Saturday, 19 September 2009

Setan betul la!

Ni yang buat aku bengang ni.

Pada awalnya ayah aku yang beriya marah aku beli PSP.

Katanya boleh dapat harga lagi murah di IOI mall. Senang mahu claim warranty.

Tapi masalahnya aku sudah penat order daripada melaka. Orang yang hantar PSP tersebut dah ada depan mata. Takkan nak reject pula? Sampai ayah aku marah-marah pula orang itu yang penat datang dari melaka demi aku.

Nak tahu apa jadi?

Ayah aku, serta adik-adik aku pula yang beriya main PSP tersebut lebih dari aku.

Yang paling aku sakit hati, penat sungguh aku save main satu malam untuk charge baterry PSP untuk dimain dalam kereta keesokan hari, dalam perjalanan untuk ke kampung nanti.

Tapi awal-awal pagi lagi ayah aku dah rembat dulu PSP itu!

Panas telinga aku, sial. Kalau adik aku, dah lama aku sound. Habis dah ayah aku, kuasa veto macam hitler. Terpaksa aku menahan sakit hati dan darah menggelegak ini.

Bengang tahap nak mampus dah ini. Beriya marah aku beli, tapi last-last main juga. Penat aku charge battery tahu tak?!

Dan bayangkan telefon aku yang aku dapat daripada dia pun (HP lama dia) dia suruh beli dengan bayar RM500. Aku masih studentlah bodoh! Kalau aku dah ada gaji tetap tak apa juga! Sakit betul hati aku! Dengan anak sendiri pun suruh bayar untuk guna telefon bimbit itu. Sampai duit PTPTN aku yang hanya cukup makan itu pun kadang-kadang terpaksa dikerah untuk keluarga aku macam aku dah ada kerja dan bergaji tiap-tiap bulan pula, eeeeei!

p/s: Ayah aku kalau nak minta beli benda sebegitu guna duit sendiri memang sampai dia masuk kubur pun takkan bagi.

No comments:

Post a Comment