Pagi ini kepala aku terasa berat bagai besi buruk 10 tan. Berdenyut pula tu. Sebaik selepas kelas, aku berjalan lemah kearah cafe pelajar bersebelahan dengan dewan biru. Cari susu, kerana perut aku telah dipenuhi asid mentah kerana tidak makan selama 3 hari berturut-turut.
Mata meliar mencari susu didalam rak peti sejuk cafe...Oh susu~
Tak ada pula. Susu soya adalah. Soya pun soyalah~
Telur sebiji, Ayam seketul. Soya sekotak. Cukup.
Malas pula nak balik ke asrama. Sengaja buang masa dicafe yang sesak dengan pelajar-pelajar lapar. Aku baringkan kepala berbantalkan lengan kiri diatas meja. Leka memerhati gelagat orang muda disekelilingku sambil telinga mendengarkan muzik-muzik lembut dari telefon bimbit (walaupun ketika itu hanya lagu irama india saja yang kedengaran memekak diseluruh pelusuk cafe). Sapu minyak angin pada kepala, leher, hidung. Pejam mata dan buka. Termenung. Berdenyut.
Tidak lama kemudian sepasang pancaindera ini kembali terpaku pada botol minyak angin yang berdiri tegak dihadapanku. Dengan bosan dan terlalu letih, aku memusing-musingkan botol kecil tersebut yang masih penuh. Menari-narikan ia dengan pandangan mata yang kabur.
Tiba-tiba saja sebuah persoalan terpacul didalam kotak fikiran. What if?
"Boleh mati tak kalau minum minyak angin ni?"

No comments:
Post a Comment