Wednesday, 17 June 2009

Hampeh~

Baring, dengar muzik, menayangkan plot didalam kepala. Belek nama orang untuk dihubungi di telefon bimbit. Aku memilih dia; Si Polar Bear. (nama diberi kerana tubuhnya tinggi dan tegap seperti Polar Bear.)

Menaip sms kepadanya, mengadu mengenai perihal aku baru putus.

'TOOT TOOT' bunyi mesej masuk.

"Awak boleh call saya tak? ni last kredit."

Allright. Aku telefon. Kemudian aku mengadu. Dia mendengar dengan teliti. Senyap.

Tak lama selepas itu... Dia berkata:

"Awak, Awak tahu tak. Saya sampai sekarang masih bengang dengan parents saya."

Bukan aku tidak mahu dengar. Aku dengar masalahnya juga. Namun luahannya pula yang lebih berjela sehingga memakan masa yang lama serta kredit aku.

Aku mengeluh pada Polar Bear. "Haih..."

Hampeh. Siapa yang mengadu pada siapa sekarang ini sepatutnya ha?

No comments:

Post a Comment