Monday, 29 June 2009

Mimpi bayi?

I have a question to ask. Aku sering mimpi mengenai gigi yang sering gugur daripada gusi aku, serta sejak kebelakangan ini, bayi.

Aku sudah tahu maksud mimpi gigi. Namun... Whats with the babies?

NO i am not married. NO, i am NOT pregnant! NO i have never had sex! I don't even have a boyfriend right now.

Aku cuba belek internet. Tahu apa jawapan aku dapat?

Maksud yang paling hampir dalam situasi aku sekarang:

Aku akan mengalami satu permulaan baru, menerima tanggungjawab baru, idea baru, atau ada perkara besar (yang positif) akan berlaku dalam hidup aku.

Sounds big, exciting and scary at the same time.

Udang disebalik batu

Sebelum ke kelas, aku sempat berchatting dengan seorang lelaki amerika. Dia bertanyakan "How are you?" dan aku menjawabnya seperti berikut.

"Well I'm fine, thanks. Ok i change my mind. Not ok."

"Why not ok?"

"Because i'm feeling lonely."

"Oh sorry for that. Where i work, i entertain many lonely women."

Aku terkejut. "I don't mean in sexual kind of way."

"I don't mean by sexual kind of way either. It's just dancing."

"Well i don't see that as entertaining my loneliness."

Rupanya dia 'stripper'. Tak tahu apa itu stripper? Buka kamus. Sambung cerita tadi, entah tidak semena-mena aku mula gatal meluahkan masalah aku padanya. Aku agak terkejut kerana dia memberi respon yang baik dan mendengar luahan aku, serta memberi respon untuk membuktikan bahawa dia benar-benar sedang mendengar. Aku gemarkan manusia sebegini. Aku terasa dihargai meskipun aku hanya baru kenal dengannya selama beberapa minit.

Tidak lama kemudian dia ketawa dan berkata:

"I'm a therapist. I was only joking about being a stripper. i have a funny sense of humour."

Pergh, seorang therapist rupanya. Patut pun dia mendengar dan memberi respon yang baik apabila aku meluahkan masalah. Aku terasa kagum.

Free-free saja aku sudah dapat terapi mental. *ketawa jahat*

Sunday, 28 June 2009

UNISEL suck!

Aku telah berjumpa dengan 2 manusia baru sepanjang cuti 3 hari. We had fun and we talk about a lot of stuff. Lepak bersama 2 rakan baru (Which was actually 3 cuz he brought a friend) tersebut adalah lebih seronok daripada berdating dan menonton wayang. Aku terasa hidup. Gembira.

Setelah seronok bercuti selama 3 hari, aku terpaksa pulang.

Return to this dreadful place of nothingness and stay for another coming 2 years.

Kembali ke perkampungan tengah hutan ini sekaligus menghapuskan senyuman aku. I am not happy here in UNISEL. My home is NOT here. Tempat ini hanya banyak memberi kenangan manis yang telah bertukar pahit, serta perisa 'kelat' yang terpaksa aku rasai selama 2 minggu lagi. UNISEL is only a mere place for my studies. Thats IT. Bukan rumah aku, bukan tempat aku berseronok dengan kawan-kawan. UNISEL does not bring happiness to me.

I am not happy here. I want to escape!

Lebih lama disini, aku sumpah boleh mengalami tekanan jiwa yang kriktikal. I mean it.

I soooo need a car. (T_T)

Wednesday, 24 June 2009

Otak yang SIAL.

Aku benci mempunyai otak yang mampu mengingati. I wish i had amnesia. I wish I had never fell in love with him in the first place. I wish he never ever accepted when i asked him to be with me. I wish i had never ever even met him in my fucking life.

How i wish i don't exist.

Kerana kenangan manis berkaitan perpisahan adalah suatu perkara yang pahit untuk ditelan. meskipun aku telah bisa melepaskan semua itu dan menerima takdir, otak yang sememangnya berfungsi untuk mengingati telah gagal memadamkan memori tersebut, malah semakin ligat mengenangkan peristiwa yang terlalu pedih. Namun air mata sudah lama kering.

Aku bencikan kehadiran dia didalam hidup aku. How i wish time flies.

Walau apapun, hati aku telah kembali tenang dan lapang apabila dia akhirnya memberi respon setelah begitu lama menyepikan diri. Dia memanggil aku dengan nama panggilan sewaktu kami berkawan dulu. Dia hanya kata dia sedang serabut. Tetapi sekurang-kurangnya dia telah membalas. Dan akhirnya, dia telah 'aproved' add request akaum YM aku.

*Batuk* ehem~ sebelum ini aku cuba add tetapi dia tekan reject. Kurang asam tak?

Dan aku rasa gembira melihat dia gembira. I mean, he's not totally happy. Tetapi aku sering membaca status skypenya yang melepaskan geram pada musuh ketat game online kesayangan dia itu. Mahu ketawa aku dibuatnya melihatkan perangai kebudak-budakannya. Sudah umur 24 tahun, tapi masih bermain game online, malah lepas geram pada musuh distatus dengan mencarut-carut. How sweet.

At least he has something to hold on to. Something that will make him smile and feel at ease, sementara sedang dirundum masalah yang amat menekankannya; his (fucking) online game.

Nak tahu apa yang buat aku jadi mudah untuk melupakan dia? Ianya adalah kenyataan yang dikeluarkannya semasa rakan aku cuba bertanya beberapa perihal.

1) Dia hanya akan kahwin lagi 5 tahun. (i can't afford to wait THAT long.)

2) Dia mahu berhenti kerja.

3) Dia mahu cuba mulakan bisnes. (padahal sekarang ini duit mahu makan pun tak ada. Mana dia mahu cari modal untuk mulakan bisnes? apatah lagi duit untuk masuk meminang, berkahwin, kenduri kahwin lagi~ duit mahu sara diri pun tak cukup. Lagi teruk, entah-entah bisnes lingkup.)

4) Aku telah buat dia rimas dan dia sangat bencikan aku kerana itu.

5) Dia mengaku TIDAK PERNAH sayangkan aku. Selama ini hanya menjaga hati saja.

Sebab yang kelima adalah sebab yang paling kukuh bagaimana aku mudah melupakan dia. Bersyukur juga kerana tidak senasib seperti dia; bercinta bagai nak rak selama 5 tahun dan akhirnya putus. (sekurang-kurangnya kami baru 2 bulan ahaks) kalau aku juga bercinta sehingga bertahun-tahun dan putus, aku boleh jadi gila. (aku baru 2 bulan dengan dia pun sudah hampir gila masa putus dulu) Dia telah seksa lebih teruk daripada aku. So why do we need to mourn for too long over a short relationship?

Memori yang manis bersama dia dahulu telah menjadi sangat pahit. Walau apapun, dia tetap kekal istimewa pada aku kerana dia adalah lelaki pertama yang menjadi 'rasmi' dalam hidupku setakat ini. Aku sampai mati takkan lupakan dia pernah datang ke UNISEL bersama keluarga aku untuk menjemput aku pulang. Sakit apabila merenung blok dan asrama yang pernah dia kunjungi dahulu; Dia heret beg aku yang besar itu masuk kereta dan perli aku boleh sampaikah untuk tutup pintu bonet belakang. I miss all that stuff.

Sangat pahit.... Thats why i wish for amnesia soooo much.

Kenapalah aku boleh jatuh cinta dengan mamat berdebah sebegini? AAAARGH!!! Bodohnya aku!

OoooOoooOooo

Aku BOSAN~ Nak BALIK.

OoooOoo Balik rumah! OoooOooo Balik rumah! (versi lagu balik kampung)

Hahahahahahahaha aku duduk sini tak balik baru 2 minggu sudah jadi gila~!

Wahahahahahahaha!

Monday, 22 June 2009

Hujan panas?

Weird day. Hari hujan lebat. (sort of) Guruh yang kuat kedengaran berdentum-dentum dilangit bagaikan ada pesta. Namun hanya satu saja 'scene' yang tidak 'fit' dalam semua itu.

Panas terik.

Tak seronoklah macam ni. Biarlah mendung, hujan lebat, angin ribut kuat, dan sedikit guruh dan petir. Barulah rasa syok nak termenung tepi tingkap. Rasa ada 'thrill' apabila menonton hujan lebat dan ribut diluar.

Alahai bosannya hidup aku. Bila agaknya mahu mula menulis kembali?

Letih & Bosan

Pagi ini kepala aku terasa berat bagai besi buruk 10 tan. Berdenyut pula tu. Sebaik selepas kelas, aku berjalan lemah kearah cafe pelajar bersebelahan dengan dewan biru. Cari susu, kerana perut aku telah dipenuhi asid mentah kerana tidak makan selama 3 hari berturut-turut.

Mata meliar mencari susu didalam rak peti sejuk cafe...Oh susu~

Tak ada pula. Susu soya adalah. Soya pun soyalah~

Telur sebiji, Ayam seketul. Soya sekotak. Cukup.

Malas pula nak balik ke asrama. Sengaja buang masa dicafe yang sesak dengan pelajar-pelajar lapar. Aku baringkan kepala berbantalkan lengan kiri diatas meja. Leka memerhati gelagat orang muda disekelilingku sambil telinga mendengarkan muzik-muzik lembut dari telefon bimbit (walaupun ketika itu hanya lagu irama india saja yang kedengaran memekak diseluruh pelusuk cafe). Sapu minyak angin pada kepala, leher, hidung. Pejam mata dan buka. Termenung. Berdenyut.

Tidak lama kemudian sepasang pancaindera ini kembali terpaku pada botol minyak angin yang berdiri tegak dihadapanku. Dengan bosan dan terlalu letih, aku memusing-musingkan botol kecil tersebut yang masih penuh. Menari-narikan ia dengan pandangan mata yang kabur.

Tiba-tiba saja sebuah persoalan terpacul didalam kotak fikiran. What if?

"Boleh mati tak kalau minum minyak angin ni?"

Azam saja lebih.

Aku cemburu dengan AKAB. He can write so well. Bahasa yang mudah difahami. (kecuali bila dia menyelitkan bahasa asing.) Dengan hanya menulis sedikit saja sudah memberi kepuasan dan impak pada pembaca. Aku juga mahu menulis sepertinya.

Tetapi aku terlalu malas untuk 'see and describe things in details'.

Pemalas sungguh. Memang manusia cemerlang aku ini. (T_T)

Sunday, 21 June 2009

NOT on a diet!

"Oh, tak makan lagi, sebab diet ya?"

Aku bencikan pepatah itu. Just because i'm fucking fat, don't assume me on a diet when i don't eat.

Kalau aku mogok lapar sehingga seminggu pun, mereka akan kata aku diet juga?

I am someone who normally eats. Bukan jenis perempuan yang jaga kecantikan sehingga sanggup tidak makan. Duh~ look at me. FAT.

But when i don't eat, it means i'm troubled by something, mogok lapar or simply because i failed to find 'edible' stuff to eat. So i rather starve.

I'm NOT on a fucking diet. I'm NOT perfect.

Biar aku mogok lapar kali ini sehingga berminggu-minggu. Let see what will they say about it then. Diet lagi? Diet ya? Tengoklah aku tahan lapar sampai masuk hospital. Diet lagi kamu cakap? Ada berani?

TRY ME, IDIOTS.

Hungry~

Aku sangat lapar~

Dah 3 hari berturut-turut hanya makan biskut kering + maggi.

And its 3am in the morning.

Huhu sangat lapar~ (T_T)

Friday, 19 June 2009

Rimas! Rimas!

Assignment, assignment, assignment, assignment~

Kerja, kerja, kerja, kerja~

Study, study, study, study~

Bosan, bosan, bosan, bosan~

Tak ada benda yang seronok untuk dibuat. BOSAN.

Balik-balik menghadap nota, tugasan, dan internet. Pula tu, aku tak habis-habis diganggu oleh seorang lelaki yang berkelakuan SEBIJI macam aku dulu. Rimas. Tahu tak erti rimas? Aku tak menggemarinya kerana dia terlalu 'kekampungan'. Sepatah haram bahasa inggeris tak tahu walhal aku pelajar TESL. Tiada kerja tetap. Tidak berpelajaran tinggi, dan tidak mahu sambung pelajaran pun. Duduk kampung. Tiada kenderaan. Kemudian tak habis-habis mengurat aku dan meminta peluang untuk menjadi kekasih. Nak bagi anak bini makan apa ha? Geram betul aku.

Dia tak habis-habis telefon aku. Tak habis-habis mesej dan katakan dia sayang pada aku walaupun aku terus terang mengatakan aku tidak mahu terlibat. Terasa bagai kena penampar dipipi sendiri, tahu tak? Deja Vu~ Dia bertindak seperti aku dulu. Dan aku bertindak seperti 'dia' sehingga aku naik rimas dengan panggilannya dan terpaksa meletakkan pada silent mode demi tidak diganggu. Tak faham? Faham-fahamlah sendiri.

Agaknya Tuhan mahu tunjuk pada aku bagaimana rasanya menjadi didalam situasi si berdebah itu. Bagaimana rasanya rimas diganggu oleh seorang yang dia tidak sayang.

I don't have a fucking life.

Thursday, 18 June 2009

Fulamak, Entri yang terlalu panjang~ (=_=")

Maaf. Aku janji ini akan jadi entri yang terakhir mengenai Lelaki itu.

Aku baru mendapat info yang baru selepas cuba bertanya kepada rakan sekerja Lelaki itu mengenai masalahnya dan masalah syarikat yang mereka sedang berkerja dengan kini. Panjang berjela soalan-soalan yang aku tujukan pada rakan sekerjanya.

Nasib baik aku tidak salah pilih. RK (rakan kerja) Lelaki itu yang aku main pilih secara rawak tersebut merupakan seorang yang agak sporting, cepat mesra dan seorang happy-go lucky. Aku sengaja memilih dia kerana tertarik dengan kisah dia yang sedang bertunang dan akan berkahwin dengan seorang wanita yang juga bekerja dibawah syarikat yang sama.

Aku bertanyakan soalan berikut:

"is he having some sort of trouble there in his office? he seemed all troubled and he said his salary isnt paid by the company for two months now. is ur salary paid? i cant seem to reach him tho. how did he behave in the office? Is there anything wrong with him, his job and the company ure working?"

Dan ini merupakan jawapan RK serta perbualan kami.

"yaa.. dats true. our cmpany got problem with the client. The client didn't make payment to us. dats y we still didn't get payment for our salary. this is 2nd month. when we are not paid, sometimes we go and work but with no feeling. with no money, still working, phone been cut off, eat wahtever u can eat with just 3rm per day.. dats is so stressful. huhu.. I only heard he said that he's going to quit his job soon."

"oooo now i understand the problem.. if that guy tells this earlier, i would have understand. what kind of a stupid client who take service but dont wanna pay? (=_=") go attack the client together-gether."

"hahaha u know who the client is? ministry of finance lead by PM Najib Tun Razak huhu."

"WTF~~~That PM? God somebody go get an assasin and kill that bloody old man~(=_=) go kill a model now he makes other ppl's lives troubled. Stupid fella."

"hahahaa totally agree wit u."

Aku rasa menyesal dan cukup tidak puas hati! Sekiranya Lelaki itu telah jujur berterus-terang mengenai masalah yang dinyatakan RK, tak adalah aku separuh mati risau bahawa mungkin dia sengaja tidak menghubungi aku kerana tidak sayangkan aku lagi. Sekiranya aku tahu mengenai masalah tersebut, aku akan lebih memahami dan akan memberinya ruang sendirian seperti yang dipinta.

Namun semua itu sudah terlewat. Aku juga kesal kerana terlalu bodoh, kerana bertindak terburu-buru dan tidak pergi tanya RK mengenai perihal tersebut lebih awal. Sekiranya aku siasat dahulu daripada RK sebelum dia meminta putus, dimana sewaktu dia cuba mengelak dahulu, Lelaki itu pasti tidak akan begitu marah seperti sekarang.

Aku benar-benar kesal. KESAL. Hanya atas sebab dasar salah faham yang begitu remeh begini, hubungan kami terputus. Hanya kerana salah faham, dia telah menjadi begitu marah dengan tindakan aku yang sering mendesaknya sehingga menjadi rimas lalu meminta putus. Aku telah berkali-kali meminta maaf malah cuba memujuk namun seperti biasa; tiada balasan. Kali ini aku akur. Dia benar-benar telah bencikan aku.

Both of us had only wished for the best for each other. Dia sengaja tidak beritahu aku kerana tidak mahu aku risau. Aku pula mendesak dia untuk menceritakan masalah itu kerana aku risau melihat dirinya yang tidak lagi ceria dan aku fikir mungkin dia mengelak kerana telah tawar hati. Aku perlu tahu akan masalah seseorang untuk menjadi memahami. Kedua-dua kami telah bertindak untuk tidak menyenangkan pihak masing-masing kerana fikirkan itu yang terbaik untuk masing-masing. Dia fikir menyembunyikan masalah adalah terbaik untuk aku dan dia. Aku pula fikir meminta dia menceritakan masalah merupakan terbaik untuk aku DAN dia. Namun akhirnya berakhir dengan tindakan tersebut menyakiti pihak masing-masing lalu putus hubungan.

Walaupun pada akarnya kedua-dua pihak melakukan apa yang mereka lakukan atas dasar dan sebab sayangkan each other. Kini dua-dua sakit hati. Akarnya yang bertindak kerana sayang telah dibutakan tindakan which each thought best for each other.

Aku masih sanggup bertolak ansur, meminta maaf dan minta dimaafi, supaya kesalahan remeh sebegini tidak berulang. Inilah garam dan gula didalam sebuah hubungan bukan? Terjadi salah faham, bergaduh. Dan akhirnya meminta maaf dan pulih seperti sedia-kala. Aku telah menerangkan perkara ini semasa memujuknya namun dia tidak membalas.

Perhaps i was the selfish one here. Lantaklah. Aku tidak boleh memaksa. Perhaps i should give him a little time and space sementara dia sedang dirundum masalah ini. Atau mungkin dia benar-benar telah sakit hati dengan aku dan lebih rela kami putus agar aku tidak lagi 'menyibuk' untuk risaukan dia setiap masa sehingga dia menjadi rimas.

But i only did that because i loved him.

Lantaklah. Aku malas nak fikir. Ice-cream anyone?

Wednesday, 17 June 2009

Kosong = Empty

Sejak akhir-akhir ini aku kerap termenung. Terbaring dan termenung... Tidak kira waktu. Sewaktu aku makan, Sewaktu aku menyiapkan tugasan. Sewaktu aku mendengar lecture. Sewaktu aku bersendirian terutamanya. Aku termenung. Terbaring. Pasang muzik.. Termenung.

Aku tidak lagi rasa pedih akibat perihal yang lepas. Namun pada setiap malam air mata pasti jatuh. Bukan kerana rindu, bukan kerana kecewa atau sedih. Tidak!

Aku sendiri tidak tahu mengapa. Lelaki itu telah aku lupakan. Tak ada sebab untuk aku terus menyeksa diri kerana dia.

Tetapi aku tetap kerap termenung.

Jiwa aku terasa sungguh kosong. I don't know what i want anymore. I don't care about my grades. I don't care about having boyfriends anymore. I don't care about my novels anymore. I just simply don't care about anything any longer cuz... I ... I just don't know why.

I only care to keep breathing and not to hurt people who still cares.

Selain itu, aku terus.... Menjadi blurr dan termenung.

I just feel so fucking empty.

Hampeh~

Baring, dengar muzik, menayangkan plot didalam kepala. Belek nama orang untuk dihubungi di telefon bimbit. Aku memilih dia; Si Polar Bear. (nama diberi kerana tubuhnya tinggi dan tegap seperti Polar Bear.)

Menaip sms kepadanya, mengadu mengenai perihal aku baru putus.

'TOOT TOOT' bunyi mesej masuk.

"Awak boleh call saya tak? ni last kredit."

Allright. Aku telefon. Kemudian aku mengadu. Dia mendengar dengan teliti. Senyap.

Tak lama selepas itu... Dia berkata:

"Awak, Awak tahu tak. Saya sampai sekarang masih bengang dengan parents saya."

Bukan aku tidak mahu dengar. Aku dengar masalahnya juga. Namun luahannya pula yang lebih berjela sehingga memakan masa yang lama serta kredit aku.

Aku mengeluh pada Polar Bear. "Haih..."

Hampeh. Siapa yang mengadu pada siapa sekarang ini sepatutnya ha?

Tuesday, 16 June 2009

Fuck love. Fuck CUPID~

Tadi semasa dikelas, Aku terpaksa berlari demi mengejar masa. Terlambat keluar dari rumah gara-gara laptop buat hal. Aku mahu mendapatkan kebenaran yang dikorek oleh rakanku. tiba-tiba laptop pula boleh terpadam. Bengang betul. Selagi aku tak dapatkan kebenaran tersebut, aku tidak akan ke kelas.

Dan akhirnya kebenaran terungkai.

Seperti biasa, segalanya pasti menjadi kesalahan aku. Lelaki itu memberitahu rakanku bahawa dia rimas dengan aku dan tekad untuk terus saja memutuskan hubungan kami. Aku sudah akur kerana sudah puas hati dengan pembalasan dendam terhadapnya.

Tibanya dikelas, hati aku sudah terasa sedikit ringan dan lapang. Tak perlu kenangkan benda silam yang menyakitkan hati. Fokus pada masa depan. I will eventually meet people who will appreciate me soon. Masih muda lagi, banyak masa lagi. Lagipun aku memang tidak mahu bersuamikan lelaki yang berperangai mementingkan diri seperti Lelaki itu.

Namun semasa lecturer sedang mengajar dihadapan, fikiran aku tidak mampu fokus pada topik tersebut. Aku banyak termenung. Mindaku kerap melompat dari fantasi ke realiti dan ke fantasi semula. Sekejap-sekejap aku akan termenung, fikiran melayang teringatkan lelaki berdebah itu. kemudian aku terjaga dan kembali mendengar lecture. Tak lama kemudian aku akan termenung semula. Fikiran aku gagal daripada asyik memikirkan tentang Lelaki itu.

Aku jujur mengaku, selama aku bercinta hanya dua orang saja yang mampu membuat aku gila seperti ini. Ex aku yang merupakan cinta pertama dan kini Lelaki itu. Walaupun aku pernah banyak kali ada teman lelaki bersilih ganti, hanya dua orang ini saja yang berjaya memberi impak yang sangat berat didalam hidup aku.

Yang pertama dulu, curang pada aku. Buat aku hampir gila. Sukar untuk aku lupakan dia namun akhirnya kini dia telah menjadi cerita 'basi' dalam hidupku.

Kali ini Lelaki itu pula yang putus dengan aku, gara-gara terlalu terbeban dengan masalah sehingga naik tertekan dan rimas dengan perangai aku yang tidak habis-habis mencarinya. Dia bukan sayangkan aku pun. Aku saja yang tiba-tiba tak pasal-pasal jatuh cinta dengan dia. Dia memberi peluang namun dalam hatinya tidak pernah terdetik pun untuk menyayangi aku. Tambahan lagi bila aku kerap mengganggu apabila dia sedang tertekan. Aku benar-benar telah menjadi gila. Namun aku yakin tak lama nanti akan ada penggantinya and eventually, cerita Lelaki itu juga akan menjadi 'basi' seperti cerita Ex aku dulu.

I deserve someone better. Bodoh punya jantan. Kalau tak sayang janganlah pandai-pandai beri aku peluang, lelaki sial.

THIS ENTRY WILL BE THE END OF STORY OF 'Lelaki itu'.

Keep moving forward and stop being so pathetic. There are lots of guys out there.

Message for Cupid: Lepas ni kalau kau buat aku jatuh cinta lagi dengan siapa-siapa, aku bunuh kau! And i fucking mean it!!!!

Sweet Revenge!

Fuh Sedapnya balas dendam. Aku minta rakan aku mesej dia dan korek info mengenai dia dan segala-galanya. Dan ini adalah sebahagian yang dia dapat daripada perbualan tersebut.

Lelaki : Bro, my I know who u r? Hihi :)

Rakan : Well you won't like it if u know who i am. So whassup?

Lelaki : A little bit bad, a little bit angry, a little bit sad. Wahaha, my troops are going to die, 8K, cuz they are hungry. I'n not fine. I'm crazy. :P

Rakan: Sounds intresting there dude. Why is that? What troops? (konon dia tak tahu la)

Lelaki : Someone changed my travian account password. (Its an online game.)

Sedap sungguh! Padan muka kau! Itu belum lagi part dimana aku akan jahanamkan semua usaha penat lelah kau dalam game yang kau sayang sangat tu! Then Rakan aku cuba mengorek mengenai teman wanitanya. tahu apa dia jawab?

Rakan : Well are you married?

Lelaki : Not yet. maybe in five more years.

Rakan : Don't u have a girl?

Lelaki : Mmm.... No... Not my taste. >.<

Kurang ajar tak? Aku rasa nak tikam-tikam dia! Punyalah aku berazam untuk setia dan menjadikan dia teman lelaki yang rasmi. Namun ini yang aku dapat? Now i'm back to my old habits. Sia-sia aku perbodohkan diri menyayangi lelaki keparat begini. Sia-sia aku menyusahkan diri aku untuk dengar cakap dia. Sia-sia aku kenalkan dia kepada keluarga aku, dan mengheret dia sehingga ke UNISEL. SIAL.

Aku rasa bagai dipermainkan. DIANIAYA. Terasa bagai orang bodoh. Kalau tak rela tak perlulah terima jadi teman aku in the first place. IDIOT.

Sial punya jantan! At least i got my revenge. Padan muka kau. Hancur game online yang kau banggakan sangat selama bertahun-tahun tu!

Monday, 15 June 2009

AKU BENCI KAU!!!!

FUCKING BASTARD. SON OF A BITCH!!!

Sudahlah call aku dulu dia tak jawab! Mesej aku langsung tak balas!!!

Kononnya sibuk! Nak tahu apa yang lagi teruk?

Rakan aku ada add dia didalam akaun ym dia.

DAN LELAKI ITU TERTERA ONLINE DIDALAM AKAUN YM RAKAN AKU WALHAL TERTERA OFFLINE PADA AKAUN AKU!!!!

DIA BUAT DIRINYA INVISIBLE PADA AKAUN YM AKU!!!!

G MAMPOS LA KAU JANTAN! WTF! AAAARGH GERAMNYA AKU!!!! AKU NAK DIA MATI!

Thanks for cheering me up.

Aku mahu membebel sebentar diruangan entri ini. Hmm, kerja aku bertimbun tak siap. Aku masih belum mengulangkaji bab-bab pelajaran yang sudah dipelajari 2 minggu lepas. Azam saja mahu ulangkaji. Balik dari kelas terus menghadap internet sepanjang hari. Pelajar cemerlang sungguh aku ini.

Now i'm starting to appreciate my life back when i don't have access to any internet connection.

Si Doktor menghubungi aku semula dan mengatakan dia tidak pernah melupakan aku.

Dia: Hi awak. Sorry lama tak contact coz saya kena pg BTN

Aku: BTN? apa tu? for what?

Dia: Biro Tata Negara untuk semua penjawat awam. Pasni saya kena pergi kursus lagi. Aduhai... Penat saya tak hilang lagi ni.

Aku: Haih awak ni busy je memanjang.

Dia: Yelah, kerja namanya, saya ni jadi bahan rujukan untuk staf-staf lain. susah saya dibuatnya.

Sweet~ sekurang-kurangnya dia beritahu aku. Tapi semua lelaki barangkali sama saja. Esoknya pasti hilang lagi. Cari bila perlu saja. Ingat aku ini apa? Tisu lap muka dia?

At least i got this new person that comforts me all the time. Sentiasa menceriakan aku tatkala sedih dan membuat aku tersenyum. Namun tidak banyak aku tahu mengenai lelaki tersebut kerana dia kelihatan sungguh perahsia. Tidak pernah cepat marah walaupun aku mendesak, malah masih menjaga hati aku pula. Dia sentiasa menyejukkan hati ini dengan panggilan-panggilan manja. Biar aku namakan dia Si perahsia. Nama perlu dirahsiakan. Berikut adalah apa yang aku tahu tentang Si Perahsia.

Umur : 26 tahun pada 2009
Negeri : Kedah
Pekerjaan : (hmm, aku sebenarnya tak pasti.) Bekerja menguruskan syarikat keluarganya, yang terlibat didalam bisnes tender gov kepada sesuatu yang berkaitan dengan medical apparatus serta the investigator. (dia tidak mahu mendedahkan kedudukannya didalam syarikat. Katanya position biasa-biasa saja. geram sungguh aku)

Ketika aku mendesaknya untuk mendedahkan pekerjaan, dia menjawab seperti diatas. Tetapi ayat terakhirnya yang membuat hati aku sejuk adalah ini:

Dia: Medic Apparatus and lain2... The investigator darling...geramnye... hehe.

Dia geram-geram dengan aku pun masih mampu berlagak cool, ceria dan memanggil aku dengan panggilan manja. Aku respect kesabaran dia melayan kerenah aku. Aku sangat berharap bahawa Si Perahsia tidak akan menghilangkan diri dari dalam hidupku seperti biskut sebagaimana mereka yang lain. I really need him (T_T) Hanya dia yang boleh membuat aku tersenyum dan ceria didalam erti merasa diri dihargai.

Oh, dan aku mendapat suatu Quote yang dipostkan oleh rakan sekerja Lelaki itu. (Lelaki itu tidak tahu aku curi-curi add rakan sekerjanya.) and i'm loving his quote.

"When you told me you loved me, I thought it was true. But honey, actions speak louder than words and your actions are telling me that I mean nothing to you."

That is soooo fucking true. Dan quote ini adalah ditujukan khas kepada Lelaki berdebah itu. Take that, Idiot.

Sunday, 14 June 2009

I reached my limit, you asshole.

Dah puas menangis. Dah puas membebel. Dah puas merungut.

It's fucking payback time u jackass.

Pergi matilah kau. Aku dah malas nak peduli. I will stop caring completely.

Aku delete nombor kau. Delete contact kau daripada contact list aku.

Aku pijak-pijak kepala kau masuk dalam tanah. You are lower than dirt. Spit on u, piss on u, shit on u, curse u like hell. Biar kau mampus. Biar hidup kau terseksa. Selfish people like you deserved to be forgotten and live a misreable life. Come beg me for forgiveness and i'll kick ur ass like it's nobody's business.

From now on u are fucking OUT from my life.

Benci dengan rutin bodoh.

Huhu...Sedihnya kerana perlu pulang ke UNISEL.

(T_T) aku tak mahu menyambung rutin di tempat ini.

Terseksa jiwa dan raga huhu~

Things i need to do to remain sane:

1) Cari ilham untuk novel yang perlu aku siapkan.

2) Do whatever i should do regarding my assignments.

3) Find a new boyfriend. (=^-^=)v

4) Melibatkan diri secara aktif didalam apa-apa projek yang aku minati.

God i hate being single... Huhuhu.

B.O.S.A.N!!!

Friday, 12 June 2009

Err...Macam-macam~

"Wonderpets, Wonderpets, kami datang~
membantu kawan-kawan dalam kesusahan~
kami tak besar dan kami tak kuat,
bila bekerjasama semua jadi mudah!

Apa yang penting? Kerjasama!
Apa yang penting? Kerjasama!

Hey, hey Wonderpets! Yea!"

Entah mengapa aku telah encounter this song for more than twice in one single day. Daripada siaran televisyen, Ibuku, adikku, komik yang aku baca, serta teman lelaki aku sendiri!

Lagu Wonderpets versi melayu telah beri impak yang besar dan meluas kepada seluruh warga Malaysia. Nyanyi saja lagu tersebut, atok umur 100 tahun pun tahu! Trademark for kanak-kanak ribena dan tema kelakuan lucu.

What has television done to Malaysia? What's next?

Lagu Spongebob versi melayu tak ada pula? (=_=") gerenti jadi hit punya.

Bengang.

Apahal dengan blog aku? Susah benar nak post entry. Kejap-kejap keluar benda merepek.

Tak habis-habis keluar 'edit HTML stuff'.

Ni yang buat aku rasa nak mengamuk ni~

Thursday, 11 June 2009

Cheered up~

Aku menelefon Lelaki itu sebentar. Sangka aku mahu meminta izinnya untuk memotong rambutku, kerana katanya sebelum ini dia kurang gemar aku berambut pendek. Tidak lama kemudian dia menjawab panggilan.

"Hubby."

"Ya, Assalamualakum."

"Wa'alaikumussalam. Hubby dah makan?"

"Belum lagi."

"Kenapa belum makan lagi ni?"

"Hubby terkunci kat luar bilik."

Aku serta-merta 'ter'ketawa. Hahaha! Tapi aku kawal depan dia.

"Macamana boleh terkunci? Roommate hubby tak ada kunci ke?"

"Dia tak ada kunci. Sekarang ni tengah cuba bukak pintulah ni."

Aku tersengih-sengih, tidak tahan menahan tawa. Nasib baiklah dia tak ada dihadapanku. Kalau tidak, mahunya dia leter aku kerana ketawa semasa dia sedang susah hati. Aku teruskan juga menanyakan soalan tadi.

"Sayang nak tanya ni sebenarnya. Boleh tak kalau sayang potong rambut?"

"Kenapa tiba-tiba nak potong ni?" dia tanya, curious.

"Rambut sayang yang hujung dah bercabang and rosak. Sayang ingat nak potong sikit and buat gaya baru."

Lelaki itu menjawab dalam nada bergurau. "Kalau rambut dan buruk sangat potong jelah."

"Tapi hubby cakap hubby lagi suka sayang rambut panjang? hubby tak kisah?"

"Takpe, kalau macam tu hubbylah yang simpan rambut panjang."

Eh, loyar buruk pulak dia. Aku ketawa.

"No way. Hubby tak boleh simpan rambut panjang. Sayang takpe. Langkah mayat sayang dulu."

2 jam kemudian~

"Hubby. Dah boleh masuk ke belum?"

"Masih terkunci kat luar bilik."

Aku ketawa berdekah-dekah sendirian.

Sudahlah dia sedang tertekan dengan kerja. Sekarang boleh terkunci pula. Can't his life get any worse than this? LOL. Sorry but i can't stop laughing. It was really fucking amusing.

I miss the ignorant me.

Entah mengapa aku suka benar untuk mengintai dan melihat apa rakan serumahku sedang lakukan dari semasa ke semasa.

Err... Sebenarnya aku tahu mengapa. Saja mahu buat gempak.

Kedua-dia rakan serumahku yang bilik adalah bertentangan denganku merupakan senior aku. Biar aku ceritakan sedikit mengenai apa yang aku sering lihat berkaitan mereka berdua ini.

Mereka free hair, nampak seperti seorang yang...Modern. Mereka selesa 'seksi' didalam rumah. Tidak kisah berjalan-jalan sekeliling rumah dengan hanya memakai seluar dalam dan singlet ketat. Kadang-kadang memakai seluar dan bra saja, dan bebas membuka baju sehingga menampakkan bra dan seluar dalam. Mereka gemar hanya berbaju labuh dan berseluar dalam saja diwaktu malam.

Bilik mereka are well-decorated siap dengan lukisan kanak-kanak kecil. Dan yang paling aku kagum dan rasa cemburu ialah mereka punyai stereo yang cukup cantik dan kuat. Setiap masa lagu-lagu R&B yang merdu akan berkumandang daripada stereo tersebut, siap dengan sound effect ala-ala disko. Mereka sentiasa membiarkan pintu bilik terbuka dan membiarkan lagu tersebut didengari oleh semua.

Pendek cerita, mereka melakukan seolah-olah bilik dan rumah tersebut mereka yang punya and they just emjoy being them, and enjoy being ignorant. Kadang-kadang apabila sedang tertekan mereka akan menjerit tiba-tiba, menyanyi sesuka hati, berdansa sesama sendiri dan ketawa kuat.

I have nothing agaisnt them. Malah sebenarnya aku cemburu dengan mereka. Aku juga pernah menjadi seorang yang totally ignorant seperti mereka suatu ketika dahulu. Namun sekarang aku menjadi 'timid' bagai seekor anjing yang setia pada arahan tuannya. Aku pernah dimarahi kerana membuka radio kuat-kuat sesuka hati. Katanya, aku tidak memikirkan perasaan orang lain.

Tapi apabila rakan serumahku berbuat demikian, aku tidak ambil kisah langsung! malah aku suka mereka berbuat begitu. aku suka melihat mereka ceria dan ignorant. Aku cemburu dengan sikap demikian mereka. Barulah terasa rumah tersebut ceria, hidup dan terasa bagaikan rumah itu berpenghuni daripada suasana yang terlalu sunyi sepi dan mati.

Aku berharap benar aku mempunyai seorang rakan yang bersikap ignorant dan ceria begitu. Dan berharap benar aku juga mempunyai stereo kuat begitu dan bebas meninggikan nada muzik tanpa dimarahi oleh rakan serumah atau sesiapa saja. Tapi itu hanya mimpi.

Sigh... Terpaksa tengok sajalah rakan serumahku itu menari dan ketawa riang dari sudut bilikku.

Wednesday, 10 June 2009

Seronok juga ya kena marah.

Perkara ini perlu direkodkan! I was the first presentor from the first group to present the very first chapter of a novel that we were studying. Mestilah gementar namun aku buat bodoh. Aku yakin, i can pull this through because i've read the chapter for many, many times.

Dalam masa pertengahan aku bercerita, lecturer menahan aku dan menanyakan aku soalan bertubi-tubi. Soalan mengenai bab itu yang tidak masuk akal.

Kemudian mula menceritakan 'apa sebenarnya yang terjadi' dan mengatakan aku sudah salah cerita. Aku menjadi kaku dan keliru. Tidak puas hati, aku cuba berdebat dan cuba mencari bukti didalam buku namun bahasa inggeris klasik yang berpintal-pintal menambahkan lagi kekeliruan.

Aku terpaksa meminta maaf dan mengaku saja kesalahan. Walhal didalam hati aku memberontak mengatakan aku yang betul. Aku belek rumusan bab 1 daripada rujukan rakan. Sah! aku yang betul!

Aku tak faham mengapa lecturer tersebut boleh salah tafsir benda yang remeh sebegini. Mentang-mentang aku cuma pelajar, dia yang salah dimanipulasi menjadi salah aku.

Fuh geram sungguh! Namun entah mengapa walaupun ditegur dan 'dimalukan' dihadapan kawan-kawan sekelas sebegitu, aku tidak ambil hati sangat. Aku tidak rasa baran. Malah aku rasa 'seronok' pula kerana hal sebegitu terjadi.

Barulah seronok hidup, bukan? Life works in mysterious ways.

Kata-kata tersirat

Aku telah membaca 'chat history' aku dan Lelaki itu sejak kami mula berkenalan. Then i learned a few stuff.

Dia pernah berkata (sebelum kami kapel) yang dia tidak akan beri muka pada teman wanita barunya. Dia juga akan buat endah tak endah supaya teman wanita barunya itu merinduinya.

Kemudian aku bertanya, "Habis awak tak rindu kat dia ke nanti kalau awak tak contact dia lama-lama?"

Dia menjawab, "I will miss her so so so much but i won't let her know."

Thats EXACTLY what he's doing to me right now.

Katanya dia buat begitu kerana sudah serik dengan pedih hati terluka. Aku ada baca lagi. Dia pernah mengatakan bahawa dirinya kejam dan bukan orang baik.

"I never care about person/things that i should care." Katanya.

Dia kata dia sememangnya begitu. kadang-kala dia tidak akan contact teman wanitanya selama beberapa hari kerana 'taksub' hidup didalam dunianya sendiri. Dulu, dia merupakan full-time online gamer. Namun, Lelaki itu berkata meskipun dia tidak berhubung sebegitu lama, that doesn't mean he doesn't love her anymore. Memang sikapnya begitu. Seorang yang memberontak dan tidak suka diarah.

Dan atas sikapnya yang itulah dia telah kehilangan bekas teman wanitanya yang telah dicintai selama 5 tahun. Bayangkan. 5 tahun! 5 tahun adalah bukan jangka masa yang pendek. Semestinya teman wanitanya yang terdahulu begitu sabar dengan sikapnya sehingga bertahan begitu lama. Namun akhirnya Lelaki itu dilepaskan jua.

Aku? Aku mahu membuktikan padanya bahawa aku juga boleh bertahan sehingga bertahun-tahun. In the meantime, pasang skandal ramai-ramailah~ *ketawa jahat*

Aku log in akaun YM 'rakanku' dan add dia didalam contact list kerana aku telah delete dia didalam akaun YM aku. Dia aprove, and finally i can read his YM status.

Status YM dia kali ini: "I love you more than i should."

Adakah ia ditujukan pada aku? atau pada bekas teman wanitanya? atau pada 'skandal' yang mungkin dia pasang dibelakang aku senyap-senyap? or was it just another song title?

Banyak persoalan dalam kepala. Aku bencikan kata-kata tersirat sebegini. Aku merupakan seorang yang lurus dan berterus-terang. Aku bukan pembaca minda. Tak ada masa untuk mentafsir kata-kata tersirat bodoh!

Dan aku rasa geram sungguh kerana aku tidak boleh hentikan memikir tentang Lelaki berdebah itu sedangkan ada berlambak kerja yang perlu aku siapkan.

Baru aku perasan. Entry didalam blog ini adalah 90% mengenai LELAKI itu. Berdebah sungguh.

Tuesday, 9 June 2009

Pemikiran kotor datang secara spontan

Sepanjang perjalanan pulang ke hostel sebentar tadi, aku berjalan dibelakang seorang gadis yangt agak berisi. Call me a pervert, but i can't take my eyes off her you-know-what.

Bukan lesbian. Tetapi melihatkan punggungnya yang agak besar, and when it sways to the left and to the right as she walks, minda aku mula berputar ligat.

It was irresistable not to look at, lebih-lebih lagi apabila seseorang itu sedang berjalan betul-betul dibelakangnya. It was huge and moving~ pelbagai persoalan kotor telah mencemari fikiranku ketika itu. Dan kemudian aku tertanya-tanya.

Bagaimana sekiranya seorang LELAKI yang melihat apa yang aku lihatkan sekarang ini? What will HE thinks in his mind huh? Perlukah aku mereka dialog yang tidak senonoh untuk menggambarkan pemikiran lucah kaum mereka?

And you know what? Gadis tersebut memakai tudung dan berbaju kurung for heaven's sake.

Monday, 8 June 2009

Novel bodoh!

Stupid book. Stupid english literature book with stupid classic english!

Buat sakit hati aku baca buku tersebut. Bahasa inggeris lama yang berpintal-pintal!

Baca summary cerita daripada internet lebih senang.

Geram betul! Nak jadi guru bahasa inggeris tapi novel inggeris klasik begini pun aku gagal untuk faham.

Guru apa aku ni hah?!

Bahaya betul bila ada yang memerhati.

I thought of pouring my hearts out in this fucking blog. Until I remembered this is a website.

To be more specific; website --> internet --> worldwide view.

Okay. It doesn't really bother me that this is on the internet; bermaksud blog aku ini dibaca oleh para manusia serata dunia. I don't fucking care. They are stangers. What do they know of me?

The problem is that these strangers are not always strangers.

Aku sering terlupa ramai mereka yang mengenali aku didunia realiti juga membaca blog bodoh ini.

Damn. Dalam blog pun kena menjadi discreet.

Saturday, 6 June 2009

What will happen to me?

Biar aku luahkan sedikit perasaan. Saja mahu buang tabiat.

Semester baru sudah bermula. I know i can do it. Err.... Except for speech & communication. Erm, I'm never good in memorizing. Giving a memorized speech for the whole 5 minutes would certainly be agonizing for me. Selain daripada masalah tersebut, aku risaukan masa depan.

What future?

Exactly.

Aku tidak tahu akan hala tuju hidup ketika ini selain daripada menghabiskan ijazah serta mendapatkan pekerjaan. Selepas semua itu berakhir, mungkin kahwin. Then what?

Dalam fikiran aku, aku hanya mahu hidup gembira dan selesa. Dapatkan apa yang aku inginkan.

Tapi apa dia yang aku mahukan? I litterally am happy with my life. Menulis? Jangan mimpilah. Minat penulisan aku sudah lama terkubur. Aku mana ada bakat. Tiada keyakinan lagi didalam menulis. Malah tiada sokongan pun daripada keluarga dan rakan-rakan. Mahu dengar lagi teruk?

Rakan aku sendiri mengejek hasil penulisan aku. Yes. You read that right. Perhaps that person could be you, the current person who's reading this entry. Yeah. YOU.

I seriously need some depression i think. Mungkin juga sudah dapat.

Depression in not knowing what to do. Aneh bukan?

Life works in mysterious ways, so why can't I?

p/s: kepada mereka yang membaca entry ini dan mengenali aku, sila jangan sesekali bertemu aku untuk menanyakan perkara ini kerana aku tidak mahu mengulas apa-apa.

Kenapa online sekejap aje?

Aku online YM = invisible

Tiba-tiba Lelaki itu online. Berstatuskan : =.="

Online hanya sebentar. Sedang aku masih teragak-agak mahu menegurnya atau tidak, dia terus offline.

Meninggalkan aku tercungap-cungap dengan hati yang berdegup kencang.

Hati aku tidak tenang.

Thursday, 4 June 2009

Observant

Kerana mood yang tidak baik, aku lebih banyak memerhati daripada berkata-kata. I became observant.

Punk rambut tercacak. Dua traveller yang melanggar 'no access zone'. Wanita tua yang memegang banyak beg plastik. Pekerja yangs sedang duduk dimeja, kebosanan tanpa pelanggan. Mak cik yang sedang menyapu sampah. Jari telunjuk kanan seorang mak cik india yang kudung.

Gadis tudung labuh yang mempunyai ringtone Raihana instead of nasyid. Remaja yang sedang membawa gitar kehulu hilir. Lelaki yang tidak bertimbang rasa, memotong barisan. Biawak yang disiarkan sebagai pameran. Wajah wanita yang pucat, melayan kerenah dua orang anaknya.

Yang paling lucu, seorang pemuda kurus kering berpakaian t-shirt bunga ros merah jambu ketat dan bertompok-tompok, memakai seluar koyak rabak daripada paras betis sehingga peha serta memakai kasut merah jambu, dan topi aneh.

Life is full of various different people. Yang paling menarik adalah mereka yang paling aneh diantara yang lain.

What is life without problems and cursing problems? Amusing.

I declare WAR with that fucking bastard!

BAD MOOD.

Thanks to Lelaki itu yang cakap aku 'MENYEMAK'.

Aku? MENYEMAK?!

Habis semua aku sumpah sepanjang hari ini, daripada para manusia ke eskalator bodoh.

Menjerit didalam panggung wayang. Menacarut pada apa saja yang bikin hati aku panas.

"PERGI MAMPUSLAH KAU!!"

Mogok lapar mungkin, biar aku masuk hospital. Biar dia risau. Padan muka.

I DECLARE THIS MEANS WAR.

Wednesday, 3 June 2009

Teruja naik motor haha!

Sewaktu mahu pulang, aku mahu mengajak Lelaki itu untuk bertemu sebentar. Namun seperti yang dijangka, dia memberi alasan sibuk dengan kerjanya. Aku tidak pernah dianggap suatu yang penting didalam hidupnya. Hanya cari aku apabila perlu.

Terasa sunyi pula balik seorang diri. Demi membalas dendam dan memuaskan hati aku sendiri, aku mengajak jiranku untuk keluar makan dan menemani aku pulang.

Sewaktu pulang, aku menaiki motornya. Teruja sungguh! Almaklumlah sudah lama aku tidak merasa naik motor sebegini. Terasa seram juga apabila dia membelok dan mencelah kereta-kereta yang sesak dijalan raya.

Tiba dirumah, aku berterima kasih kepadanya. Kemudian aku mesej Lelaki itu, memberitahunya apa yang terjadi serta menanyakan jika dia sudah pulang. Dia hanya menjawab sepatah.

"Belum."

Sakit benar hati aku! Argh!!!!

Aku perlu faham keadaannya.

Aku baru saja fikir mahu cari gaduh dengan Lelaki itu.

Apabila menegurnya semalam, dia mengadu padaku sedang demam panas, dan walaupun kesihatannya terjejas, dia tetap datang semula ke pejabat untuk bertungkus-lumus menyiapkan kerja yang bertimbun. Katanya dia tidak akan tinggalkan pejabat sehingga kerjanya siap. Aku geram sungguh.

"Hubby, bila deadline kerja ni? Kenapa rushing sangat nak siapkan kerja ni? kan Hubby demam. Rehatlah kat rumah."

"Deadline semalam. Siang tadi hubby dah kena marah. Stressedcdscsax"

Bukan typo ya. Memang itu yang dikatakannya. Dia siap mencarut distatus skype, mengatakan dia sedang tertekan dan 'reaching beyond his limit'. Sudahlah demam, sakit, kurang tidur, kerja tak siap, kena marah lagi.

Takkan aku mahu cari gaduh dengannya disaat kepalanya sedang berserabut sebegini? Mahunya dia bunuh diri pula nanti.

I can only pray that things will go smoothly in his life. Teringin mahu membantu tetapi aku tak mampu. Berat mataku yang memandang, berat lagi bahunya yang memikul.

Tuesday, 2 June 2009

Keindahan lagu tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Malam semalam, panas benar! Nasib aku baik kerana teman sebilik bermalam dirumah rakannya. oleh itu aku bentangkan tilam diatas lantai dan bergolek tidur dengan senang hati. (masih panas!)

Keesokan harinya yakni hari ini, aku menunggu kedatangan seorang lelaki kedalam bilik untuk memeriksa dan membaiki plug elektrik yang rosak didalam bilik.

Dua lelaki datang. Seorang memeriksa dan membaiki, lagi seorang menggodek gitar aku yang terletak disisi meja. Setelah diberi kebenaran, dia membantu aku tuning gitar tersebut lalu memainkan lagu akustik yang cukup indah...

OMG... Sekiranya lagu tersebut dimainkan untuk aku, boleh cair aku dibuatnya! (^^) Melodi yang sungguh indah sekali! Aku yang ketika itu sedang menunggu diruang makan leka memasang telinga mendengar lagu yang dimainkan lelaki tersebut. Dalam hati, aku begitu kagum dengan bakatnya untuk bermain gitar. Fikiran aku melayang-layang, hati aku terpaut dan cair bagaikan coklat dibawah sinaran matahari. Manis sungguh lagu tersebut.

Aku fikir mahu memujinya dan menanyakan lagu apakah yang dimainkannya. Teringin pula aku mahu belajar lagu tersebut. Namun personaliti aku yang pendiam dan kurang bersosial memagari niat tersebut.

Akhirnya aku ditinggalkan keseorangan didalam bilik, kecewa. Kecewa kerana lagu yang indah tersebut tidak lagi kedengaran tatkala lelaki itu beredar. Kecewa kerana tidak bertemu jawapan kepada nama lagu yang manis sebentar tadi.

Luckily my powerpoint electric plug is finally working!