Fulamak. Lama sungguh aku tak online. Terperap saja dalam bilik tanpa ada access pada internet kerana wireless coverage was under construction for a few days. Aku rindu~
Entahlah. Sekarang ini aku hanya runsingkan tugasan. Dan aku tidak boleh menyiapkannya kerana lecturer masih kurang memberi penjelasan pada tajuk tugasan tersebut. (kena tunggu lepas raya baru boleh tahu tajuk) Tugasan pada sem ini banyak invidual, iaitu berkaitan micro-teaching dan speech atau presentation.
MAMPUS AKU.
Selain itu, tiada apa sangat yang perlu aku risau atau rungutkan. Segalanya sempurna saja dimata aku. Merungut sunyi? Memang sunyi. Tapi aku sudah belajar untuk menghargai kesunyian tersebut serta belajar untuk menerima kesunyian. Sejak aku mengenali si budak kedah, aku mula terasa 'accepting' pada banyak benda. Dia banyak mengubah pandangan aku mengenai pelbagai perkara kepada sesuatu yang positif.
Baru kini hati aku terasa lapang sedikit.
Oh, dan aku dapat roommate baru, which turns out to be someone i can trully adapt with. Aku suka pada roomate baru aku. Bukan senang untuk aku menyenangi roommate. She turns out to be someone yang betul-betul boleh aku 'guna' untuk berubah sikap atau menambah pengalaman. Aku harap aku dapat merapatkan diri dengannya.
Dan akhirnya, mengenai best friend aku. Sehingga kini aku sudah BUNTU dengan masalah tekanan jiwanya. Ikutkan hati aku, mahu saja aku bunuh bekas teman lelaki dia yang telah menganiaya diri, dan perasaannya. Sudah banyak cara aku cuba untuk membantu kawan aku melupakan yang silam. Bantu dia untuk tekad memandang kehadapan. Jangan pandang lagi pada benda yang sudah lepas. Tetapi dia degil. Masih tegar mengatakan dia MASIH SAYANG, TAK BOLEH LUPAKAN DIA, dan TAK SANGGUP KEHILANGAN DIA. Menangis siang, malam, siang, malam. Mengalami severe depression serta masalah tekanan jiwa yang kronik.
Aku sampai sudah tidak larat untuk buat apa-apa. Biarlah, kau nak sangat ingat dan mengharap pada jantan berdebah itu, kau buatlah. Kau yang tak mahu bantu diri sendiri. Orang lain beri bantuan berbakul-bakul pun kalau kau yang masih tegar dengan kisah silam tersebut, tak guna juga.
Everything starts within you. Motivation starts within yourself.
Tapi pada masa yang sama sebenarnya aku tidak sanggup menjadi pemerhati semata-mata. Tidak sanggup melihat kawan baik aku sendiri memilih jalan yang salah lagi bodoh lantas menghancurkan hidupnya tanpa aku berdaya untuk melakukan apa-apa.
Seriously, i feel like crying when she does this to herself. Tetapi siapa aku untuk mengubahnya? Dia yang tak mahu berubah walaupun sudah bertan-tan nasihat, kata sokongan, dorongan serta bantuan aku tawarkan padanya. Oleh itu aku hanya mampu melihat from the sidelines.
Akhirnya. Perkara terakhir yang mahu aku tekankan disini.
Aku mahu KURUSKAN BADAN.
Aku mahu mula bersenam. Mahu kurus. Tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk mulakan langkah, atau sama-sama bersenam dengan siapa? Geram. Aku janji pada diri sendiri, sebelum aku kahwin atau graduate, aku wajib kurus!
Huhu tolong aku~ anyone?
p/s: Aku rindu mahu main gitar~ *batok, batok*
No comments:
Post a Comment