Sekali lagi, kebengangan yang melampau telah menghimpit benakku sehingga aku rasa oksigen sudah tiada lagi dalam paru-paru.
Sekali lagi....Sekali lagi!
Lelaki keparat itu bertindak mengikut emosinya yang mengalahkan perempuan datang bulan! Mula menghamburkan ayat-ayat emosional tidak tentu pasal. Buat hati aku sakit dan rasa terluka sekali lagi kerana memikirkan dia adalah LELAKI yang sepatutnya berfikiran RASIONAL.
Salahkah aku mahu hulurkan bantuan? Salahkah sebagai seorang manusia yang prihatin untuk menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan? Ada aku minta jasa dibalas?
Kenapa setiap kali aku mahu membantu atas dasar niat yang suci, mereka-mereka ini 'backfire' pula dengan fikiran bukan-bukan lagi bodoh? Mereka bukan balas dengan biat jahat. Tetapi membalas huluran bantuan ini sebagai ancaman.
Ancaman. Threat. Kau tahu itu?
Sudah kali kedua aku jujur mahu membantu. Ikhlas dari hati. Aku hanya mahu lihat insan aku sayang itu gembira. Itu yang memadai daripada membalas jasa dan entah apa-apa yang lain. Sudah kali kedua aku mahu membantu, kali ini pada orang kedua. Bukan manusia yang sama.
Sekali lagi, seperti tindakan orang pertama, orang kedua ini juga menolak dengan alasan yang sama. Dua manusia yang aku ambil berat. Dua manusia yang aku cuba bantu. Tetapi kedua-dua menolak dengan alasan yang sama.
Alasan yang bagi aku terlalu bodoh dan cukup melukakan.
"Saya tak mahu susahkan awak. Jangan susahkan diri sendiri sebab saya."
Boleh aku lepas geram? Ok here goes.
Woi! Bodoh! Dah aku kata aku nak tolong, tak adalah aku rasa susah, sebab memang aku ikhlas! Kalau yang tak ikhlas tu aja yang akan terasa susah! Aku nak tolong demi kebaikan kau dan aku juga! kalau aku tak tolong nanti aku risau! Dengan cara tu lagi kau buat aku susah hati kau faham tak?!!!!
Bengang betul aku dengan manusia yang tiba-tiba emosional bodoh tak tentu pasal dengan alasan bodoh sebegini! kau ingat dengan cara menolak kau tak susahkan aku?! Akan jadikan keadaan lebih baik?! Buat kau nampak berdikarilah kononnya dan mulia sangat?! Kau tolak, lagi kau susahkan aku! Susahkan aku dengan merisaukan keadaan kau tu! Dan keadaan kau akan bertambah parah! Dan bila dah jadi macam tu bukan berdikari namanya!
Bodoh! Bodoh! Bodoh!
Geram aku! Aku sudah tak tahan lagi. Kenapa bila aku mahu buat baik saja, mesti mereka tolak? Akukah yang salah dalam hal ini? Ataupun aku yang telah salah membantu orang? Aku yang tersalah bantu, 'ter'bantu mereka yang kebetulan bersikap bodoh begini?
Salahkah aku untuk berbuat baik?! Tak boleh ke kalau kau orang just shut up and accept my help?! Sial! Arrrgh!
p/s: baru puas hati aku.
No comments:
Post a Comment