Thursday, 24 September 2009

Something is happening to me.

Assignment berlambak-lambak, tak sempat aku siapkan.

Sekarang ini, aku sangat risaukan lesson plan.

Seriously, i have NO idea on how to do this. Fikiran aku blur. Mahu aku gambarkan bagaimana blurnya aku dalam assignment ini?

Fikiran aku seolah-olah taraf budak sekolah menengah tingkatan 3 yang dipaksa untuk menyiapkan kerja dan homework untuk pelajar ijazah sarjana muda.

Sumpah, aku tak tipu. Kalau budak tingkatan 3 diberi kerja budak degree, mereka pasti boleh baca soalan dan cuba jawab kerana mereka bukan budak kecil. Tetapi didalam bahagian 'memahami soalan dan menyiapkan kerja' itu jadi blur. Jadi keliru. Jadi overload kerana standard pelajaran degree jauh lebih tinggi daripada pemahaman budak tingkatan 3.

Ini yang terjadi pada aku sekarang.

Tiba-tiba aku terasa keputusan sambung belajar degree adalah salah sama sekali. Standard aku tidak mampu mencapai tahap jauh sebegitu kerana otak aku jenis lembab. Aku tak mampu.

Dan entah mengapa aku bisa meraskan cara aku berbahas bahasa inggeris sudah semakin mundur. Daya fahaman aku dalam bahasa tersebut seakan-akan terbatas, semakin lembab dan semakin bodoh. Aku tak mampu untuk mengujar ayat bahasa inggeris yang agak mudah sepatutnya untuk pelajar degree. Aku jadi teragak-agak dan akhirnya fikiran aku jadi...

Total Blank.

Aku terasa mungkin daya IQ aku telah semakin menurun. Aku tiba-tiba jadi makin bodoh.

Seriously. I'm not kidding.

p/s: Please help me.

1 comment:

  1. v^w^v Itu sebab orang tak buat lagi ekeke leh lepak macam masih baru hari pertama raya ngeh ngeh ngeh

    (jangan contohi perangai budak sengal nie)

    ReplyDelete