Sunday, 17 May 2009

Sequence of my so called DATE.

Hari ini, akhirnya aku 'date' bersama lelaki itu. Despite my period pain and headaches. A lot of things happened. Terlalu banyak untuk direkodkan secara terperinci. Biar aku menceritakan secara lakaran kasar.

1) Dia lewat 2 jam kerana keretapi lambat tiba. Bertemu, dia memakai pakaian yang bergaya dan gaya rambutnya sangat stylo, kelihatan sungguh 'handsome'.

2) Dia memaksa aku makan walaupun aku tidak larat menghabiskannya. Tenung aku tak sudah-sudah. Tegur jerawat aku.

3) Dia tidak memegang tanganku, dan tidak bermanja seperti pasangan kekasih. Katanya segan mempamerkan kemesraan pada orang awam.

4) Asyik mengadu letih dan hendak pulang awal, temannya merokok sebentar.

5) Tinggalkan aku yang beratur membeli tiket wayang seorang diri sementara dia bertemu kawan. Katanya tidak suka berada ditempat sesak. (aku pun sama!)

6) Selesai beli. Aku merajuk, dia serba-salah dan cuba memujuk.

7) Dalam wayang, dia memujuk aku supaya berterus-terang.

8) Kami berbaik. Pegang tangan dan memeluk lengannya. Dia benar-benar keletihan sehingga tertidur didalam panggung wayang.

9) Wayang tamat. Dia marah kerana aku tidak menunggunya semasa dia ketandas.

10) Menemaninya makan ais krim dan merokok.

11) Pulang, ucap selamat tinggal bagaikan kami hanya kawan. (tak mesra)

Secara keseluruhannya aku berasa tidak puas hati. Aku mengadu kesakitan and he does nothing. instead, dia memerli aku sakit kepala kerananya. Perhaps he needs more time.

Mulai saat ini aku tidak kisah jika dia tidak mahu 'date' lagi buat jangka masa yang lama. I had enough of heart breaks.

No comments:

Post a Comment