Tatkala berjalan masuk kedalam sebuah restoran, mataku terpaku pada seekor kucing jantan coklat yang gemuk dan comel. Namun baru saja mahu menghampiri kucing tersebut untuk membelainya, kucing tersebut mengiau.
makhluk tersebut bergerak kearahku dengan tubuh yang longlai dan pergerakan terhuyung-hayang seolah-olah kakinya yang sebelah itu telah patah, namun dipaksakannya juga untuk berjalan meskipun dalam kesakitan yang amat.
Ia cuba untuk menggaru belakang telinganya sebagaimana kucing lain melakukannya. Namun kerana kakinya patah, ia tidak mampu. Setiap kali ia cuba menggaru, kelihatan dia cuba sedaya-upaya untuk 'reach' pada belakang telinganya menggunakan kaki yang patah tersebut namun tidak terdaya.
Lalu ia terus berjalan dengan terhuyung-hayang, penuh kesakitan dengan kaki yang patah.
Aku tak tahu mengapa hatiku terasa sebak melihat kucing tersebut. Masih cuba berjalan meminta simpati dan bantuan manusia yang lalu-lalang dengan kaki yang patah. Berjalan dengan penuh kesakitan, mengiau tanpa sebarang erti pada telinga kaum adam dan hawa.
Aku sebak melihatnya. Kesakitan tanpa mampu diluahkan dengan kata-kata. Kesakitan yang amat-sangat ditanggung perit dalam senyap. Berjalan dengan kaki yang menyakitkan kesana-kemari tanpa ada seorang yang membantu.
Mereka hanya menjadi penonton setia. Menumpangkan perasaan simpati.
Sekiranya manusia didalam kesakitan, mereka mampu sekurang-kurangnya meminta bantuan dan berkata-kata untuk meluahkannya. Bagaimana pula sekiranya makhluk Tuhan yang lemah seperti ini berada didalam kesakitan yang sama? Mereka tidak mampu meminta bantuan.
Hanya mampu menahan dalam senyap dan akhirnya mati ditepi jalanan sebagai binatang makhluk kurap yang dipandang hina.
Sekiranya ia dijaga dengan baik, ia juga mampu menjadi seekor kucing yang baik bakanya bagaikan kucing-kucing mahal yang lain. Namun kita sebagai manusia memilih untuk menjadi sekadar pemerhati hanya kerana jalan tersebut lebih senang.
Aku tidak sanggup melihat keadaan makhluk yang lemah tersebut menanggung azab kesakitan walhal ia sama sekali tidak berdosa. Lantas aku juga menjadi pemerhati.
Sekiranya aku telah berjaya berdikari kelak, aku takkan sesekali berdiam diri lagi. Tunggulah. masanya akan tiba.

No comments:
Post a Comment