Aku berada didalam sebuah bas Rapid yang sesak dengan manusia seperti biasa. Berdiri disebelah tingkap sambil bersandar dikusyen biru. Sepasang mata ini leka melayan pemandangan diluar tingkap namun sepasang telinga ini cuba untuk menumpukan perhatian pada suatu perbualan.
Seorang gadis kecil molek berbaju T-shirt hijau berkata-kata. Senyap. Sambung lagi. Isinya bagaikan sesuatu yang menarik kerana gadis itu kelihatan teruja apabila menceritakan kepada teman lelakinya yang berwajah garang, rambut pacak, bertindik, tidak dihiasi senyuman. Gadis itu terus berkata-kata, diselangi dengan respon angguk, geleng, serta sebutan 'Hmm' oleh si teman lelaki garang. Kurang mesra nampaknya, tetapi si gadis kelihatan seperti tidak kisah.
Tiba-tiba si gadis menanyakan sesuatu pada si teman lelaki. Pemuda tersebut dengan penuh tertib menghulurkan botol minuman jus oren kepadanya lalu menyuapkan hujung straw dimulut si gadis. si gadis menghirup minuman dengan manja. Hairan, si teman lelaki langsung tidak tersenyum.
One of the things that i hate most;
When people talk in a language I don't fucking understand.
No comments:
Post a Comment