Friday, 19 June 2009

Rimas! Rimas!

Assignment, assignment, assignment, assignment~

Kerja, kerja, kerja, kerja~

Study, study, study, study~

Bosan, bosan, bosan, bosan~

Tak ada benda yang seronok untuk dibuat. BOSAN.

Balik-balik menghadap nota, tugasan, dan internet. Pula tu, aku tak habis-habis diganggu oleh seorang lelaki yang berkelakuan SEBIJI macam aku dulu. Rimas. Tahu tak erti rimas? Aku tak menggemarinya kerana dia terlalu 'kekampungan'. Sepatah haram bahasa inggeris tak tahu walhal aku pelajar TESL. Tiada kerja tetap. Tidak berpelajaran tinggi, dan tidak mahu sambung pelajaran pun. Duduk kampung. Tiada kenderaan. Kemudian tak habis-habis mengurat aku dan meminta peluang untuk menjadi kekasih. Nak bagi anak bini makan apa ha? Geram betul aku.

Dia tak habis-habis telefon aku. Tak habis-habis mesej dan katakan dia sayang pada aku walaupun aku terus terang mengatakan aku tidak mahu terlibat. Terasa bagai kena penampar dipipi sendiri, tahu tak? Deja Vu~ Dia bertindak seperti aku dulu. Dan aku bertindak seperti 'dia' sehingga aku naik rimas dengan panggilannya dan terpaksa meletakkan pada silent mode demi tidak diganggu. Tak faham? Faham-fahamlah sendiri.

Agaknya Tuhan mahu tunjuk pada aku bagaimana rasanya menjadi didalam situasi si berdebah itu. Bagaimana rasanya rimas diganggu oleh seorang yang dia tidak sayang.

I don't have a fucking life.

No comments:

Post a Comment