Wednesday, 13 May 2009

Pengkritik!!!

Gatal tangan lagi. Aku Google untuk mencari sebuah laman web yang memberikan orang awam hak untuk menyiarkan novel dan cerita pendek mereka untuk dibaca oleh para pelayar internet diseluruh dunia dan dikomen. Buat apa simpan novel yang dikarang dirumah sekiranya kita boleh memberi orang lain membaca hasil usaha kita?

Dengan rasa teruja, aku klik pada butang 'publish' dan menunggu komen dari para pembaca.

Keesokan hari.

Buka laptop, buka laman tersebut. Baca komen mereka.

Daripada tersenyum, berkerut dahi, masam muka dan akhirnya wajah 'kebengangan'.

Kritik cerita aku ke tatabahasa aku??

Penuh satu muka surat mengkritik penyalahgunaan 'tense' dan cara aku menyampaikan cerita.

Tambah sakit hati? Para pengkritik adalah dikalangan mereka yang berumur 13-15 tahun!

Serta-merta butang pangkah diklik. Bengang sungguh. Yang paling aku tak tahan ialah...

MALUNYA!!!!!

On second thought, lebih baik cerita aku disimpan saja senyap-senyap.

No comments:

Post a Comment