Wednesday, 30 September 2009

Pls give your point of view regarding the situation below.

Ok, I'll give you guys a situation. Ponder this for a moment:

There's this guy and girl who loves each other, and are an official couple. (they claim to be.) But they seem to be like an easy going couple. They're not the same like other lovey-dovey type of couples.

They claim that they love each other but they treat each other as mere friends.

Yes, friends as in not much lovey-dovey words coming out from their mouth towards each other. They don't even mind if they don't contact each other for a few days.

They claim that its not that they didn't miss the him/her. They do miss each other but they just kept to themselves and pay less attention towards that particular feeling which would soon be distracted.

Ok, and one day this girl signs in her account in a social network website and found her boyfriend has deleted her from his account.

When she asked him why, he replied "The site isn't important. It's a waste of time. Besides, its better that way cuz there's a little bit of thrill and mystery we keep everyone wondering."

Here's a little background before you put a judgement regarding this matter. Before he deleted her, he told her that he doesn't like using the social network website and wanted to delete his account. He asked his girlfriend to do the same but she refused. He questioned the hundreds of guys the girl has in her account as friends but she said they were friends from the past years. After the incident, he respects her decision and deletes her from his account instead of deleting his account.

However she noticed he has never/SERIOUSLY rarely chatting with girls in that social network website eventhough he can. (he rarely chat with girls even since before they met each other) and he doesn't show signs of cheating behind her back at all or even jealousy.

He claim that he doesn't mind about her being with another guy at all. He said to her that jealousy doesn't exist in his soul and he doesn't know why. But still, he told her that doesn't mean he never cared or loved her.

And at times he will throw his best effort in doing favors for his girlfriend even though it troubles him. He would still entertain her wishes or questions even if sometimes it appears against his willingness.

So what do you think this situation explains? Is the boyrfriend hiding something? Or is the boyfriend is trully sincere in loving her? (although in a bit awkward kind of way). Why do you think he deletes her? And from this situation do you think he really actually loves her or no?

Please leave a comment regarding this problem. What is your point of view? What do you think of this? I'll be more than happy to listen.

Monday, 28 September 2009

Broken!!!

After burying this stress in my heart for quite a long time, I finally burst to tears.

I can't take this pressure anymore. I can't.

This very moment when i'm typing this entry, my eyes can't stop dripping liquids to my cheeks. Crying all i could. Let it all out. ALL of them. Crying. Crying. Crying.

I didn't feel like crying when the problems were piling. Not yet. The one problem that triggers this emotion was HIM.

He broke his promise. Although it wasn't on purpose, but it hurts. It hurts me deep like a sharp blade slicing through the flesh of a fresh, bloody wound. Fuck him.

I trusted him. I know he isn't someone who breaks promises. That is why i trusted him so much. I just KNOW he will come to visit me. He promised. Thats is why i held high hopes. Gripping his words as something i can look forward to. But when he suddenly cancelled the very day before the visit, my heart shattered to dust, and i just... cried.

The worse fucking part was when i told him i am down and i need someone to talk to, he replied me half-heartedly as if he's not interested in listening to me at all. FUCK. I helped him before. Why can't he just listen to my sorrow for once?? Bastard.

I don't understand why, this ALWAYS happens to me. Everytime a guy promises me something, he will break it at the very last minute. Seriously. It happened THOUSANDS of times. I should have seen this coming. But because i trusted him, and believe he's one of a kind, i still held high hopes.

Allright now i learn my fucking lesson. Nextime, no matter how charming that guy is...

THEY ARE NEVER TO BE TRUSTED. ESPECIALLY THEIR FUCKING PROMISES.

Sunday, 27 September 2009

God please help me. Please!

ok, can somebody explain to me on how to finish the lesson plan?

because i have NO IDEA on how to do it.

Seriously. Seriously. Seriously.

I want to cry.

(Blank)

I sat here, eyes staring blankly and sleepily in front of this bright laptop screen. Desperate to fill in the white blank of multimedia paper. Trying so hard to figure something out.

Nothing.

Nothing pours out. I ran out of idea on what to write. At least what to write regarding the positive sides. All i can think of right now are only those fucking assignments and presentations.

Fuck TESL. I should have taken another route towards success.

Me? a frickin' teacher? puhleeeeeez~~~~!

p/s: if cursing bothers you, then you should have read my title intro before reading my frickin blog. This is MY blog. MINE.

Friday, 25 September 2009

Transformation!

Ok, quit it. my english comprehension and is getting lower.

I need to change this blog into an english blog.

I MUST master more vocabs!

Argh!

Thursday, 24 September 2009

Pernah tak alami situasi begini?

Aku nak cerita sedikit dengan kamu semua.

Pernah chatting dalam ym atau messenger yang sewaktu dengannya?

Pernah tak alami situasi dimana kamu berlagak gembira saja didalam chatting box tersebut (Kamu tampal smiley senyum, ketawa terkekeh-kekeh, dan smiley gila-gila dan bersifat gurauan.)

Tetapi in reality, wajah kamu sebenarnya muram durjana. sedih. Mungkin juga sedang menangis disebalik skrin komputer kamu.

Dan wajah serta perasaan kamu langsung tidak sepadan dengan smiley dan kata2 yang kamu taip didalam chatting box.

Contoh dibawah.

Didepan skrin komputer?:

Chatter A: Abg sayangkan sayang tak?
Chatter B: Sayang tau. Sayang sangat-sangat. (^.^) Meh abg cium cket muahx (^*^)

Di belakang skrin komputer?:

Chatter B mengeluh dan bermuram, "Apalah malang sangat nasib aku dapat awek macam kau."

p/s: Aku selalu terjadi peritiwa begini. kamu?

Something is happening to me.

Assignment berlambak-lambak, tak sempat aku siapkan.

Sekarang ini, aku sangat risaukan lesson plan.

Seriously, i have NO idea on how to do this. Fikiran aku blur. Mahu aku gambarkan bagaimana blurnya aku dalam assignment ini?

Fikiran aku seolah-olah taraf budak sekolah menengah tingkatan 3 yang dipaksa untuk menyiapkan kerja dan homework untuk pelajar ijazah sarjana muda.

Sumpah, aku tak tipu. Kalau budak tingkatan 3 diberi kerja budak degree, mereka pasti boleh baca soalan dan cuba jawab kerana mereka bukan budak kecil. Tetapi didalam bahagian 'memahami soalan dan menyiapkan kerja' itu jadi blur. Jadi keliru. Jadi overload kerana standard pelajaran degree jauh lebih tinggi daripada pemahaman budak tingkatan 3.

Ini yang terjadi pada aku sekarang.

Tiba-tiba aku terasa keputusan sambung belajar degree adalah salah sama sekali. Standard aku tidak mampu mencapai tahap jauh sebegitu kerana otak aku jenis lembab. Aku tak mampu.

Dan entah mengapa aku bisa meraskan cara aku berbahas bahasa inggeris sudah semakin mundur. Daya fahaman aku dalam bahasa tersebut seakan-akan terbatas, semakin lembab dan semakin bodoh. Aku tak mampu untuk mengujar ayat bahasa inggeris yang agak mudah sepatutnya untuk pelajar degree. Aku jadi teragak-agak dan akhirnya fikiran aku jadi...

Total Blank.

Aku terasa mungkin daya IQ aku telah semakin menurun. Aku tiba-tiba jadi makin bodoh.

Seriously. I'm not kidding.

p/s: Please help me.

Tuesday, 22 September 2009

HOME!!

akhirnya aku tiba juga dirumah~! Lega rasanya!

Banyak berita yang aku mahu sampaikan tatkala aidilfitri menjelang. antaranya?

1) 'Dia'

2) Psp aku

3) Duit raya aku

4) Sedara mara aku

5) Kucing aku

Nanti aku cerita lebih. Buat masa sekarang aku mahu rehat.

Saturday, 19 September 2009

Setan betul la!

Ni yang buat aku bengang ni.

Pada awalnya ayah aku yang beriya marah aku beli PSP.

Katanya boleh dapat harga lagi murah di IOI mall. Senang mahu claim warranty.

Tapi masalahnya aku sudah penat order daripada melaka. Orang yang hantar PSP tersebut dah ada depan mata. Takkan nak reject pula? Sampai ayah aku marah-marah pula orang itu yang penat datang dari melaka demi aku.

Nak tahu apa jadi?

Ayah aku, serta adik-adik aku pula yang beriya main PSP tersebut lebih dari aku.

Yang paling aku sakit hati, penat sungguh aku save main satu malam untuk charge baterry PSP untuk dimain dalam kereta keesokan hari, dalam perjalanan untuk ke kampung nanti.

Tapi awal-awal pagi lagi ayah aku dah rembat dulu PSP itu!

Panas telinga aku, sial. Kalau adik aku, dah lama aku sound. Habis dah ayah aku, kuasa veto macam hitler. Terpaksa aku menahan sakit hati dan darah menggelegak ini.

Bengang tahap nak mampus dah ini. Beriya marah aku beli, tapi last-last main juga. Penat aku charge battery tahu tak?!

Dan bayangkan telefon aku yang aku dapat daripada dia pun (HP lama dia) dia suruh beli dengan bayar RM500. Aku masih studentlah bodoh! Kalau aku dah ada gaji tetap tak apa juga! Sakit betul hati aku! Dengan anak sendiri pun suruh bayar untuk guna telefon bimbit itu. Sampai duit PTPTN aku yang hanya cukup makan itu pun kadang-kadang terpaksa dikerah untuk keluarga aku macam aku dah ada kerja dan bergaji tiap-tiap bulan pula, eeeeei!

p/s: Ayah aku kalau nak minta beli benda sebegitu guna duit sendiri memang sampai dia masuk kubur pun takkan bagi.

Friday, 18 September 2009

PSP!

Finally! Selepas menempuhi satu dugaan dan peristiwa yang agakj menyakitkan hati...

Aku telah berjaya menjadi tuan rasmi sebuah PSP 3000!!!!!

Aduh... Cuma satu saja yang aku geram.

Games yang aku mahu 90% tak ada dalam psp tersebut. geram, geram...

Thursday, 17 September 2009

Damn assignments~!

Risau. Risau. Risau.

Assignment yang berlambak-lambak tetapi tidak satu pun aku mula untuk menyiapkan.

Masa raya nanti takkan tergerak untuk buat kerja.

Ni yang buat aku rasa mahu menjerit ni.

Tuesday, 15 September 2009

Wow~

Balik rumah sempena raya. Memanglah excited. Tapi entahlah. Keletihan melampau menyelubungi seluruh badan. Dalam perjalanan pulang, sempat aku beli telefon bimbit nokia 1202. RM99 saja. Murah lagi ringkas.

Semasa naik bas pulang, aku terasa loya yang amat-amat. Tak larat mahu bergerak dan berkata-kata pun. Aku sedang leka melayan mesej yang masuk daripada si dia. Sehingga telinga aku tiba-tiba terdengar seseorang bertanya aku.

"Mesej dengan kawan ya?"

Aku terkejut. Berpaling ke belakang. Seorang lelaki tinggi, besar, kulit hitam. Berbahas melayu! Memang kagum! Teringat pula moto merdeka 1 Malaysia. Hak3.

Kalau bukan kerana loya ketika itu, memang aku dah layan mamat tadi.

Aku menganguk lemah, senyum. Dia bertanya lagi. "Raya nanti makan apa?"

"Rendang." Jawabku ringkas.

"Oh...Tak makan itu cookies?"

Kejap. Loading~ oh! Kuih raya rupanya. Aku tergelak kecil dan geleng saja.

"Kenapa? Manis ya?"

Aku tersenyum. menganguk saja. Lelaki itu juga tersenyum. Kemudian aku terus menyambung balas mesej tadi.

p/s: aku betul-betul kagum dengan lelaki itu.

Sunday, 13 September 2009

STRESS!

Aku tension. Tension!!

Tak tahu kenapa. Terasa macam the stress is building up inside me.

fcuked up~!

Dengan perlu tolerate perangai manusia yang entah macam bangang, tugasan-tugasan berlambak yang aku tak pernah minat untuk siapkan, serta INTERNET.

dan PSP.

Aku rasa stress gila-gila sekarang. Rasa macam nak terus tidur dan tak bangun-bangun lagi.

Saturday, 12 September 2009

Bodohnya! Bodoh! Bodoh!

Sekali lagi, kebengangan yang melampau telah menghimpit benakku sehingga aku rasa oksigen sudah tiada lagi dalam paru-paru.

Sekali lagi....Sekali lagi!

Lelaki keparat itu bertindak mengikut emosinya yang mengalahkan perempuan datang bulan! Mula menghamburkan ayat-ayat emosional tidak tentu pasal. Buat hati aku sakit dan rasa terluka sekali lagi kerana memikirkan dia adalah LELAKI yang sepatutnya berfikiran RASIONAL.

Salahkah aku mahu hulurkan bantuan? Salahkah sebagai seorang manusia yang prihatin untuk menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan? Ada aku minta jasa dibalas?

Kenapa setiap kali aku mahu membantu atas dasar niat yang suci, mereka-mereka ini 'backfire' pula dengan fikiran bukan-bukan lagi bodoh? Mereka bukan balas dengan biat jahat. Tetapi membalas huluran bantuan ini sebagai ancaman.

Ancaman. Threat. Kau tahu itu?

Sudah kali kedua aku jujur mahu membantu. Ikhlas dari hati. Aku hanya mahu lihat insan aku sayang itu gembira. Itu yang memadai daripada membalas jasa dan entah apa-apa yang lain. Sudah kali kedua aku mahu membantu, kali ini pada orang kedua. Bukan manusia yang sama.

Sekali lagi, seperti tindakan orang pertama, orang kedua ini juga menolak dengan alasan yang sama. Dua manusia yang aku ambil berat. Dua manusia yang aku cuba bantu. Tetapi kedua-dua menolak dengan alasan yang sama.

Alasan yang bagi aku terlalu bodoh dan cukup melukakan.

"Saya tak mahu susahkan awak. Jangan susahkan diri sendiri sebab saya."

Boleh aku lepas geram? Ok here goes.

Woi! Bodoh! Dah aku kata aku nak tolong, tak adalah aku rasa susah, sebab memang aku ikhlas! Kalau yang tak ikhlas tu aja yang akan terasa susah! Aku nak tolong demi kebaikan kau dan aku juga! kalau aku tak tolong nanti aku risau! Dengan cara tu lagi kau buat aku susah hati kau faham tak?!!!!

Bengang betul aku dengan manusia yang tiba-tiba emosional bodoh tak tentu pasal dengan alasan bodoh sebegini! kau ingat dengan cara menolak kau tak susahkan aku?! Akan jadikan keadaan lebih baik?! Buat kau nampak berdikarilah kononnya dan mulia sangat?! Kau tolak, lagi kau susahkan aku! Susahkan aku dengan merisaukan keadaan kau tu! Dan keadaan kau akan bertambah parah! Dan bila dah jadi macam tu bukan berdikari namanya!

Bodoh! Bodoh! Bodoh!

Geram aku! Aku sudah tak tahan lagi. Kenapa bila aku mahu buat baik saja, mesti mereka tolak? Akukah yang salah dalam hal ini? Ataupun aku yang telah salah membantu orang? Aku yang tersalah bantu, 'ter'bantu mereka yang kebetulan bersikap bodoh begini?

Salahkah aku untuk berbuat baik?! Tak boleh ke kalau kau orang just shut up and accept my help?! Sial! Arrrgh!

p/s: baru puas hati aku.

Thursday, 10 September 2009

Lasagna Promotion!




Nyum nyum! Aku nak makan lasagna balik ni! aku tak sabar waaaa! Dahlah tengah puasa, tengok gambar yang menyelerakan ni buat aku rasa meleleh je air liur huuuu~ (T.T)

Aku tak kira, nak buat juga walaupun tak nampak menyelerakan. Sebelum ini aku dan family pernah buat juga lasagna tapi tak menjadi. Bahagian atas hangus. Tapi dalamnya sedap! Masak banyak-banyak, memang best!

Kalau sesiapa yang tak pernah dengar mengenai masakan italian ni (kalau tak silap aku), rajin-rajinkanlah menjejak kaki anda ke pizza hut yang berdekatan dan pesan lasagna perisa seafood/chicken/beef dalam amaun berapa pun yang anda suka ya? Aku berani kerat jari, kau orang pun setuju makan ni sedap!

Eh kalau puasa tu tunggu berbukalah. Tak pasal-pasal aku tanggung dosa kau orang pulak.

p/s: *ehem, ehem* pizza hut, duit bayaran aku mana? penat aku promote neh!

Wednesday, 9 September 2009

Nangis lagi.

Dia makin teruk.

Dia makin parah.

Aku pula yang rasa mahu mati dengar dia menangis kerana benda bodoh.

Aku nak masuk campur tapi pengalaman telah mengajar aku:

J.A.N.G.A.N!!!

Habis aku nak buat apa? Dengar saja dan lihat saja keadaan dirinya semakin parah tanpa bertindak? Lihat saja dia terus-menerus menjadi bodoh?

p/s: Aku benci manusia yang tidak mahu beralih ke jalan yang lebih baik dengan alasan tidak mampu.

Tuesday, 8 September 2009

Uuuuh~ offer baik punya.

Wah~

Ada orang mahu upah aku untuk menjadi dia punya pembantu untuk membetulkan sebarang kesalahan dalam dokumen kerjanya.

Ya, its in english.

Tapi dia gunakan bahasa bisnes dalam inggeris yang tampak 'advanced'. Cuma penggunaannya berterabur.

Nak ambil offer ke tak mahu? Karang aku salah betulkan, mampus aku!

Monday, 7 September 2009

Dilemma betul. Nak tolong ke tak nak?

Dari sehari ke sehari sepasang mataku termenung pada sebuah buku 'Teaching by Principles' yang terletak diatas katil. Dari sehari ke sehari niat mahu menyiapkan tugasan tersebut. Tetapi entahlah, masih samar-samar.

Kepala otak aku asyik berputar ligat pada lasagna.

Dan juga berputar ligat pada kerisauan aku kepada seorang 'kawan' yang hidupnya bak orang miskin. Sedih aku dengar. Berbuka setakat air saja. Duit dalam wallet tinggal RM1 untuk bertahan sehingga 2 bulan lagi. Aku tak tahu bagaimana dia boleh tahan hidup begitu. Bila mahu hulurkan bantuan, ditolak pula.

Katanya tak mahu termakan budi.

Katanya beban budi diatas bahunya yang perlu dibalas masih tak tertanggung, inikan pula nak makan budi orang lain.

Katanya biar dia berbudi tetapi orang lain tak perlu berbudi padanya.

Sedih, sedih. Terkilan aku. Nak balik kampung? Kirim salam sajalah~

Baru aku terasa *ehem,ehem* bersyukur. 'Kawan' aku itu banyak ajar aku mengenai kehidupan yang serba modest saja. Dulu aku agak kedekut. Tak ada masa nak percaya cerita karut dan keluarkan duit untuk orang lain. Tapi sejak aku mengenali cara hidup dan segalanya pasal 'kawan' aku itu, aku jadi tak kisah. Selagi ada rezeki, ada duit lebih, kita bantu sajalah mereka yang memerlukan sekadar yang mampu. Hidup sederhana saja.

Sesungguhnya melihat kegembiraan dan senyuman mereka yang dibantu itu adalah lebih bermakna dan manis daripada ada duit banyak tapi tak tahu nak buat apa. Baru terasa senang hati kerana mampu ringankan beban mereka.

Lagi-lagi kalau orang itu adalah mereka yang tersayang, bukan?

p/s: Aku nak tolong tapi kawan aku cakap tak payah. Takkan aku nak tengok je? Any suggestions? gila ke apa berbuka takat minum air?

Things i got to do

::Things I got to do::

SHORT-TERM GOALS:
  1. Finish my classroom management assignment
  2. Be massaged to cure this back-pain
  3. Make & eat lasagna at home
  4. Buy baju raya *if neccesary*
  5. Find year 5 & form 2 english exercise books
  6. Buy body strap for my cat
LONG-TERM GOALS:
  1. Do lesson plans
  2. Do conversation research
  3. Do speeches & presentations
  4. Study for exams
  5. Finish my novels

Feeuuuh! I think thats about it. Belum lagi masuk in details. Do a 'to do list' dan mengira serta buat bajet untuk duit aku membuat aku tenang. Pelik tak? *gelak banyak-banyak*

Sunday, 6 September 2009

Kerisauan terhadap benda-benda dibawah:

Fulamak. Lama sungguh aku tak online. Terperap saja dalam bilik tanpa ada access pada internet kerana wireless coverage was under construction for a few days. Aku rindu~

Entahlah. Sekarang ini aku hanya runsingkan tugasan. Dan aku tidak boleh menyiapkannya kerana lecturer masih kurang memberi penjelasan pada tajuk tugasan tersebut. (kena tunggu lepas raya baru boleh tahu tajuk) Tugasan pada sem ini banyak invidual, iaitu berkaitan micro-teaching dan speech atau presentation.

MAMPUS AKU.

Selain itu, tiada apa sangat yang perlu aku risau atau rungutkan. Segalanya sempurna saja dimata aku. Merungut sunyi? Memang sunyi. Tapi aku sudah belajar untuk menghargai kesunyian tersebut serta belajar untuk menerima kesunyian. Sejak aku mengenali si budak kedah, aku mula terasa 'accepting' pada banyak benda. Dia banyak mengubah pandangan aku mengenai pelbagai perkara kepada sesuatu yang positif.

Baru kini hati aku terasa lapang sedikit.

Oh, dan aku dapat roommate baru, which turns out to be someone i can trully adapt with. Aku suka pada roomate baru aku. Bukan senang untuk aku menyenangi roommate. She turns out to be someone yang betul-betul boleh aku 'guna' untuk berubah sikap atau menambah pengalaman. Aku harap aku dapat merapatkan diri dengannya.

Dan akhirnya, mengenai best friend aku. Sehingga kini aku sudah BUNTU dengan masalah tekanan jiwanya. Ikutkan hati aku, mahu saja aku bunuh bekas teman lelaki dia yang telah menganiaya diri, dan perasaannya. Sudah banyak cara aku cuba untuk membantu kawan aku melupakan yang silam. Bantu dia untuk tekad memandang kehadapan. Jangan pandang lagi pada benda yang sudah lepas. Tetapi dia degil. Masih tegar mengatakan dia MASIH SAYANG, TAK BOLEH LUPAKAN DIA, dan TAK SANGGUP KEHILANGAN DIA. Menangis siang, malam, siang, malam. Mengalami severe depression serta masalah tekanan jiwa yang kronik.

Aku sampai sudah tidak larat untuk buat apa-apa. Biarlah, kau nak sangat ingat dan mengharap pada jantan berdebah itu, kau buatlah. Kau yang tak mahu bantu diri sendiri. Orang lain beri bantuan berbakul-bakul pun kalau kau yang masih tegar dengan kisah silam tersebut, tak guna juga.

Everything starts within you. Motivation starts within yourself.

Tapi pada masa yang sama sebenarnya aku tidak sanggup menjadi pemerhati semata-mata. Tidak sanggup melihat kawan baik aku sendiri memilih jalan yang salah lagi bodoh lantas menghancurkan hidupnya tanpa aku berdaya untuk melakukan apa-apa.

Seriously, i feel like crying when she does this to herself. Tetapi siapa aku untuk mengubahnya? Dia yang tak mahu berubah walaupun sudah bertan-tan nasihat, kata sokongan, dorongan serta bantuan aku tawarkan padanya. Oleh itu aku hanya mampu melihat from the sidelines.

Akhirnya. Perkara terakhir yang mahu aku tekankan disini.

Aku mahu KURUSKAN BADAN.

Aku mahu mula bersenam. Mahu kurus. Tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk mulakan langkah, atau sama-sama bersenam dengan siapa? Geram. Aku janji pada diri sendiri, sebelum aku kahwin atau graduate, aku wajib kurus!

Huhu tolong aku~ anyone?

p/s: Aku rindu mahu main gitar~ *batok, batok*

Tuesday, 1 September 2009

Entri kepada kaum Adam

I'm fucking sick of all these stupid people with stupid irrational emotions. Emosi yang salah didalam situasi bodoh yang salah. Especially when its the MEN who does that.

Kaum lelaki tiada tempoh datang haid. Oleh itu mereka-mereka yang memainkan emosi yang salah pada situasi yang salah adalah UNACCEPTABLE.

Kalau kaum perempuan yang buat, aku boleh faham kerana kami berfikir guna emosi pada kebiasaannya dan bukan akal. Lelaki yang mampu berfikir rasional. Kerana itu Lelaki jadi pemimpin, bukan perempuan.

Tetapi apabila lelaki bertindak seperti perempuan dimana dia bertindak mengikut emosi yang entah apa-apa tanpa sebab munasabah, aku jadi bengang serta terluka.

Kenapa?

Kerana aku tak boleh gunakan sebab 'dia datang haid' untuk sejukkan hati ini apabila lelaki itu buat sesuatu yang melukakan. Aku akan lihat tindakan tersebut sebagai sesuatu yang memang si lelaki itu lakukan atas dasar akal fikirannya, bukan atas didorongi hormon bodoh yang tidak betul.

Oleh itu kesimpulannya: Kepada sang lelaki, jangan kamu main sebut saja ayat-ayat yang mampu melukakan kami sang wanita kerana kamu tiada haid untuk dijadikan alasan. Setiap tindak-tanduk kamu akan dipersoalkan atas dasar rasional. (kecuali bila kamu mabuk atau khayal atau telah menjadi gila.)

And remember that everything you say/do to us which you FAIL to find good reasons/evidence to support them, is FUCKING HURTFUL.

p/s: Takkan benda bodoh macam ini pun aku nak ajar?