Thursday 21 May 2009

Tersipu.

Aku on webcam setelah Lelaki itu, Si dia meminta diri untuk sambung menyiapkan kerja. Aku mematikan panggilan dan cuba menghubungi Si Doktor.

"Sorry lambat. Tadi mak saya usik-usik rambut saya."

Memang benar, Ibuku bantu aku menggayakan rambut demi nampak cantik dihadapan Lelaki itu. Namun tidak sempat menunjukkannya pada si Dia kerana Lelaki itu hendak menyambung membuat kerja. Oleh itu Si Doktor yang dapat melihat gaya rambutku yang terbaru itu terlebih dahulu.

Si Doktor tersenyum sambil merenung kearah webcam.

"Awak...Awak nampak cute sangat hari ni. Cute plus-plus!!"

Tak habis-habis puji gaya rambutku yang baru itu membuat aku tampak lebih cantik.

Cair aku jadinya.

"Cakap dengan mak, tak payah risau. Anak mak cik nanti saya tolong jaga kat UNISEL. Kalau ada apa-apa masalah saya boleh tolong. Nanti saya bawa awak pergi jalan-jalan sekitar Kuala Selangor tu ya."

Awwh... A 'doctor' and sweet too.

Bagaimana pula dengan Lelaki itu? Serba-salah aku jadinya.

No comments:

Post a Comment