Sunday, 31 May 2009

Sunyi itu NIKMAT.

Ok, here's what i did a few hours ago.

1) Berjalan kaki sejauh beberapa kilometer (i think) dibawah panahan UV dan bahang mentari yang terik sekali untuk keluarkan duit di mesin ATM.

2) Kasut kulit + plastik telah mencederakan kakiku sepanjang perjalanan tersebut.

3) Makan nasi lemak + iced lemon tea 2 gelas. Pergh~ Kepanasan! (diet hancur pada hari pertama huhu~)

4) Beli selipar baru + pencuci pinggan + span + iced lemon tea sebotol.

Now this is the BEST part.

5) Tak tahan panas terik + sakit perut + kaki terluka. Aku singgah sebentar disebuah kelas di FSP lalu pasang hawa dingin tahap maksimum. Susun satu kerusi untuk duduk dan satu lagi untuk kaki lalu bersantai, ditemani muzik yang lembut serta air iced lemon tea yang sejuk.

6) Bercakap dengan diri sendiri + termenung.

Keseorangan didalam bilik yang sejuk tatkala cuaca terik : mencapai kenikmatan suasana aman yang tidak terhingga!

Saturday, 30 May 2009

Status yang buat aku tidak senang duduk!

"Lelaki selalu ikhlas. Cuma keikhlasan itu selalu berubah."

Demikiannya tercatat status di profile Skype Lelaki itu.

Keikhlasan apa yang berubah? Apa tujuan sebenar dia menulis sebegitu? Adakah ia ditujukan pada aku? Atau berkaitan dengan hal privasinya yang lain yang enggan diceritakan?

Aku tidak sedap hati.

Jawapan masih belum ku temukan gara-gara kredit telefon yang telah habis.

BENGANG betul.

Asrama bodoh~

The hostel was worse than i thought.

Terpaksa gunakan plug elektrik diluar kerana plug dalam bilik rosak.

Laptop aku pula buat hal.

Dapat roommate yang 'tak disangka-sangka'.

Argh!! 2 bulan je pun! Terpaksa menahan seksa~ (T_T)

Friday, 29 May 2009

Apa yang dia fikirkan sebenarnya??

Aku tak faham dengan Lelaki itu.

Dia tidak pernah lagi bermesra dan tersenyum apabila berbual denganku, apatah lagi sekiranya mahu lihat dia ketawa. Apabila aku mengemukakan soalan ini, dia tidak pernah menjawabnya.

Dia tidak sayangkan aku lagikah? Anggap aku hanya beban dalam hidupnya?

Sekiranya begitu, mengapa pula dia mahu marah apabila aku 'mencarut' dalam status skype? Why does he still cares whatever i do that he doesn't aprove of? Dan yang paling menghairankan aku.

Mengapa masih kerap menelefon aku pada waktu lewat malam untuk bertanya khabar? Jika dia tidak menyayangi aku, dia tidak akan membuat perkara yang hanya akan mendatangkan mudarat padanya seperti membayar bil telefon kerana menghubungi aku.

Dia dalam kemurungankah? Depressed? Atau menelefon bertanya khabar dan marah apabila aku mencarut itu hanya sandiwara?

Perhaps he's just pretending so that I won't be able to sniff that he no longer loves me? Terasa bersalah kerana memberi aku harapan padahal dia tidak menyayangi? Bersama denganku hanya kerana mengikut arus?

Or simply because his mind is clouded by tons of problems that made him fail to even smile or laugh anymore?

I am so CONFUSED.

He never answers me.

Thursday, 28 May 2009

Rancangan TV yang terpaksa ditinggalkan huhu.

Selama aku menonton rancangan menyiasat hantu, pertama kali aku berasa sungguh kagum dengan apa yang aku lihat. Seriously, aku benar-benar tidak menyangkakan respons daripada alam ghaib yang sebegitu rupa.

Nama rancangan tersebut ialah TAPS. Love it~

Terlalu banyak perkara menarik yang terjadi didalam rancangan tersebut. (^,^)

Oh, dan sungguh menyedihkan kerana terpaksa meninggalkan rancangan yang baru saja aku ikuti dua minggu lepas. (T.T)

Bio-Nik~! (T.T) i'm so~ gonna miss you!

Lelaki dua-dua sial!

Aku tak faham dengan lelaki-lelaki yang bodoh sebegini.

Si Doktor LANGSUNG tidak menghubungiku.

Lelaki itu pula sering saja cuba mengelak daripada terlalu mesra denganku.

Sayang atau tidak? Jika tidak sayang mengapa mahu menyeksa aku dengan memberi aku harapan?

Kecewa. I want to know what they think of me but i fear the answer.

Fuck.

Tuesday, 26 May 2009

Changes? I choose to let it happen.

It's funny how people change sometimes but they do, because they can and they chose to do so. Same here. Pathetic me is dead. Simpan dalam kotak, balut ketat-ketat, kunci dalam peti besi dan campakkan peti tersebut ke dasar laut yang paling dalam. Antara sedar atau tidak, aku yang memilih untuk menukar haluan kali ini. Starting physically.

Masa kecil, aku adalah tomboy. Seboleh-bolehnya mahu rambut sependek mungkin seperti lelaki. Malah aku bangga apabila ada seorang apek yang tersalah panggil aku abang kepada adik-adik ketika itu. Tapi kini, aku berubah sedikit demi sedikit.

Aku mula gemar menyimpan rambut panjang. Malah tak mahu memotongnya.

Menggunakan beg tangan meskipun hanya kecil.

Memakai minyak wangi.

Belajar memakai kasut tinggi. Malah kini sekiranya ketinggian kasut tidak melepasi had yang aku tetapkan, aku akan berasa kurang selesa memakainya.

Suka bergaya dengan rambut.

Belajar menjaga muka.

Belajar untuk bersolek.

Aku sedang berusaha untuk menguruskan badan. I will go to extreme length to lose these fucking 20kg of pure fat off my body. After that, I can work on how to wear proper ladylike clothes.

Peribadi? Apa yang perlu aku baiki? Aku pendiam. And I will stay that way.

Tunggulah. Aku akan buktikan yang aku mampu menjadi seorang 'wanita' menjelang tarikh lahirku. Even better, menjelang tarikh lahir Lelaki itu.

Ok, the problem now is this fucking fat.

20kg = Lose them you fat bitch~!

Sejuk hati

Aku: Mana awak pergi ni? (smiley bengang)

Dia: Yup my honey.

Huhu... Cair~

Pandai pun kau pujuk aku ya.

"Ada sorang budak tu kan, merajuk. Orang tu tak contact dia berapa hari dah. Buat dia risau sangat~. Entah mati ke, sakit ke, ke mana entah orang tu pergi buat budak tu tertanya-tanya. Sekarang budak tu merajuk dengan orang tu." Si Doktor menyindir sambil tersenyum dihadapan webcam.

"Ya ke?" aku membalas. "Entah siapalah budak tu kan?"

Dia ketawa kecil. "Awak...Pandanglah sini sekejap."

I refuse.

"Awak... Sinilah kejap."

Aku menoleh sekejap tanpa tersenyum. Kemudian sambung menulis. Dia tersengih melihat gelagatku.

"Alalala, tengok muka budak tu merajuk. Alah kesiannya dia..."

Ok, I lost. Aku tak mampu tahan diri daripada melihatnya dan tersenyum kecil. He's just so sweet. Wajahnya yang tenang dan sejuk itu telah mencairkan hati aku yang sedang panas ketika itu. lebih-lebih lagi apabila dia cuba memujuk dengan senyumannya.

God...I'm speechless.

Monday, 25 May 2009

Ingat lagi rupanya.

Semasa aku keluar berjalan, aku membiarkan skype 'on' saja. Namun si Doktor tak tahu. Pulang saja, aku mendapati beberapa mesej daripadanya.

Dia: Hi honey. R u ok? Sorry.

Dia: Assalamualaikum

Dia: Let me explain.

Dia: Awak...

Dia: Merajuk ke?

Dia: Takpelah. Malam nanti saya pujuk. Penatlah hari ni.

Aku hanya mampu tersenyum. He still remembers me.

Situasi memelikkan?

Sedang kami berjalan,, kami terserempak dengan seorang pemuda yang berpakaian baju kurung yang lusuh, kelihatan kusut masai serta selekeh bagaikan pengemis jalanan sedang bermundar-mandir dihadapan KFC, sambil memegang 'side-mirror' sebuah motor. Kelihatan bagai kurang waras. Tak habis-habis melihat pantulan wajahnya yang selekeh dan kotor itu dicermin tersebut.

Kemudian aku ternampak sepasang suami isteri berbangsa asing membawa anak anjing dan membiarkan ia berjalan-jalan didalam sebuah kedai. Tidak lama kemudian anak anjing tersebut berdiri statik mengangkang, dan kencing disitu. Pasangan terkejut dan panik, lalu meminta maaf pada pekedai dan lap air kencing tersebut dengan tisu.

Tak tahu bagaimana situasi tersebut boleh sesat didalam sebuah kompleks membeli belah yang ternama.

Sunday, 24 May 2009

More tension~

Semuanya kecoh pasal result. Aku? I don't give a damn to academics since I started school. Bagi aku, cukup sekadar result tidak terlalu teruk. I don't put my expectations too high on academics. Pesaing sebenar aku adalah diri sendiri. Untuk bersaing dengan rakan-rakan aku tidak mampu.

Result kali ini menurun. Namun aku bersyukur kerana masih berada diatas paras 3.00 meskipun lagi sedikit saja mahu mencecah 'border' tersebut.

Next sem no more playing. Hopefully. (cakap saja lebih selalunya.)

Targets:

1) Study hard.
2) Reach 55kg using any possible ways.
3) Learn how to groom myself.
4) Staying out of trouble.
5) Running away from you-know-what.

Terasa nak larikan diri.

Tertekan. Banyak punca. The tension is building up.

I don't want to go back to that fucking jungle.

SAVE ME.

Please...

Saturday, 23 May 2009

Biar kau rasakan.

Two misscalls from two different handphones.

And from one same person.

Lelaki itu cuba menghubungiku. But i ignored him.

Revenge is fucking sweet.

Jiwa Kosong~

Aku merenung kaca TV dengan pandangan kosong. Siaran kartun bodoh dan rancangan pertandingan menyanyi yang entah apa-apa langsung tidak memberi sebarang makna buatku.

My mind was a complete blank.

So does my stomach.

Meskipun aku tidak menjamah sebarang makanan sejak pagi, perut aku juga terasa 'kosong' sebagaimana mindaku ketika itu. Tidak merungut untuk minta diisi.

I chose not to eat as a punishment for being a fucking monster. I deserve this.

Dan mindaku yang kekeringan seringkali berputar ligat pada telefon bimbit yang dibiarkan didalam bilik. Silent mode sengaja ditetapkan. Namun setiap kali aku cuba melihat sekiranya ada mesej daripada 'mereka', pasti akan berakhir dengan kehampaan dan hati yang luka.

None of them came after me.

Fucking blank, empty, barren, hatred, stressed and alone. Fucking ignored.

Pada saat itu, tiada apa yang tampak jelas. Perbualan seorang wanita dan gadis diruang tamu bersama ku kedengaran amat perlahan sekali. terasa waktu berlalu bagaikan siput babi menyusun tapak. Terlalu lama lagi untuk tarikh hari ini berakhir.

Aku mahu membenci bagai menggila namun entah mengapa aku hanya mampu mencapai tahap kekosongan jiwa.

I need to win this war. I can't lose now.

I must win this fucking war.

Friday, 22 May 2009

Episod Gaduh #1

Sejurus selepas Si Doktor tidur, aku menghubungi Lelaki itu melalui Skype. Namun rakannya sedang menggunakan laptop tersebut ketika itu. Aku memaksa rakannya untuk memanggil Lelaki itu ke mari. PENTING.

"Ya kenapa?"

"Hubby, I need to talk to you. ASAP."

"Tak boleh tunggu ke?"

"I said ASAP."

"Tunggu la malam sikit. Hubby nak hantar serangan dulu."

OMG. I was pissed and all he cares about at that time was his online game~

"Hubby, NOW."

"Ok, fine. Thanks sebab buat hubby rasa serba-salah."

After that, I called him. Kami 'bergaduh' setelah aku berterus-terang mengenai apa yang aku tidak puas hati kerananya. I felt ignored and unappreciated. Dia yang jarang menghubungi aku, tidak buat lawak dan senyum seperti dulu, terasa seperti ada jurang besar yang memisahkan kami. Cari aku hanya bila perlu saja.

And you know what? Dia serang aku balik.

He said I was the one who agreed after he said that he won't be around be so often like usual couples used to be, because he doesn't like being controlled; which is actually true.

(Hey, aku cakap begitu kerana aku mahukannya. I want to win him.)

And he said, that i put on a condition; Dia boleh jarang menghubungi aku, dengan syarat dia perlu sekurang-kurangnya memberi satu mesej sehari; which he actually did for real.

Now he places me on the guilty side in the court. Salah dia dimanipulasi menjadi salah aku. Which again, was actually truthfully my fault.

(Hey, siapa yang tak sunyi apabila teman lelaki yang dicintai jarang berhubung? Meskipun aku setuju, namun merasa sunyi apabila si dia tiada adalah lumrah bukan?)

Aku berterus-terang segala-galanya. This time i'm not going to back off. I pop out the golden question that bothers me like hell.

"Hubby, please be honest with me. Do you actually love me or not?"

(Kami menjadi pasangan kekasih kerana aku yang jatuh cinta dengannya. Aku fikir mungkin Lelaki itu masih belum ada perasaan sayang pada aku lagi.)

After hearing that question, nadanya berubah sedih. "Hubby sayangkan sayang. Sayang sangat-sangat k? Please, kenapa sayang cakap macam ni?"

Man, I lost this war.

Kami berbaik semula and things go back as they used to be. Except that this time the situation is much more understandable to both sides. We know what each other need, and hopefully will fullfill it.

Back to how it used to be; lonely and ignored.

At least I got a doctor who can cheer me up.

I finally smiled.

"Oklah awak. Saya nak tidur dah ni. Mengantuk."

Tersenyum dan menghampiri webcam.

"Goodnightsweetdreamsloveyousomuchmuahx!" Ucapnya laju, memberi sebuah ciuman manja betul-betul dihadapan webcam. Kemudian dia tersenyum, tersipu malu.

He really cheered me up. God he's such a sweet guy.

Without hesitation, i replied him the same thing, smiling happily.

Thursday, 21 May 2009

Sebak.

Tatkala berjalan masuk kedalam sebuah restoran, mataku terpaku pada seekor kucing jantan coklat yang gemuk dan comel. Namun baru saja mahu menghampiri kucing tersebut untuk membelainya, kucing tersebut mengiau.

makhluk tersebut bergerak kearahku dengan tubuh yang longlai dan pergerakan terhuyung-hayang seolah-olah kakinya yang sebelah itu telah patah, namun dipaksakannya juga untuk berjalan meskipun dalam kesakitan yang amat.

Ia cuba untuk menggaru belakang telinganya sebagaimana kucing lain melakukannya. Namun kerana kakinya patah, ia tidak mampu. Setiap kali ia cuba menggaru, kelihatan dia cuba sedaya-upaya untuk 'reach' pada belakang telinganya menggunakan kaki yang patah tersebut namun tidak terdaya.

Lalu ia terus berjalan dengan terhuyung-hayang, penuh kesakitan dengan kaki yang patah.

Aku tak tahu mengapa hatiku terasa sebak melihat kucing tersebut. Masih cuba berjalan meminta simpati dan bantuan manusia yang lalu-lalang dengan kaki yang patah. Berjalan dengan penuh kesakitan, mengiau tanpa sebarang erti pada telinga kaum adam dan hawa.

Aku sebak melihatnya. Kesakitan tanpa mampu diluahkan dengan kata-kata. Kesakitan yang amat-sangat ditanggung perit dalam senyap. Berjalan dengan kaki yang menyakitkan kesana-kemari tanpa ada seorang yang membantu.

Mereka hanya menjadi penonton setia. Menumpangkan perasaan simpati.

Sekiranya manusia didalam kesakitan, mereka mampu sekurang-kurangnya meminta bantuan dan berkata-kata untuk meluahkannya. Bagaimana pula sekiranya makhluk Tuhan yang lemah seperti ini berada didalam kesakitan yang sama? Mereka tidak mampu meminta bantuan.

Hanya mampu menahan dalam senyap dan akhirnya mati ditepi jalanan sebagai binatang makhluk kurap yang dipandang hina.

Sekiranya ia dijaga dengan baik, ia juga mampu menjadi seekor kucing yang baik bakanya bagaikan kucing-kucing mahal yang lain. Namun kita sebagai manusia memilih untuk menjadi sekadar pemerhati hanya kerana jalan tersebut lebih senang.

Aku tidak sanggup melihat keadaan makhluk yang lemah tersebut menanggung azab kesakitan walhal ia sama sekali tidak berdosa. Lantas aku juga menjadi pemerhati.

Sekiranya aku telah berjaya berdikari kelak, aku takkan sesekali berdiam diri lagi. Tunggulah. masanya akan tiba.

Terasa Mahu Menyumpah.

Hari ini terasa moody. Mood hilang. Down. You name it. Sebuah perbualan telah merencat mood aku untuk terus gembira. Ditambah pula dengan 'upset tummy'.

I can't even smile.

And I choose to stay moody temporarily.

Tersipu.

Aku on webcam setelah Lelaki itu, Si dia meminta diri untuk sambung menyiapkan kerja. Aku mematikan panggilan dan cuba menghubungi Si Doktor.

"Sorry lambat. Tadi mak saya usik-usik rambut saya."

Memang benar, Ibuku bantu aku menggayakan rambut demi nampak cantik dihadapan Lelaki itu. Namun tidak sempat menunjukkannya pada si Dia kerana Lelaki itu hendak menyambung membuat kerja. Oleh itu Si Doktor yang dapat melihat gaya rambutku yang terbaru itu terlebih dahulu.

Si Doktor tersenyum sambil merenung kearah webcam.

"Awak...Awak nampak cute sangat hari ni. Cute plus-plus!!"

Tak habis-habis puji gaya rambutku yang baru itu membuat aku tampak lebih cantik.

Cair aku jadinya.

"Cakap dengan mak, tak payah risau. Anak mak cik nanti saya tolong jaga kat UNISEL. Kalau ada apa-apa masalah saya boleh tolong. Nanti saya bawa awak pergi jalan-jalan sekitar Kuala Selangor tu ya."

Awwh... A 'doctor' and sweet too.

Bagaimana pula dengan Lelaki itu? Serba-salah aku jadinya.

Stuck~

Sedang berhubung dengan Lelaki itu, Si Doktor pula cuba telefon aku. Call waiting.

Damn.

Bagaimana nak lepas?

Wednesday, 20 May 2009

Stupid Zits!

"Awak dengan adik-beradik awak semuanya cute-cute." Kawan baikku berkata sambil membelek gambar-gambar didalam telefon bimbit kepunyaanku.

Aku protes. "Mana ada. Tak payah nak bodek ya."

"Ya serius. Betul saya cakap ni."

"Saya mana cute. Saya gemuk adalah. Paling gemuk dalam family. Cute apanya?"

"Ye, awak cute sebenarnya. Kalau awak kurus sikit and tak ada jerawat tu, awak pun cute sebenarnya lah."

Pergh kurang asam. Mulut tak ada insurans betul~. Semuanya tegur jerawat aku!

Is it that fucking obvious??

Tuesday, 19 May 2009

Pengganti?

Okay lets see what we have here.

1) Calon Pertama

- Seorang Penolong Pegawai Perubatan
- Punyai ilmu seorang doktor
- 30 tahun
- Wajah yang sejuk dan tenang.
- Bergaji RM3000++
- Single
- Punyai kereta.
- Bertugas di hospital berhampiran UNISEL.

Dan yang paling bagus, dia kelihatan benar-benar sukakan aku. Dia tidak sabar menunggu aku pulang ke UNISEL untuk bertemu. Kami sering berbual melalui webcam, malah dia menunjukkan aku pejabatnya dihospital dan menunjukkan aku ketika dia merawat pesakit, 'live' daripada webcam.

Dia tahu aku telah berpunya. But that doesn't stop him from flirting with me.

Yeah we're flirting with each other. I really like him, seriously. Namun aku dalam dilemma. Dimana mahu aku campakkan lelaki ITU? Aku tetap sayangkannya. Aku tidak sekejam itu.

Aku akan terus setia. Tetapi sekiranya si dia mula tidak 'menghargai' aku, i will know where and who to look for. In the meanwhile we will continue flirting with each other.

Flirting not just with him, tetapi juga dengan mereka yang lain seperti yang bekerja di Petronas, dan bekerja sebagai tentera laut.

Hey its just flirting. Bukannya menjadikan mereka kekasih aku. Tak salah bukan?

Monday, 18 May 2009

Melepas Bengang!!!

Kereta bodoh!!! KERETA MANUAL BODOH!!!!

FUCKING MANUAL CAR!! FUCK!! FUCK!!!!

FUCK!!!!!!!

(sedang melepaskan kemarahan tahap maksimum kerana gagal memahami kereta manual yang bodoh, ditambahkan dengan emosi tidak menentu ketika datang bulan. Setan punya manual! Bodoh punya clucth!)

Sunday, 17 May 2009

Sequence of my so called DATE.

Hari ini, akhirnya aku 'date' bersama lelaki itu. Despite my period pain and headaches. A lot of things happened. Terlalu banyak untuk direkodkan secara terperinci. Biar aku menceritakan secara lakaran kasar.

1) Dia lewat 2 jam kerana keretapi lambat tiba. Bertemu, dia memakai pakaian yang bergaya dan gaya rambutnya sangat stylo, kelihatan sungguh 'handsome'.

2) Dia memaksa aku makan walaupun aku tidak larat menghabiskannya. Tenung aku tak sudah-sudah. Tegur jerawat aku.

3) Dia tidak memegang tanganku, dan tidak bermanja seperti pasangan kekasih. Katanya segan mempamerkan kemesraan pada orang awam.

4) Asyik mengadu letih dan hendak pulang awal, temannya merokok sebentar.

5) Tinggalkan aku yang beratur membeli tiket wayang seorang diri sementara dia bertemu kawan. Katanya tidak suka berada ditempat sesak. (aku pun sama!)

6) Selesai beli. Aku merajuk, dia serba-salah dan cuba memujuk.

7) Dalam wayang, dia memujuk aku supaya berterus-terang.

8) Kami berbaik. Pegang tangan dan memeluk lengannya. Dia benar-benar keletihan sehingga tertidur didalam panggung wayang.

9) Wayang tamat. Dia marah kerana aku tidak menunggunya semasa dia ketandas.

10) Menemaninya makan ais krim dan merokok.

11) Pulang, ucap selamat tinggal bagaikan kami hanya kawan. (tak mesra)

Secara keseluruhannya aku berasa tidak puas hati. Aku mengadu kesakitan and he does nothing. instead, dia memerli aku sakit kepala kerananya. Perhaps he needs more time.

Mulai saat ini aku tidak kisah jika dia tidak mahu 'date' lagi buat jangka masa yang lama. I had enough of heart breaks.

Saturday, 16 May 2009

Great day!

Seronok betul hari ini. Akhirnya aku bertemu dengan kawan baikku sejak sekolah menengah setelah sekian lama terpisah. (macam jejak kasih pula.) Rancangan ke Sunway dibatalkan. Instead, we went to a better place; One Utama.

Kali pertama aku datang ketempat tersebut tanpa bantuan ibu bapa. We settle down and start talking about a lot of stuff, from academics to boyfriends.

Hell yeah i miss her a lot.

Esok adalah giliran lelaki tersebut pula.

Entah jadi atau tidak. Aku malas nak peduli. I'm not part of his 'important' stuff in life anyway. If he doesn't care about me then hell i fucking won't either.

Rabu depan, giliran kawan baik aku yang lagi seorang pula~ (^,^)

Friday, 15 May 2009

Aku tak mahu kalah sekarang huhu~

Dia: Sayang jangan paksa diri untuk berlapar ok?

Aku: I can do something when i choose to do something.

Dia: I choose to follow you :)

Aku: I choose to love you ;)

Dia: I don't choose to love you. I love you for no reason :)

Kenapa dia mula jadi romantik disaat aku mahu membencikannya?

Dia: Sayang, hubby nak balik dah ni. Nanti hubby call k? Nanti hubby topupkan rm5. Love you so so so much.

Cair aku dibuatnya. Huhuhu~(T.T) Tapi aku tak boleh menyerah kalah sekarang! Terlalu awal untuk menyerah. Tunggu lagi beberapa minggu. Sabar...

Semuanya salah!!!

Aku mesej, salah! Aku tak mesej pun salah!

Aku ambil berat, salah! Tak ambil berat lagi lah salah!

Keburukan dia semua aku terima! Keburukan aku kenapa dia tak boleh terima?!

Fine! I'll stop caring from now on, son of a bitch!

Time to use the fucking Elastic Band Theory on him.

Fuck him!!!!

Thursday, 14 May 2009

Fed up~

Aku pilih mahu jadi gila. Hanya memerlukan satu profile untuk aku 'lepaskan' kegilaan ini. Hanya memerlukan satu tempat dimana tiada siapa pun yang aku kenali berada disitu.

Sick of being me. Sometimes i do need a vacation from myself once in a while.

Too risky to do in real life? Then do it in virtual.

Wednesday, 13 May 2009

Pengkritik!!!

Gatal tangan lagi. Aku Google untuk mencari sebuah laman web yang memberikan orang awam hak untuk menyiarkan novel dan cerita pendek mereka untuk dibaca oleh para pelayar internet diseluruh dunia dan dikomen. Buat apa simpan novel yang dikarang dirumah sekiranya kita boleh memberi orang lain membaca hasil usaha kita?

Dengan rasa teruja, aku klik pada butang 'publish' dan menunggu komen dari para pembaca.

Keesokan hari.

Buka laptop, buka laman tersebut. Baca komen mereka.

Daripada tersenyum, berkerut dahi, masam muka dan akhirnya wajah 'kebengangan'.

Kritik cerita aku ke tatabahasa aku??

Penuh satu muka surat mengkritik penyalahgunaan 'tense' dan cara aku menyampaikan cerita.

Tambah sakit hati? Para pengkritik adalah dikalangan mereka yang berumur 13-15 tahun!

Serta-merta butang pangkah diklik. Bengang sungguh. Yang paling aku tak tahan ialah...

MALUNYA!!!!!

On second thought, lebih baik cerita aku disimpan saja senyap-senyap.

Tuesday, 12 May 2009

Memoir

Bersepahnya almari! Wajib kemas ni. Aku duduk bersila dan mengeluarkan semua barang-barang yang ada didalam ruang almari buku bahagianku. Berhabuk, bersepah, penuh dengan novel-novel, buku cerita pendek dan buku skrip yang aku karang sendiri sejak tingkatan 2 lagi.

Sedang sibuk mengeluarkan semula segala barang yang ada disitu, mataku terpaku pada beberapa buah buku berkulit keras. aku menatap buku tersebut dan membeleknya sambil tersenyum.

Rupanya dibalik timbunan barang-barang tersebut, terselit beberapa siri diari aku sejak tahun 2005. Aku fikirkan barangkali terdapat kenangan lama yang indah-indah aku catatkan disini, kenangan yang mungkin aku terlupa.

Sebaik saja pembacaan dimulakan, senyuman dibibirku tersungkur.

Pathetic nak mampus.

I feel glad and thankful with my current life. Thank god I am not the same girl as i was.

Monday, 11 May 2009

Sangkut Didalam Kepala

Setengah jam dihadapan skrin komputer. Still a blank document. Aku gagal mendapatkan ilham segar untuk penulisanku; my passion, my obsession. (used to i guess). Hidup aku terhad dihimpit 4 dinding bersama hanya sebuah tingkap yang memberikan sebuah pemandangan yang tidak pernah berubah serta sebuah pintu berkunci.

Aku mempunyai kunci untuk pintu yang turtutup dihadapanku.

I just need a fucking motive and transportation.

Of which I am currently missing.

Saturday, 9 May 2009

Ego

Manusia memang ego.

Susah benarkah untuk mengaku kesalahan sendiri?

Sorry seems to be the hardest word?

Revenge

Tak dapat jumpa dengan dia, aku jumpa dengan orang lain.

Baru puas hati aku.

Revenge is Sweet.

Heart Broken.

I was looking forward for today. I thought it will be one of those happy days in my life.

But it end up with a heart break & disappointment.

Aku perlu memahami keadaannya yang keletihan akibat kekurangan tidur selama seminggu.

But it's unfair.

He should have told me he can't go earlier if he really can't.

Don't break my heart like this. I hate it.

Friday, 8 May 2009

I Hate ****

I hate my body; It's too fat.

I hate my skin; It's too harsh

I hate my face; It got too many zits

I hate my hair; It's too thin

I hate fingers; It's too 'thick'

I hate my disease; It's too irritating.

I hate my toes; It's too ugly.

I HATE MYSELF.

Whatever i can do to change them? Well life's easy people. Because you don't have to.

Nobody's perfect. So don't try to be.

Sleep Disorders

Okay let us refresh my brief schedule throughout my life:

Chidlhood = Sleep at 9pm

Early Teenagehood = Sleep at 10pm

Late Teenagehood = Sleep at 12am

Early adulthood = Sleep at least before 3am.

Recently = Doesn't sleep at all.

My mom is beginning to worry. Am i developing sleep disorders? I don't think so.

I chose to be this way.

Thursday, 7 May 2009

In front of laptop

Aku menemani lelaki itu sekali lagi. Menemaninya menyiapkan kerja dipejabat sehingga pukul 6 pagi. Aku cuba menahan walaupun mengantuk tetapi apakan daya. Terlena sekejap dihadapan komputer riba, kamera terpasang.

Tiba-tiba aku terjaga. Mesej daripada lelaki itu tertera diskrin komputer. Mataku agak kabur kerana masih mamai. Sekejap-sekejap aku mengenyeh mata, menghilangkan rasa mengantuk.

Mesej lelaki itu:

"You are so sweet. It's nice to see you sleeping."

Awwh.... Love him so much.

Wednesday, 6 May 2009

Melting~~

Aku: Hubby tidur pukul berapa semalam?

Dia: Pukul 4 lebih. Tengok MU vs Arsenal.

Aku: Hubby sokong yang mana? minat bola ke?

Dia : Tak la minat sangat pun.

Aku: Then minat F1?

Dia: Tak juga.

Aku: Selain online games hubby minat apa lagi ya?

Dia: Sayang.

OMG.... He's sooooooo sweeet!!!!! So grateful to have him in my life...Huhu... (T,T)

Sleep? huhu.

Weird. Sudah pukul 3.10am tetapi mata masih tak mahu lelap. Eventhough i have no reason to be awake this time.

Will it become a habit when u often sleep late? Is it developed subconciously?

Sleep has always been considered as something essential to me.

Now im beginning to become more like him. (walaupun dia hanya salah satu punca aku tidur lewat)

Is it a good thing?

a message for YOU

Aku bencikan MUET.

Kepada manusia yang menjadi penyemak markah MUET. This message is for you:

"@#!^$%*#@%@&!!!!!!!!!!!!"

Tuesday, 5 May 2009

Jalanraya

Aku, seorang wanita berumur awal 40-an, seorang gadis remaja, seorang kanak-kanak lelaki serta seorang lelaki muda dibawah satu bumbung kereta. Wanita tersebut kelihatan fokus pada jalanraya dihadapannya. Senyap.

Lelaki itu bertanya. Trying to break the ice.

"Mak cik, selalunya memang lalu highway Guthrie ke?"

"Ha'ah. Mak cik cuma tahu jalan ni je." jawabnya.

"Mak cik tak nak cuba jalan lain? Rasanya kalau lalu jalan sana tu lagi dekat nak balik rumah."

Aku menyampuk, "Alah dia tu, nak datang Puchong pun boleh sesat. Kang ikut cakap dia ni kang makin sesat kita jadinya. Baik ikut jalan biasa, Umi."

Lelaki itu ketawa. "Damn you."

Hahahaha~ yes! she wins again!

Listened.

So many things happened in one single day. Suka dan duka bertamu bersilih ganti. Pertama kali didalam hidup aku melanggar prinsip yang aku tegas menetapkan selama ini.

Pertama kali merasai tidak tidur satu malam.

And so many tears fell in one single day. Ironically it doesn't comes from me.

Instead, from people that matters most in my life.

Sometimes you just need to stay quiet and listen to what they have to say.

Silence is the best friend for broken hearts and spirits.

But a smile and laughter is the best cure for everything.

Monday, 4 May 2009

He CAME!

3rd April 2009

2 berita gembira datang sekaligus.

1) Aku berjalan keluar dewan peperiksaan dengan nafas lega. Exam for sem 2 is OVER.

2) Aku sedang mengemas barang diruang tamu, dan ternampak DIA tercegat berdiri diluar pintu.

I can hardly believe it. Lelakit ITU benar-benar datang ke asramaku.

There he was, standing outside the door.

Maroon-striped shirt with jeans. Properly done hair. Smart.

Seumur hidupku, tak pernah sekali lelaki lain datang menjemput aku diasrama selain ayah atau adik lelakiku. And yet there he was. He really came for me. With my family along. I will never forget this day.

Gembira? Rindu? Sayang? More than that.

Habislah aku lepas ini. Another sleepless week. (T.T)

Damn u cupid.

Important dates to remember

Remember these dates:

4th February 2009 = Found each other

11th April 2009 = Met for the first time

20th April 2009 = Me & Him officially together

3rd May 2009 = He met my mom

19th October 1985 = His birthday

I know its too soon to judge but i really hope he lasts till my life ends.

Saturday, 2 May 2009

Kira-kira

Kaki sakit + pendek nafas + gementar + excited + risau = Boredom~

I so~ want to change my fucking routine.

And SO~ want to go to Petrosains.

Tomorrorow = fuck outta here

The END!!!

YAHOOO!!!!!!!

PETROSAINS HERE I COME, BABY!!!!!

Friday, 1 May 2009

Think positive!

THE final most difficult subject exam paper is coming.

TOMORROW

2.30PM

BT FSP

Think positive! I can do this! Just answer stuff according to what i have read and remembered. I don't have to really memorize. Just remember. Not memorizing. Remember that.

Things to remember:

1) Methods of teaching
2) Language games
3) KBSR & KBSM
4) Lesson plan
5) Syllabus
6) Multiple intelligences

Not much right? Sure i can remember this! Fingers cross!!

Wasting my fucking time

Berhabis-habisan aku 'promote' ibuku depan lelaki tersebut. Lelaki itu mengatakan bahawa nanti ibuku akan mengatakan bahawa dia 'banyak songel' dan tidak mempercayainya. Aku protes. I defended my mother by denying his judgement.

"Mak sayang bukan macam tu k? Mak sayang sporting. Jangan risau sangat k?"

But finally it turns out that he was right after all.

I don't blame her. Tapi tipulah sekiranya aku mengatakan aku tidak terluka. Tambahan lagi apabila dia menambah-nambah cerita seolah-olah lelaki itu seorang penjenayah dikehendaki.

Buat penat aku saja 'defend' ibu aku.

Rupanya memang sama saja dengan 'ibu-ibu' yang lain. Hmmm.....