Monday, 15 June 2009

Thanks for cheering me up.

Aku mahu membebel sebentar diruangan entri ini. Hmm, kerja aku bertimbun tak siap. Aku masih belum mengulangkaji bab-bab pelajaran yang sudah dipelajari 2 minggu lepas. Azam saja mahu ulangkaji. Balik dari kelas terus menghadap internet sepanjang hari. Pelajar cemerlang sungguh aku ini.

Now i'm starting to appreciate my life back when i don't have access to any internet connection.

Si Doktor menghubungi aku semula dan mengatakan dia tidak pernah melupakan aku.

Dia: Hi awak. Sorry lama tak contact coz saya kena pg BTN

Aku: BTN? apa tu? for what?

Dia: Biro Tata Negara untuk semua penjawat awam. Pasni saya kena pergi kursus lagi. Aduhai... Penat saya tak hilang lagi ni.

Aku: Haih awak ni busy je memanjang.

Dia: Yelah, kerja namanya, saya ni jadi bahan rujukan untuk staf-staf lain. susah saya dibuatnya.

Sweet~ sekurang-kurangnya dia beritahu aku. Tapi semua lelaki barangkali sama saja. Esoknya pasti hilang lagi. Cari bila perlu saja. Ingat aku ini apa? Tisu lap muka dia?

At least i got this new person that comforts me all the time. Sentiasa menceriakan aku tatkala sedih dan membuat aku tersenyum. Namun tidak banyak aku tahu mengenai lelaki tersebut kerana dia kelihatan sungguh perahsia. Tidak pernah cepat marah walaupun aku mendesak, malah masih menjaga hati aku pula. Dia sentiasa menyejukkan hati ini dengan panggilan-panggilan manja. Biar aku namakan dia Si perahsia. Nama perlu dirahsiakan. Berikut adalah apa yang aku tahu tentang Si Perahsia.

Umur : 26 tahun pada 2009
Negeri : Kedah
Pekerjaan : (hmm, aku sebenarnya tak pasti.) Bekerja menguruskan syarikat keluarganya, yang terlibat didalam bisnes tender gov kepada sesuatu yang berkaitan dengan medical apparatus serta the investigator. (dia tidak mahu mendedahkan kedudukannya didalam syarikat. Katanya position biasa-biasa saja. geram sungguh aku)

Ketika aku mendesaknya untuk mendedahkan pekerjaan, dia menjawab seperti diatas. Tetapi ayat terakhirnya yang membuat hati aku sejuk adalah ini:

Dia: Medic Apparatus and lain2... The investigator darling...geramnye... hehe.

Dia geram-geram dengan aku pun masih mampu berlagak cool, ceria dan memanggil aku dengan panggilan manja. Aku respect kesabaran dia melayan kerenah aku. Aku sangat berharap bahawa Si Perahsia tidak akan menghilangkan diri dari dalam hidupku seperti biskut sebagaimana mereka yang lain. I really need him (T_T) Hanya dia yang boleh membuat aku tersenyum dan ceria didalam erti merasa diri dihargai.

Oh, dan aku mendapat suatu Quote yang dipostkan oleh rakan sekerja Lelaki itu. (Lelaki itu tidak tahu aku curi-curi add rakan sekerjanya.) and i'm loving his quote.

"When you told me you loved me, I thought it was true. But honey, actions speak louder than words and your actions are telling me that I mean nothing to you."

That is soooo fucking true. Dan quote ini adalah ditujukan khas kepada Lelaki berdebah itu. Take that, Idiot.

No comments:

Post a Comment