Wednesday, 3 June 2009

Aku perlu faham keadaannya.

Aku baru saja fikir mahu cari gaduh dengan Lelaki itu.

Apabila menegurnya semalam, dia mengadu padaku sedang demam panas, dan walaupun kesihatannya terjejas, dia tetap datang semula ke pejabat untuk bertungkus-lumus menyiapkan kerja yang bertimbun. Katanya dia tidak akan tinggalkan pejabat sehingga kerjanya siap. Aku geram sungguh.

"Hubby, bila deadline kerja ni? Kenapa rushing sangat nak siapkan kerja ni? kan Hubby demam. Rehatlah kat rumah."

"Deadline semalam. Siang tadi hubby dah kena marah. Stressedcdscsax"

Bukan typo ya. Memang itu yang dikatakannya. Dia siap mencarut distatus skype, mengatakan dia sedang tertekan dan 'reaching beyond his limit'. Sudahlah demam, sakit, kurang tidur, kerja tak siap, kena marah lagi.

Takkan aku mahu cari gaduh dengannya disaat kepalanya sedang berserabut sebegini? Mahunya dia bunuh diri pula nanti.

I can only pray that things will go smoothly in his life. Teringin mahu membantu tetapi aku tak mampu. Berat mataku yang memandang, berat lagi bahunya yang memikul.

No comments:

Post a Comment