Balik rumah sempena raya. Memanglah excited. Tapi entahlah. Keletihan melampau menyelubungi seluruh badan. Dalam perjalanan pulang, sempat aku beli telefon bimbit nokia 1202. RM99 saja. Murah lagi ringkas.
Semasa naik bas pulang, aku terasa loya yang amat-amat. Tak larat mahu bergerak dan berkata-kata pun. Aku sedang leka melayan mesej yang masuk daripada si dia. Sehingga telinga aku tiba-tiba terdengar seseorang bertanya aku.
"Mesej dengan kawan ya?"
Aku terkejut. Berpaling ke belakang. Seorang lelaki tinggi, besar, kulit hitam. Berbahas melayu! Memang kagum! Teringat pula moto merdeka 1 Malaysia. Hak3.
Kalau bukan kerana loya ketika itu, memang aku dah layan mamat tadi.
Aku menganguk lemah, senyum. Dia bertanya lagi. "Raya nanti makan apa?"
"Rendang." Jawabku ringkas.
"Oh...Tak makan itu cookies?"
Kejap. Loading~ oh! Kuih raya rupanya. Aku tergelak kecil dan geleng saja.
"Kenapa? Manis ya?"
Aku tersenyum. menganguk saja. Lelaki itu juga tersenyum. Kemudian aku terus menyambung balas mesej tadi.
p/s: aku betul-betul kagum dengan lelaki itu.
No comments:
Post a Comment