gadis tadi sebenarnya sedang menangis. Gincunya yang merah kelihatan comot, dan maskara yang cair. Mungkin baru putus dengan teman lelaki? Entahlah.

Dihadapan sedikit, ada sekumpulan gadis sedang ketawa. Salah seorang daripada mereka cuba duduk diatas riba rakannya lalu terjatuh dan diketawakan yang lain. Kemudian rakan-rakan lain menyokong dia untuk cuba lagi. Mereka berkata "Pose sexy! Pose sexy!" kemudian cuba tangkap gambar bersama-sama.

Aku berbisik sendiri, "It's 'sexy pose' you idiot."

Setibanya difakulti, aku terkejut kerana mendapati ada seorang lecturer lelaki yang aku kenal sedang mengadakan kelas ditengah-tengah rotunda (lobi fakulti) dan menyuruh pelajarnya untuk memberi ucapan atau speech yang spontan berdasarkan topik yang diberinya tanpa berfikir pun. Macam kena dera saja pelajar semua itu kerana terpaksa tahan malu bercakap ditempat awam sebegitu, dan bersila dilantai lagi.

Aku juga terjumpa dengan suatu pakaian aneh, yang dipakai orang arab ini. Rakan aku katakan itu adalah pakaian tradisional mereka. Baju tersebut ada jubah putih tetapi disertai dengan hoody. Dasyat tak? gabungan hip-hop dan agama.

Di luar kelas, angin sangat kuat kerana hujan lebat. Rakan kelas aku yang bantu tuning gitar itu buat perangai gila dengan berlakon seolah-olah begitu sukar melawan arus angin sehingga kononnya tercampak kebelakang. Asalkan kau bahagia~

Tibanya dikelas, rakan aku yang seorang ini tiba-tiba mengaduh sakit, dan menangis sambil menjilat dan menghisap jari yang luka. Hairan aku. Tiba-tiba saja dia menangis, buat aku panik dan terkejut. Seolah-olah kesakitan tersebut begitu pedih bagaikan ada serangga yang gigit dan menyebarkan bisa melalui luka tersebut sehingga jari itu menjadi lumpuh dan bengkak. (itu tanggapan aku saja. AKu fikir mungkin jadi begitu).

Dan akhir sekali? Diberi tugasan pada waktu yang sangat singkat serta MEMUSNAHKAN perancangan indah aku untuk pulang pada hari khamis kerana mengadakan kelas tambahan BODOHNYA pada hari jumaat! Petang pula itu!

I just can't think and act positive when things like this hurts me. Memang aku seorang yang berfikiran negatif. Aku tidak pernah optimis. Aku emo. I can't be happy if there is no fucking reason to be happy about. Lagi-lagi bila aku ditenggelami masalah dan benda bodoh begini.

Sekurang-kurangnya aku tidak pendamkan masalah dan membiarkan orang lain kena tempiasnya. Sekurang-kurangnya aku lepaskan segala tekanan tersebut dengan mencarut dan meluahkan segalanya supaya aku akan cepat sejuk pada keesokan harinya atau beberapa jam selepas insiden itu berlaku. Tidak seperti ex aku dan sesetengah orang yang lebih gemar pendamkan masalah dan akhirnya membiarkan masalah ini berlarutan mengganggu fikirannya sehingga memberi kesan pada orang sekeliling secara tidak sengaja. (Muram, masam, tidak menegur orang kerana bad mood dan akhirnya dicop sombong oleh orang lain).

People will never UNDERSTAND you. People will only JUDGE you. That is a fact. Jika kamu tidak memahamkan mereka dan hanya memendam saja, jangan mimpi mahu orang lain beri simpati dan faham keadaan kamu. People are not mind readers. Blame yourself for that fucking attitude.

When i get mad with someTHING, i curse and i tell them to people out loud. And then i let it go. When i get mad with someONE, i curse, i tell it to people out loud and then if lucky, aku balas dendam. And THEN i will let it go. Aku jenis cepat marah tetapi cepat sejuk selepas puas mencarut dan meluahkan (atau dalam sesetengah kes, balas dendam). So bear with me.

So what if i'm a lady? So what if i'm vulgar? Bukan aku mencarut setiap masa. Apabila tiada benda yang buat aku marah, tak adalah aku buang tebiat mencarut tanpa sebab. Jangan berfikiran tertutup sangat. Jangan mendiskriminasikan jantina. Aku BUKAN gadis melayu terakhir. Tetapi aku juga BUKAN perempuan murahan!

I am just somebody who isn't perfect like anyone else. Dan jangan marah aku apabila aku cuba melepas geram dengan meluahkan dan mencarut. Because that is how i deal with my anger and u can't fucking change me.

"
Before you start pointing fingers to someone else, make sure YOUR hands are clean."

No comments:

Post a Comment