Thursday, 30 July 2009

Ada hikmah!

Okay. Kamu semua tahu kan aku geram dan marah-marah kerana laptop? Aku bengang kerana perlu bayar mahal sehingga rm70 dan orang itu suruh aku download sendiri semua program. Aku terasa menyesal kerana meminta orang itu format. I should have left my laptop just like that. Bukan kena virus pun. Sangat menyesal. Dan kerana kesilapan itu, aku terpaksa download semula segala-gala program yang aku pernah ada.

Adik aku kata pasti ada hikmah disebalik semua ini. Aku terasa tidak puas hati. Hikmah apa pula yang tersembunyi padahal yang aku nampak ialah aku perlu bersusah untuk download semula segalanya.

And after i finished downloading all of them, it HIT me.

Hikmahnya, ialah apabila aku format semula, aku kena muat turun segala program itu semula juga. dan sudah semestinya aku akan download program dalam latest version. Dan turns out, hikmahnya, setelah bersusah payah itu laptop aku telah menjadi 2 kali ganda lebih cantik daripada yang sebelum ini, siap dengan messenger cantik2! siap ada 2 anti virus!

Jika aku biarkan laptop tidak diformat. aku tak boleh update segala messenger tersebut kerana semua mesengger yang sedia ada didalam laptop itu telah fix untuk sistem windows xp. Tidak boleh diupdate. Tapi disebabkan aku format semula, walaupun perlu bersusah payah pada mulanya, aku tetap usahakan.

Dan lihat? Laptop aku telah jadi semakin cantik dan elok!

Baru aku sedar akan hikmah semua ini. Tuhan beri kita kesusahan pada awalnya kerana ada hikmah disebalik itu. Untuk mendapatkan hikmahnya kita perlulah berusaha untuk memperbaiki kesusahan tersebut. Barulah hikmahnya akan datang depan mata.

Segala kesusahan atau bala ada hikmah. kita hanya perlu berusaha mencarinya.

No comments:

Post a Comment