Dari sehari ke sehari sepasang mataku termenung pada sebuah buku 'Teaching by Principles' yang terletak diatas katil. Dari sehari ke sehari niat mahu menyiapkan tugasan tersebut. Tetapi entahlah, masih samar-samar.
Kepala otak aku asyik berputar ligat pada lasagna.
Dan juga berputar ligat pada kerisauan aku kepada seorang 'kawan' yang hidupnya bak orang miskin. Sedih aku dengar. Berbuka setakat air saja. Duit dalam wallet tinggal RM1 untuk bertahan sehingga 2 bulan lagi. Aku tak tahu bagaimana dia boleh tahan hidup begitu. Bila mahu hulurkan bantuan, ditolak pula.
Katanya tak mahu termakan budi.
Katanya beban budi diatas bahunya yang perlu dibalas masih tak tertanggung, inikan pula nak makan budi orang lain.
Katanya biar dia berbudi tetapi orang lain tak perlu berbudi padanya.
Sedih, sedih. Terkilan aku. Nak balik kampung? Kirim salam sajalah~
Baru aku terasa *ehem,ehem* bersyukur. 'Kawan' aku itu banyak ajar aku mengenai kehidupan yang serba modest saja. Dulu aku agak kedekut. Tak ada masa nak percaya cerita karut dan keluarkan duit untuk orang lain. Tapi sejak aku mengenali cara hidup dan segalanya pasal 'kawan' aku itu, aku jadi tak kisah. Selagi ada rezeki, ada duit lebih, kita bantu sajalah mereka yang memerlukan sekadar yang mampu. Hidup sederhana saja.
Sesungguhnya melihat kegembiraan dan senyuman mereka yang dibantu itu adalah lebih bermakna dan manis daripada ada duit banyak tapi tak tahu nak buat apa. Baru terasa senang hati kerana mampu ringankan beban mereka.
Lagi-lagi kalau orang itu adalah mereka yang tersayang, bukan?
p/s: Aku nak tolong tapi kawan aku cakap tak payah. Takkan aku nak tengok je? Any suggestions? gila ke apa berbuka takat minum air?
beli je mkanan ntk dye.
ReplyDeletebila dye tolak , ckp rzeki tak baik dtolak.
dn ble dye kta xnk mkn budi.
ckp je , "bulan ramadan ni, pahala berlipat kali ganda. Kira macam awk dah balas budi sy lah 2. makanan sy bg ni, skejap je. phala yang awk bg sy 2, lbih kekal" =)