Malam semalam, panas benar! Nasib aku baik kerana teman sebilik bermalam dirumah rakannya. oleh itu aku bentangkan tilam diatas lantai dan bergolek tidur dengan senang hati. (masih panas!)
Keesokan harinya yakni hari ini, aku menunggu kedatangan seorang lelaki kedalam bilik untuk memeriksa dan membaiki plug elektrik yang rosak didalam bilik.
Dua lelaki datang. Seorang memeriksa dan membaiki, lagi seorang menggodek gitar aku yang terletak disisi meja. Setelah diberi kebenaran, dia membantu aku tuning gitar tersebut lalu memainkan lagu akustik yang cukup indah...
OMG... Sekiranya lagu tersebut dimainkan untuk aku, boleh cair aku dibuatnya! (^^) Melodi yang sungguh indah sekali! Aku yang ketika itu sedang menunggu diruang makan leka memasang telinga mendengar lagu yang dimainkan lelaki tersebut. Dalam hati, aku begitu kagum dengan bakatnya untuk bermain gitar. Fikiran aku melayang-layang, hati aku terpaut dan cair bagaikan coklat dibawah sinaran matahari. Manis sungguh lagu tersebut.
Aku fikir mahu memujinya dan menanyakan lagu apakah yang dimainkannya. Teringin pula aku mahu belajar lagu tersebut. Namun personaliti aku yang pendiam dan kurang bersosial memagari niat tersebut.
Akhirnya aku ditinggalkan keseorangan didalam bilik, kecewa. Kecewa kerana lagu yang indah tersebut tidak lagi kedengaran tatkala lelaki itu beredar. Kecewa kerana tidak bertemu jawapan kepada nama lagu yang manis sebentar tadi.
Luckily my powerpoint electric plug is finally working!

No comments:
Post a Comment